Sebulan kemudian...
"MEL.."
Bahuku tiba-tiba disentuh oleh Mak Teh.Namun,mata tetap aku tumpukan pada hujan renyai-renyai yang sedang membasahi bumi. Sudah sebulan papa pergi namun aku masih meratapi pemergian papa. Dan,semalam juga syarikat papa telah diisytiharkan muflis. Betapa berat cubaan yang aku tanggung dalam satu masa.
Aku tidak sangka pagi itu merupakan hari terakhir aku berbual dengan papa.Berat sangatkah beban kerja yang papa tanggung selama ini sehingga sanggup meninggalkan aku terkontang-kanting sendiri?
"Mel,makan ya?Mak Teh dah panaskan lauk. Nanti sejuk lagi. Tak sedap nak."Tegur Mak Teh.
Aku menggelengkan kepalaku perlahan. Selera makanku mati sejak beberapa hari yang lalu. Ini masuk ketiga hari aku tidak menjamah nasi.
"Mel. Mak Teh tahu Mel sedih. Tapi ,jangan sampai macam ni. Mak Teh risau tengok keadaan Mel. Mel kena ambil berat dengan kesihatan Mel."
"Saya tak boleh Mak Teh. Mel tak percaya yang papa dah tinggalkan Mel. Mel masih tak percaya lagi dengan semua ni. Lepas ni,Mel akan hidup berdikari."Rintihku.
"Mel, Allah lagi sayangkan papa Mel melebihi kasih sayang Mel pada papa Mel. Setiap yang bernyawa pasti akan pergi. Kita yang hidup ni kena teruskan hidup."
Aku mengelap air mataku dengan laju. Gambar papa dicapai lalu dicium. Aku rindukan papa.Semoga papa tenang disana.
"Oh ya,Mak Teh nak bagi Mel sesuatu.Ini papa Mel yang bagi."
Mak Teh mengeluarkan sesuatu dari beg kertas yang dijinjitnya sejak tadi. Selepas itu,sebuah kotak baldu berwarna merah diserahkan kepadaku.
"Apa benda ni Mak Teh? Kenapa papa tak bagi Mel saja?Kenapa dari Mak Teh?"
"Mak Teh tak tahu nak. Mungkin ini ialah hadiah terakhirnya kepada Mel. Mak Teh rasa rantai ni sangat istimewa."
Aku membelek rantai emas ditanganku.
"Ini bukan rantai mama ke sebab rantai ni sama dengan rantai yang mama pakai dalam gambar."
"Ya,rantai ni Puan Marissa.Cuba pakai.Mesti macam mama Mel."
Aku tergelak kecil. Rantai tersebut segera dikalungkan pada leher.
"Cantik macam mama Mel. Ya Allah,cantik sangat Mel."
"Terima kasih Mak Teh. Boleh Mel cakap sesuatu dengan Mak Teh?"
Mak Teh mengangguk supaya aku meneruskan ayatku. Agak segan jika aku ingin menyatakan bahwa aku tidak perlukan khidmat Mak Teh dan Pak Teh lagi kerana kemungkinan aku tidak dapat membayar gaji mereka.
"Mel sebenarnya nak cakap yang Mel tak mampu nak bayar gaji Mak Teh lagi. Mel harap segala urusan Mak Teh akan dipermudahkan lepas ni. Mel pun tahu kan Mel nak pergi mana lepas ni. Kemungkinan rumah ni disita juga nanti."
"Tinggal saja dengan Mak Teh nak. Ana dengan Pak Teh juga senang dengan semua ni. Boleh kan?Mak Teh tak pernah anggap Mel sebagai anak majikan tapi Mak Teh dah anggap Mel macam anak sendiri. Sebab,Mak Teh yang jaga Mel dari kecil hingga besar."
Aku menggengam erat tangan Mak Teh. Bersyukur kerana dipertemukan dengan insan semulia Mak Teh.
"Mel dah banyak susahkan Mak Teh.Ana mungkin benci dengan Mel. Mel dah halau Ana dari rumah.Ana tak akan maafkan Mel."Ujarku dengan sedih.
"Ana dah lama maafkan Mel.Mel jangan risau.Tinggal dengan Mak Teh ya?Mak Teh tak pernah pun rasa terbeban dengan Mel.Kalau Mel ikut Mak Teh,sana lebih tenang.Sana ada laut,ada pantai,ada sungai. Mel boleh rehat dan tenangkan diri."

ANDA SEDANG MEMBACA
𝐓𝐇𝐄 𝐀𝐃𝐀𝐌'𝐒 𝐂𝐎𝐔𝐑𝐓 | EBOOK
Romance| PDF | EBOOK| CRIME ACTION ROMANCE 𝐃𝐞𝐧𝐝𝐚𝐦 𝐦𝐞𝐦𝐛𝐮𝐚𝐡𝐤𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚, 𝐏𝐞𝐩𝐞𝐫𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐝𝐮𝐚 𝐬𝐚𝐮𝐝𝐚𝐫𝐚, 𝐛𝐞𝐫𝐝𝐞𝐧𝐭𝐢𝐭𝐢 𝐬𝐚𝐦𝐚...𝐀𝐤𝐮 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐞𝐫𝐮𝐬 𝐤𝐞𝐥𝐢𝐫𝐮...."-𝐋𝐮𝐧𝐚 𝐌𝐞𝐥𝐢𝐧𝐝𝐚