Drama Queen

22 3 0
                                    

Hati aku kau cencang
Maruah aku kau cemar
Nama aku kau burukkan
Jiwa aku kau injak
Aib aku kau buka
Kelemahanku kau cari
Perkara yang dusta kau benarkan
Perkara yang benar kau dustakan
Apa lagi yang kau mahu?
Murah sungguh nilai sahabat di matamu.
Maaf dipinta berkali-kali sehingga tiada makna lagi
Kali ini aku benar-benar sudah tiada rasa
Aku menjauh bersebab bukan saja-saja
Aku tak sanggup bersama orang
bermuka-muka
Lebih baik aku bersendiri
Melihat pentas lakonan drama kau yang hebat sekali.

LUMIERE Where stories live. Discover now