Sinaran matahari membangunkan Park Yeonhee dari lenanya. Tubuh Yeonhee terasa lemah dan panas sehingga dia sendiri tidak selesa. Sudahlah semalam dia tidak boleh tidur kerana terlalu banyak berpeluh.
Yeonhee gagahkan diri bangun dari katil dan menuju kearah meja soleknya.
"Yatuhan.. Macam mana aku nak keluar dengan rupa yang macam ni?" Wajahnya yang makin pucat dilihat. Risau rahsianya terbongkar .
Knockk knockk
"Yeonhee... Yeon dah bangun? Eomma ada siapkan sarapan awak"
"Dae eomma... Yeon dah bangun" sahut Yeonhee.
Dia menuju kekatilnya semula lalu memeriksa notification .
Chat dari Yoongi dibuka terlebih dahulu.
Yoongi♡
Woii Yeon bangun!
Dah pagi weyh!!
Yeon!!
Park Yeonhee!!
Parkyuu!
Bodohke? Tak reti bangun
Anak dara jenis apa ni?Btw Morning Yeon pendek😚
Yeonhee tersenyum mendapat spam chat dari Yoongi. Terus jarinya lincah menaip chat untuk Yoongi.
Yeonhee
Alah semalam aku tkboleh tidur
Tu bangun lambat.Morning minsuga😍❤
Pesanan yang dikirim Yeonhee pantas dibuka Yoongi..
"Lajunya baca... Bukan dia dalam kelas ke?" Soal Yeonhee sendirian.
Yoongi♡
Kalau dh anak dara
pemalas tu pemalas jelah.Nk dekat tengah hari baru
nk bangun😒
YeonheeDah diam! Aku nak mandi!
Yoongi♡Eii busuk! Pergi mandi!
Yeonhee tersengih lagi. Terus dia capai tuala dan menuju kebilik air.
Sesudah membersihkan diri. Yeonhee mencapai beberapa alat makeup untuk menutup rupa pucatnya agar tidak diketahui eommanya.Sesudah bersiap dia terus keluar dari bilik dan menuju kedapur.
"Selamat pagi eommaku yang shantekk!" Yeonhee memeluk Puan Park erat.
"Pagi.. Dah sarapan cepat. Eomma masak nugget tempura ada cheese dalam dia dengan kentang goreng favorite kamu" kata Puan Park. Yeonhee mengangguk lalu duduk dikerusi.
Dia memandang makanan itu lama. Dia mencucuk kentang goreng itu mengunakan garfu lalu menyuap kedalam mulut kemudian dia hanya menguis-nguis makanan itu.
"Yeon? Kenapa tak makan?" Soal Puan Park.
"Ah? Saya makan lah ni eomma hehehe" Yeonhee ketawa lalu menyuap makanan kedalam mulut dengan secara paksa.
Sejujurnya dia tidak mempunyai selera untuk makan.
"Eomma, yeon kenyang.. Eomma habiskan ea? Yeon nak keluar dulu jumpa Junhwa dengan Yunmi.." Laju saja Yeonhee bangun dari kerusi.
"Hurmm.. Hati-hati" kata Puan Park lalu mencium pipi Yeonhee.
"Dae... Annyeong" Yeonhee bergegas kehadapan sambil menunggu Junhwa mengambil dia.
—
"Yah Yeonnie.. Kau nampak makin kurus tak makan ke?" Soal Yunmi.
" eung? Aku makanlah.. Dah kurus nak buat macam mana kan" Yeonhee mencebik.
"Kau dengan Yoongi macam mana?" Soal Junhwa.
"Macam tu lah kau nak macam mana lagi?" Balas Yeonhee.
"Takk maksud aku.. Kau kan confess kat dia haritu apa dia jawab?" Soal Junhwa lagi.
"Tak jawab apa. Tapi kan! Yoongi tu makin comel! Tak tahu kenapa tapi dia macam suka bermanja tau!" Balas Yeonhee sambil tersengih.
"Jangan berharap sangat Yeon.. Takut kau je rasa sayang tu tapi dia tak" kata Yunmi
"Tu lah mamat tu dahlah ego. " kata Junhwa pulak.
"Jangan risau, aku tak mintak dia suka aku balik pun.. Cukup jadi member sudah asalkan dia selalu ada dengan aku" balas Yeonhee.
"Aku takut kau je yang broken. Kau suka dia, sayang dia tapi dia biasa-biasa je dengan kau.. Sakit aw yeon" kata Yunmi.
"Dae..." Yeonhee hanya mengangguk apa yang dikata oleh kawan-kawannya diendah dia sibuk berbual dengan Yoongi diAplikasi Whatsapp
—
"Yoongi aku cakap dengan kau ni" Jin mencebik bila dipalau oleh Yoongi
"Haa? Japlah.. Jap jap" jarinya lincah menaip sesuatu ditelefon. Sekejap tersengih sekejap tergelak.. Gila
"Chat awek lah tu" kata Jin
"Taklah kawan aku je" kata Yoongi.
"Yelah tu, kekejap senyum sesorang angau ke?" Perli Jin
"Kau diam boleh? Bising membebel je tahu" marah Yoongi.
"Aku tanya ni nak makan dekat mana?" Soal Jin untuk kali ke10
"Mcd jom.." Balas Yoongi
"Haih.. Mcd lagi" Jin mengeluh cuba lah Yoongi ni cakap nak rasa masakan dia ke ni tak. Benci betul
Yoongi masih lagi menumpu perhatian pada aplikasi whatsapp miliknya.
Yeonhee, gadis ini benar-benar nust dia gila.
YOU ARE READING
The Truth Untold | M.Y.G
Cerita Pendek-I'll put on a mask and greet you kindly Seorang gadis yang menghidap leukemia yang hampir ketahap kritikal yang hidup dalam penuh penipuan demi kebahagian orang sekelilingnya. Demi tidak menyusahkan sesiapa dan tidak mahu sesiapa risau, dia telah b...