Sang Kancil dan Sang Buaya

21 2 0
                                        

Pada suatu hari,Sang Kancil pergi ke tepi sungai untuk menghilangkan dahaga.Setibanya di sungai,Sang Kancil terus  meneguk air sepuas-puasnya.
      Tiba-tiba,Sang Kancil ternampak beberapa batang pokok jambu air yang sedang ranum di seberang sungai.Hatinya gembira bukan kepalang kerana mendapat durian runtuh.
       Setelah puas berjalan ke hulu dan ke hilir,malangnya Sang Kancil tidak menemui jambatan yang membolehkannya menyeberangi sungai.Setelah berfikir sejenak,akhirnya Sang Kancil mendapat satu akal.
         Sang Kancil memanggil semua buaya supaya berkumpul.Sang Kancil memberitahu semua buaya bahawa Raja Sulaiman memintanya mengira jumlah buaya kerana hendak diberi makan.
         Bagi memudahkan pengiraan,Sang Kancil meminta Sang Buaya berbaris sehingga ke seberang sungai.Sang Kancil melompat ke belakang buaya dan berpura-pura mengira jumlah buaya.
          Setibanya di seberang,Sang Kancil terus menuju ke bawah pokok jambu air dan menikmati buah jambu air  yang masak ranum.Kebijaksanaanya telah berjaya memperdayai Sang Buaya.

Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jul 16, 2018 ⏰

Tambah cerita ini di Pustaka anda bagi pemberitahuan tentang bahagian baharu!

Sang KancilTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang