Ada cinta dalam hati.

55 0 0
                                    




           

Tali kasut aku ikat lalu disimpulkan menjadi reben. Memang sejak dari kecil lagi begitulah gaya aku mengikat tali kasut seperti yang diajar oleh mak. Walaupun kadang-kadang diusik rakan-rakan kelas kerana mengikat dengan lagak seperti budak tadika, aku endahkan saja.Kerana aku sudah biasa dengan begitu rupanya.Alah, setakat tali kasut bukannya mengganggu dan menyusahkan hidup aku, asalkan aku boleh berjalan dan berkasut pergi sekolah malah setiap tahun berganti.Ada orang sampai bertahun-tahun memakai kasut yang lama lagi lusuh untuk ke sekolah.

            Aku bingkas bangun seraya menepuk-nepuk punggung sekiranya terdapat kekotoran. Jam masih menunjukkan 6:50 pagi. Biasannya aku bergerak jam 7 pagi sedangkan jarak rumah dan sekolah amatlah berhampiran maka aku pergi ke sekolah dengan berjalan kaki saja. Tahun ini masuk tahun kelima aku berada disekolah yang sama. Mungkin ramai yang berminat nak masuk sekolah berasrama tapi kata mak, dia tak nak anaknya berjauhan dengannya kerana bimbang tidak boleh dijaga.Bagi aku pula tentulah leceh duduk asrama, basuh baju sendiri, makan sendiri dan semuanya sendiri.Membosankan.

            "Jangan beranganlah, belum habis sekolah dah nak berangan kahwin" tiba-tiba muncul suara Alai dikeheningan pagi itu.Amatlah menusuk-nusuk pada halwa telingaku ini.

            "Sibuklah kau, eh awal bangun? Mesti Cik Ha suruh kau bangun awal kan suruh kau pergi cari kerja? Padan muka kau" aku membalas perli  dia dengan gurauan tajam. Orang yang macam Alai ini memang tak boleh diberi muka nanti dia naik minyak.

            "Kau ingat aku duduk rumah goyang kaki?Tengok tu" Alai menunjuk pokok-pokok bunga ibunya yang kupanggil Cik Ha. "Semua itu aku yang kemaskan, kalau tak kemas kau ingat boleh nampak ke rumah akuni? Jadi hutanlah jawabnya nanti"

            "Takkan lah boleh jadi hutan.Mak kau tanam bunga biar rumah kau jadi cantik tapi kau tu yang malas nak kemas jadilah tak cantik" aku kenakan Alai sekali lagi.

            "Ewah sedapnya mulut kau cakap rumah aku tak cantik, tengok rumah kau tu dahlah tak ada pokok, kereta je berlambak buat tambah asap.Tak mesra alam langsung. Rumah ni, nama je ada anak dara tapi bunga pun tak pandai tanam kan? Aku bet kau mesti terkial-kial kalau tolong ayah kau kat kebun? Silap-silap cangkul dengan kapak pun kau tak kenal"

            Terjengil-jengil mata aku memandang Alai.Semua kawan-kawan kami tahu bahawa hubungan kami memang tidak baik walaupun berjiran dari dulu malah aku sendiri pun tidak ingin berhubungan baik dengan Alai.

            "Dahlah baik aku pergi sekolah daripada cakap dengan kau ni. Buang masa aku je" aku terus membuka pagar rumah.Kemudian terdengan suara Alai lagi.

            "Pergi sekolah elok-elok ye jangan berangan sampai masuk longkang.Badan awak tu dahlah comel nanti tak ada siapa nak angkatkan" dan dia ketawa dihujung ayatnya.

            Sampai di sekolah kelihatan beberapa orang pelajar sudah mula memenuhi dewan sekolah untuk perhimpunan. Adat sekolah, setiap pagi akan berhimpun dulu dan mana-mana guru yang ingin membuat kenyataan akan berucap dankemudian barulah masuk ke kelas seperti biasa. Waktu-waktu beginilah ramai pelajar yang mencuri-curi ponteng semasa perhimpunan sebaliknya menyorok di dalam tandas atau surau.

            Aku meletakkan beg yang disandang. Mencari-cari wajah Julia, rakan kelasku.Kami sepertinya sudah berjanji untuk jumpa disini tiap-tiap pagi sebelum perhimpunan bermula. Tapi pagi ni kenapa Julia lambat pula tidak seperti biasa.

            "Tumpang tanya, pejabat kat mana?"

            Aku menoleh kepada geranggan suara itu.Seorang lelaki sedang tersenyum simpul kepadaku.Tidak kunafikan lelaki itu agak kacak dari pandangan aku.Hei Lisa, sempat kau berangan ye.Aku kira tentulah lelaki itu pelajar baru sebab lencana sekolah tidak kelihatan ditali leher yang dipakainya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 15, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dalam Hati Ada CintaWhere stories live. Discover now