Siapa yang tak kenal Megat Iskandar Arsyad bin Megat Nordin? Anak Pengarah MN Holdings. Seorang yang mementingkan penampilan dan mempunyai rupa paras yang sempurna. semua benda dia ada dan apa yang dia nak dia akan dapat. Juga mempunyai aura yang memikat hati-hati perempuan di luar sana. Tapi perempuan cantik lalu sebelah pun tak terpikat. Alahai. Yang arrangekan pertemuan dengan anak-anak pengarah syarikat yang lain pun PA dia juga yang buat. But one more thing yang anda kena tahu, he is perfecto!
"Dia nak kahwin!" meluru Megat Iskandar masuk ke pejabat sepupunya siapa lagi kalau bukan Megat Anas Mikael. Masing-masing memang mempunyai muka yang tampan dan segak bergaya.
Megat Anas Mikael yang tengah minum kopi tersembur kuat. Dilap kasar mulutnya.
"Siapa yang nak kahwin?" kata Megat Anas Mikael. Masuk bilik aku sergah macam tu je. Bukan nak bagi salam.
"Amy". Megat Iskandar Arsyad mundar mandir risau. Memang betul-betul dia tak senang duduk bila dengar alasan dari setiausahanya.
"Ha? Amylea Sofea? Kau biar betul Is? Takkan dia nak kahwin? Baru Sekarang?" Megat Anas Mikael turut sama mundar mandir.
"Tu lah masalahnya. Tiba-tiba masuk bagi aku surat letak jawatan. aku tanya alasan kenapa nak berhenti dia cakap nak kahwin. kau rasa?" dari penat mundar mandir terus dia duduk. Ibu jari digigit. Kaki digedik-gedikkan. Diingatkan kembali apa yang dikatakan oleh Amylea Sofia.
"Saya nak kahwin tuan". Terus tersembur kopi yang dia minum. Mulutnya disapu kasar.
"Awak nak kahwin? Kenapa tiba-tiba?" Megat Iskandar terus berdiri di depan Amylea Sofia.
"Sepanjang saya berkerja dengan tuan, saya takda masa untuk diri sendiri, boyfriend apatah lagi. Ini masanya untuk saya mengundur diri tuan." Amylea menundukkan wajahnya. Takut dengan panahan mata Megat Iskandar.
"Awak yakin dengan keputusan awak ni Amy?" Awak tak menyesal?" Megat Iskandar Arsyad masih lagi mahu memujuk Amy.
"Saya yakin tuan!" Dilawan panahan mata Megat Iskandar Arsyad.
"Okay, kalau itu yang awak mahukan. Tapi saya bagi awak tempoh dua bulan. Dalam masa dua bulan tu awak perlu cari pekerja yang sesuai dengan tempat awak dan awak perlu latih dia. Saya nak dia boleh jadi klon awak. selagi awak tak capai apa yang saya nak saya takkan terima awak berhenti kerja. Awak boleh keluar sekarang!" arahnya tegas. Keputusan sudah dibuat. Jika itu yang Amylea mahukan dia kena turuti.
"Baik Tuan, Terima kasih".
"Weh, Is. Aku cakap dengan kau ni." Ditolak bahu Megat Iskandar Arsyad.
"Kau cakap apa tadi?" Dibetulkan duduknya menghadap sepupunya.
"Aku tanya bila dia nak berhenti?"
"aku minta dia dua bulan untuk cari pekerja baru yang boleh gantikan tempat dia."
"pelik aku. punya lama kerja dengan kau tiba-tiba nak berhenti dengan alasan nak kahwin? betul-betul nak lari kerja dengan kau. hahahaha" Megat Anas Mikael menahan perut.
" Kecik besar aku pandang kau ni Anas! Aku mana ada buat apa-apa dkt dia." gila apa kata Amy tu penat kerja dengan aku. huh!
"Dah memang betul apa. budak tu mana rehat weh sepanjang kerja dengan kau. kau pergi meeting kat luar pun dia ikut. kau kena pergi overseas pun dia ikut. semua orang kat office ni pun dah tahu dia melekat dengan kau je. kat mana kau ada mesti ada dia. sampai satu tahap semua orang ingat kau akan dengan dia. alih-alih ha nak kahwin." Megat Anas Mikael ketawa terkihkih.
"Aku malas nak cakap dengan kau ni. Bukannya nak tolong aku" Megat Iskandar Arsyad berlalu dari situ.
"Weh! Takkan merajuk kot!" Megat Anas Mikael masih dengan sisa ketawanya.
-----
"Eh korang, nak tahu tak aku ada berita panas." Syazatul Akira. Jenis yang akan dapat tahu berita panas yang ada dalam MI Holdings. Paling kuat bergossip dia ni.
"Apa lagi ni Akira? Semua benda kau nak ajak bergossip." Maria malas nak layan.
"Takdalah aku dengan berita menarik weh"
"Menarik otak hang! ni mesti hang nak kaitkan Tuan Iskandar dengan perempuan lain ni! Dah-dahlah tu Akira oii!" Hafiz geleng-geleng kepala. bila la kau nak bertaubat weh!
"Tak weh! Korang kena dengar apa aku nak cakap. Sumpah korang akan terkejut punya nanti." Syazatul Akira cuba meyakinkan mereka.
"Ha padia yang berita sensasi sangat ni" Maria yang tak nak layan tapi layankan aje.
"Tadi aku terdengar perbualan Tuan Megat dengan Amy. Korang tahu aku dengar apa?" Syazatul Akira berbisik.
"Ha dengar apa?" semua suspen.
"Amy nak berhenti kerja!" semua berkerumun ke arah Akira.
"Hang ni biaq betoi. Ish mengarut la hang ni!"Maria kembali ke tempatnya.
"Weh benda betul la aku cakap. Kau ingat aku nak memfitnah ke?" Akira berang.
"Ish. Macam tak percaya Amy nak berhenti sedangkan dia dah lama juga kerja dekat syarikat ni." Hafiz hairan.
"Seriuslah?!" Maria patah balik ke tempat tadi.
"Betul la tu saya memang nak berhenti kerja." Masing-masing berpaling ke belakang. Amylea Sofea senyum ke arah mereka.
"Betul ke Amy?" Maria masih terkejut.
"Kenapa tiba-tiba?" takda angin takda ribut tiba-tiba berhenti.
"Sebab dia nak kahwin". Jawapan Syazatul Akira membuatkan Amira jatuh kerusi. Maria ternganga luas. Hafiz tercengang.
"Peace" Amylea Sofea menayangkan dua jari ke arah mereka.
TBC
---
Hai gaisss. terimalah bab 2 yang tak seberapa ni. sorry banget tak update langsung pasal cerita ni. mood nak menulis tak sampai-sampai. ihiks. sorry sangat-sangat buat yang tertunggu-tunggu sambungan cerita ni. sorry jugak kalau boring ya. stay tuned for the next chapter gais and dont forget to comment and vote okay! thanks to those yang setia menunggu sambungan cerita ni. In shaa Allah akan selalu update.
YOU ARE READING
The Perfect Boss
RomanceBagilah peluang untuk aku mencari bahagia. 7 tahun berkerja sebagai pembantu dia nak cari boyfriend pun tak sempat. - Amylea Sofia Aku tetap perfect, takkan ada sorang pun yang boleh lebih dari aku! - Megat Iskandar Inspired by Drama What's Wrong Wi...