1❤

69 15 1
                                    

731 hari

termasuk harini dah genap dua tahun aku minat dia, dan sampai harini, dia tak pernah perasan aku.

kesiankan?

aku bangun dari meja belajar dan berjalan ke katil, kenapa aku rasa cuti ni sekejap sangat, baru semalam rasanya weekend, tapi takpe, aku tak sabar nak jumpa dia.

masa feeling-feeling ingatkan crush, tiba-tiba pandangan aku gelap.

selamat malam crush.

...

"Haenul pergi dulu omma"

pagi-pagi aku dah keluar, apa yang dia buat semua aku hafal, sebabtu sanggup keluar pagi dan jalan kaki,

sebab.

taehyung suka jalan kaki pergi sekolah,walaupun dia kaya, dia tak nak driver hantar, nak hirup udara segar katakan. aku selalu jalan jauhh sikit dari dia. Cara yang selamat taknak bagi dia perasan kehadiran aku.

sampai je dekat sekolah dah ada makcik bawang ni peluk aku, siapa lagi yonha la, dia la satu-satunya manusia yang tahu pasal aku crush on si taehyung tu.

semua pasal taehyung dialah penyampai maklumat kat aku, yela dia kan makcik bawang, semua benda tahu.

" Eh neul, kau wakil sekolah ke sukan tahun ni,?"

"mestilah, tahun lepas aku dah sia-siakan peluang, tahun ni aku make sure tak demam lagi dah hee"

" baguslah, sebab tahun ni, taehyung tak ade tournament basket ball and guest what? dia join sukan bebb!!"

" omo, serious lah, aduh macam mana ni,"

" bagus apa, kau boleh la usha dia dekat-dekat nanti HHAHAHA"

"Tapi masalahnya, aku takut kantoi faham tak,"

" kalau kantoi, kantoila, mana tahu dia pun minat kau"

"ish kau ni, tak membantu langsung, dh la malas nak fikir." aku memaling kan badan ke arah dinding headphone softpink aku ambil dan sambungkan dengan ip7s aku.
tiba-tiba aku terlelap, aku dengar yonha kata nak masuk kelas dia dulu takut cikgu ada, sekarang sampailah waktu balik nanti tak ada kelas sebab cikgu sunkyung cuti. tiba-tiba rasa lena terus aku tak rasa apa-apa dah. aku tertidur.

...

taehyung pov

Sengaja aku jalan-jalan dekat kawasan sekolah aku ni, dah sunyi semua dah balik mungkin.
tapi aku tertarik dengan seorang yeoja ni,
"apa yang dia buat sorang-sorang dalam kelas ni?"

aku mengorak langkah ke arah kelas kosong itu, aku melihat perempuan itu, oh tidur rupanya, entah kenapa aku masih tidak kejutkan dia, kenapa aku rasa suka eh tengok muka dia, putih, bibirnya pink .

cantik

tiba-tiba aku menyebut perkataan itu, cepat-cepat aku gelengkan kepala. tiba-tiba badan dia bergerak-gerak aku cepat-cepat keluar dari kelas itu.

aku harap dia tak perasan aku .

[OG] FIRST LOVE Where stories live. Discover now