Adventure is waiting for you. Go to the Tutorial Room 3 today at 3pm.
Melissa ternampak sekeping kertas misteri di dalam beg sandangnya. Baru hendak membuat assisgnment Statistics, dikacau pula dengan sekeping kertas misteri.
"Mamat mana pulak yang letak kertas ni dalam beg aku", Melissa tertanya-tanya sambil melihat jam di tangannya.
"Mesti dia masukkan masa aku pergi tandas masa kelas Pak Naip tadi. Tapi siapa yang berani kacau beg aku ni? Hmmm", getus hatinya. Rasa marah bercampur ingin tahu. Pantangnya betul orang kacau barang peribadinya.
Jam sudah menunjukkan pukul 2.50 pm. Lagi 10 minit untuk pergi ke TR3. Tanpa membuang masa Melissa turun dari biliknya di Kolej Bunga Kantan ke TR3. Setiap langkahnya menambahkan rasa 'curious' di benaknya.
Memang ramai yang tergila-gilakan Melissa. Sejak semester satu lagi dia sudah menjadi tumpuan. Siapa saja tidak terpikat dengan matanya yang bundar, kulitnya yang putih mulus dan rambutnya yang ikal mayang. Sekali dia senyum sepuluh lelaki terpaksa mandi hadas.
Melissa masih ligat berfikir siapa yang berani mengacau begnya semasa dia pergi ke tandas.
"Alif? Badrul? Taj?", satu persatu nama muncul di kepalanya.
Tepat 3.00 pm. Langkahnya terhenti. Dia berada tepat di depan pintu TR3. Turun naik dadanya menahan nafas kepenatan. Diintainya sedikit ke dalam bilik tersebut. Gelap. Sunyi.Tombol pintu diputarnya perlahan. Daun pintu berbunyi. Dia melangkah perlahan. Tiba-tiba skrin LCD terpasang. Video seorang lelaki bertopeng badut muncul di dalam video tersebut. Melissa terkejut dengan suara yang tiba-tiba muncul daripada speaker.
Hai Melissa. I have something for you. Look at the back of this screen. Goodbye.
Skrin tertutup sendiri. Melissa semakin bingung. Satu lagi misteri?
Dia melihat di belakang skrin, ada sehelai plastik yang tergantung. Di dalamnya ada sehelai kertas dan sebiji kuih tart telur.
Meet me at the stadium at 3.40 pm.
Dalam banyak-banyak surat yang dia terima, ini antara yang menarik perhatiannya. Penulis surat ini tahu Melissa sukakan kejutan. Kebanyakan surat yang dia terima cuma menulis ayat manis bikin diabetes. Tapi surat ini, lain.
"Siapa yang buat semua ni? Shit. Menyusahkan. Sudahlah bagi kuih tart telur ja. Ni mesti beli dekat kafe Kolej Cempaka ni. Tengok rupa pun tau. Low class adventure", bisik hatinya.
Ikutkan badan malas dia hendak berjalan lagi untuk pergi ke stadium. Tapi, rasa ingin tahunya semakin kuat. Hatinya kata balik, tapi kakinya tetap melangkah. Entah tenaga apa yang menguatkan Melissa.
Dilihatnya jam, 3.20 pm. Melissa berlegar di sekitar stadium. Mencari siapa dalang di sebalik kertas-kertas ini. Hampa. Cuma terdapat segelintir pelajar yang beriadah di atas trek. Berkerut dahinya memerhatikan setiap orang yang melintas di hadapannya.
"Mungkin dia belum datang. Belum jam 3.40 lagi", Melissa duduk menunggu di tepi tangga.
Lima minit berlalu. Dia mulai rasa diperbodohkan. Pergi jauh-jauh sehingga ke fakulti, dibawa pula ke stadium dan cuma diberi sebiji kuih tart telur? Dia melihat pelik tart telur yang masih berada di dalam plastik itu."Tart telur? Kenapa tart telur? Dalam banyak-banyak makanan dia bagi aku tart telur ja? Telur betul lah", meluah rasa tidak puas hatinya.
Dia belum menyentuh langsung kuih tersebut. Walaupun dibeli di kafe Cempaka, ini tetap pemberian seseorang. Dia menjamah sedikit kuih tersebut sambil memerhatikan pelajar lain bersukan. Lama dia tidak pergi ke tempat seperti ini. Seronok juga berjalan petang-petang begini.
Angin sepoi-sepoi meniup rambut ikalnya. Beralun. Terdetik di hatinya, ini kah "adventure" yang dikatakan? Satu minit lagi untuk tepat pukul 3.40 pm.
Tiba-tiba perutnya terasa seperti dicucuk. Melissa mengerang kesakitan & terbaring di tepi tangga. Darah pekat mulai mengalir dari mulutnya. Dadanya berombak menarik hembus nafas. Bergetar-getar tangannya memegang perut. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Ada mesej masuk.
Your adventure begins.
Nafas Melissa terhenti. Mati.
=====================Preview Episode 2.0: Awek Cun Kena Racun
"Apa bodohnya perempuan ni. Orang bagi makanan dia main telan ja. Kebulur sangat ka apa", kata Oza sambil memberi Tam telefon pintarnya.
"Kau tengok tu Tam. Melissa awek cun tu mati kena racun", sambil menyuruh Tam membaca berita dalam kampus mereka.
"Oh", balas Tam tidak berminat.
"Berita hangat ni Tam. Satu kampus ni bising pasal benda ni. Kau balas oh ja?", Oza meninggikan sedikit suara.
"Habistu, kau mahu aku buat apa?", tanya Tam sambil berbaring di atas katilnya.
"Kita siasat. Kita boleh jadikan ini kes pertama kelab kita", jawab Oza dengan yakin.
"Kes pertama?"
Maka bermula lah sebuah penyiasatan ke atas Melissa yang mati akibat racun yang diletak di dalam tart telur yang dimakannya. Kerana tart telur? Ya kerana tart telur.
Nantikan sambungannya...
![](https://img.wattpad.com/cover/153804417-288-kf0ef74.jpg)
YOU ARE READING
Kes Penyiasatan: Awek Cun Kena Racun
Bí ẩn / Giật gânCerita bermula apabila Melissa mendapat sehelai kertas misteri yang menyuruhnya pergi ke Tutorial Room 3. Apa terjadi? Baca sendiri.