Part 25

299 39 6
                                    












.

.

.

Sampai sudah di kediaman keluarga Jung, V pun mematikan enjin keretanya.

"Jja.. kita dah sampai. Eh? Itu kereta siapa? Appa kau beli kereta baru ya? Oh ya, mana parents kau? Dah lama aku tak dengar khabar.." tanya V.

"Ani.. itu kereta baru Sowon. Kereta lamanya hancur sebab accident dulu.. Appa dengan eomma tinggal kat Kanada 2 bulan sebab nak uruskan cawangan bisnesnya kat sana.." jawab Yerin.

"Ah geurae.. Erm cakap pasal Sowon. Wae Sowon dengan Eunha ada kat hosp? Betul ke apa yang Jin cakap tu, Eunha masuk hosp sebab jatuh tangga?" tanya V.

"Betul. Kalau nak tahu lebih banyak kajja masuk. Kita takde masa untuk ni.." ucap Yerin dingin lalu terus keluar dari kereta V.

V pun hanya menghela nafasnya kasar.
"Ni akan jadi lebih berat haih. Tapi takpe lama-lama hatinya akan terbuka jugak untuk aku. Cumanya aku kena sikit berusaha. Bak kata orang, sekeras-keras kerak nasi, pasti akan lembut jugak bila terkena air. Jadi aku mesti kena jadi air kalau Yerin kerak nasinya. Eh? haha" batin V.

.
.

Yerin meluru masuk ke dalam rumahnya, langkahnya terhenti apabila melihat Eunha sedang terduduk disofa sambil menonton tv. Sedetik melihat wajah adiknya, membuatkan Yerin sedikit tenang dan lega kerana sejak hari kejadian dimana Eunha terjatuh tangga, fikiran Yerin berkecamuk dan bercampur-aduk. Dia selalu memikirkan Sinb dalam masa yang sama dia merisaukan keadaan Eunha. Kerana sejak umurnya menginjak 15 tahun, appa dan eommanya mula menyibukkan diri dengan bisnes mereka yang mempunyai cawangan di beberapa negara luar dan itu menyebabkan Yerin dan Eunha sering tinggal berdua. Jadi, itu sebabnya Yerin sangat menyayangi Eunha kerana adiknya itulah orang yang pertama menjadi tempat dia luah segala kesedihan, tempat dia bermanja(lebih tepatnya Eunha yang bermanja dengannya), tempat dia hilangkan bosan. Kedua, baru sahabat-sahabatnya.

"Eonnie?" ucap Eunha saat perasan yang kakaknya sedang berdiri tak jauh darinya.

Senyum Yerin merekah saat melihat Eunha menyapanya lalu senyuman itu sedikit demi sedikit memudar apabila dia tersedar yang separuh dari kepala adiknya itu botak akibat jahitan luka yang dikenakan. Wajah Yerin menjadi sayu dan terdetik rasa bersalah dihatinya. Dia berfikir bahwa kecederaan adiknya itu berpunca darinya. Andai saja dia tak terus berlari saat tu, takkannya Eunha mengejarnya sampai cedera.

"Eunha-yah" satu titis airmata kembali jatuh dari mata indah Yerin.

Eunha pun dibuat bingung dengan kakaknya saat ini. Sepatutnya kakaknya itu happy kerana dia sudah pulih dan boleh melanjutkan aktivitinya seperti biasa.

"Eonnie, waeyo?" tanya Eunha.

Bukan membalas pertanyaan adiknya, malah Yerin terus berlari kearah adiknya dan memeluknya erat.

"Eunha-yah, mianhae hiks.. maafkan eonnie ya?" tangis Yerin dipelukan adiknya.

"Eonnie.. w-waeyo?" Eunha masih lagi bingung.

"Maafkan eonnie.. eonnie banyak buat kau susah hiks.."

"Untuk apa? Eonnie takde buat salah dengan Eunha. Eonnie pun tak pernah buat Eunha susah, yang ada, cuma Eunha je yang banyak buat eonnie susah hati.." ucap Eunha.

Yerin menggeleng didalam pelukan mereka.
"Aniya, kau tak pernah susahkan eonnie.. Untuk kali ni je please, tolong maafkan eonnie ya?"

"Tapi kenapa? Eunha tak paham.."

𝐎𝐦𝐠! 𝐈 𝐅𝐚𝐥𝐥 𝐈𝐧 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐖𝐢𝐭𝐡 𝐘𝐨𝐮?! (𝐒𝐢𝐧𝐑𝐢𝐧) | [ᴇɴᴅ] Where stories live. Discover now