Prolog

18 4 1
                                    

Selangor
1990

"Kau bunuh anak itu!"jerit
Samad matanya memerah memandang Aminah.

"Tidak !aku tidak akan sesekali bunuh anak ini,dia anakku."Aminah tidak mahu kalah dengan Samad.

"Biadap!"

Aminah jatuh ke lantai pipinya terasa pedih akibat tamparan Samad.

Terasa pijar dan pening akibat penangan jantan Samad.

"Hei perempuan kau dengar cakap aku!"ditariknya rambut aminah hingga terjerit wanita malang itu.

Sesekali terdengar suara renggekan Mikail yang baru berusia tiga bulan.Anak kecil itu mahukan susu.

Aminah memandang anaknya,anak luar nikah dari benihnya Samad.Aminah Anak yatim piatu yang dijaga oleh pak ciknya Samad.Tetapi Indah Khabar Dari Rupa awalnya Samad nampak baik dan seorang yang penyayang,tetapi rupanya syaitan bertopengkan manusia.Aminah dirogol sehingga mengandung.

"Kau dengar cakap aku la perempuan!"Samad bertempik barannya semakin menggila.Aminah ketakutan,air matanya tidak henti-henti mengalir akibat rasa takut yang melampau.

Aminah tidak mampu berbuat apa untuk melawan Samad yang lebih kuat darinya,dia hanyalah wanita jika nak dibandingkan dengan samad sudah tentu kekalahan miliknya.

Dia hanya mampu berdoa kepada Allah Azza Wajala memohon agar diselamatkan dirinya dan anaknya.

Kelihatan Samad pergi ke satu sudut di dalam rumah itu lalu mengambil sebilah parang yang terletak elok di situ.Niat di hati jahatnya mahu bunuh saja dua insan hadapannya ini.

Samad mengangkat parang melepasi kepala Aminah dengan sekali libas boleh memutuskan kepala dari jasad.

Aminah tertelan liur disaat maut datang menjengah,sementara itu hatinya tidak henti berzikir supaya rasa takut itu kurang.

Aminah bersangka baik kepada Allah.

"Arghh!"Samad bertempik keras.

Aminah memejamkan mata dalam situasi cemas itu menunggu nyawa terpisah dari jasad.

Tiba-tiba samad mengerang kesakitan ,Aminah membuka mata,parang dalam gengaman Samad jatuh menyembah lantai.

Samad bagai orang yang kesamparan menggelupur di atas lantai.Matanya terbeliak bagai menyaksikan sesuatu yang mengerikan,nafasnya tercunggap-cunggap seperti rohnya sukar hendak keluar.Air liur berjejeran keluar dari mulut.Akhirnya Samad menghembuskan nafas terakhir dengan cara yang mengerikan.

Aminah dengan pantas mengambil Mikail memeluk anak itu erat-erat seperti tidak mahu lepaskannya.Anaknya itu mula menangis seperti terasa juga ketakutan ibunya.







You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Igauan MimpiWhere stories live. Discover now