"ibu.. Ibu.." Kaer memanggil ibunya yang sedang sibuk didapur.
"ya Kaer. Ada apa? Ibu dekat dapur ni ha?"
Kaer dengan hatinya yang senang terus berlari anak kedapur.
"eh perlahan lahan lari tu. Roboh rumah ibu nanti." pekik ibu Kaer, Puan Aminah dari dapur.
Kaer yang sedang bahagia terus memeluk ibunya sampai sahaja dia didapur.
"ha ada apa? Kemain anak ibu tersenyum senang. Bahagia sungguh. Ada apa yang nak bagitahu ibu ke?"
Kaer menggeleng. "takdelah bu. Ni cuma Kaer baru dapat surat dari abang Wan. Dia kata dia nak balik rumah Nek Jah. Ibu tahu kan abang Wan tu baik sangat dengan Kaer."
Puan Aminah tersenyum senang. "baguslah. Ni bila dia nak balik sini?"
"dalam surat kalau ikut tarikh, lusa baru dia balik. Ya Allah tak sabarnya bu."
Puan Aminah menggeleng. "tak sabar pun ni. Tolong ibu kupas bawang ni ke apa ke. Lepas tu pergi kedai belikan ibu gula melaka dengan sagu. Ibu nak masak bubur untuk berbuka nanti."
"boleh bu. Ni Kamel mana?" tanya Kaer akan adik lelakinya itu.
Puan Aminah tersenyum. "macam lah kamu tak tahu. Dia tu pergi rumah kawan dia study sama sama katanya."
Kaer tersenyum kecil. "alah bu. Dia budak bijak. Tak macam Kaer ni. Dah habis spm pun masih tak dapat tawaran masuk U. Yelah sapa je nak ambil Kaer ni dengan keputusan buruk. Bebal lagi."
Puan Aminah menggeleng sebelum menepuk tangan anaknya itu. "hish! Tak baik kamu cakap macam tu. Itu semua rezeki. Allah dah bagi rezeki masing masing. Kamu bukannya tak bijak. Kamu dah ditentukan untuk benda lain faham?"
Kaer mengangguk. "faham bu. Kaer tak sedih pun lah. Setidaknya Kaer boleh tengok tengokkan ibu. Biar adik sorang jelah yang belajar jauh jauh."
Puan Aminah menggeleng."dah. Tak maulah cakap pasal ni lagi. Sekarang ni. Fikir nak masak ape? Ibu dah buntu nak masak apa."
Kaer mengerutkan dahinya. "aik dah tu yang tadi ibu kata nak masak bubur untuk berbuka."
Puan Aminah ketawa sebelum menggeleng. "bubur tu untuk pemanis. Ni yang ibu siang ayam ni, potong bawang ni takkan nak masukkan dalam bubur. Ibu cuma tak tahu nak masak apa. Semalam dah sambal ayam. Haritu dah ikan rebus asam. Kamu nak makan apa?"
Kaer ketawa. "alah bu. Ibu masak apa pun Kaer tetap akan makan kan. Kaer bukan jenis memilih bu."
Ibu Kaer hanya mampu mengangguk. "okaylah kalau macam tu biar ibu masak ayam masak lemak lah. Nanti dah siap kamu tolong hantar kat rumah Nek Jah macam biasa ya."
"okay bu. Nanti petang Kaer pergi hantarkan ya. Sekarang ibu nak Kaer buat apa?"
"ni pergi kedai dululah. Senang sikit hati ibu bila bahan bahan dah ada."
Kaer mengangguk.
"ni. Duit. Baki tu Kaer ambillah simpan buat tabung ke ataupun Kaer nak beli apa apa ke."
Kaer tersenyum sebelum mengambil duit dari ibunya. "terima kasih bu. Kaer pergi dululah ya. Nanti Kaer belikan kuih untuk berbuka."
"ha yalah. Hati hati naik motor tu."
Kaer mengangguk faham sebelum mencium tangan ibunya yang masih berbau bawang itu. Puan Aminah tersenyum sambil melihat anak sulungnya itu yang berjalan pergi.
--
Kaer membawa motornya dengan sangat berhati hati meski dia tidak memakai topi keledar. Sudah menjadi kebiasaan warga kampung untuk tidak memakai helmet ketika menunggang motorsikal.
YOU ARE READING
CORET!
Short StoryCoretan kisah kisah pendek yang berunsurkan LBGTQ! AMARAN! Jika anda seorang homophobic, disarankan untuk pergi jauh dari membaca cerpen ini sama sekali. Sekian saja terima kasih.