Hari ini, Aku ada kelas. Ergh! Bosannya.
Ya, Aku masih belajar. Tapi yang gembiranya.. Tahun ini ialah tahun akhir! Then, graduated. Tak sabarnya!
Okay, Aku lebih-lebih pula bercerita. Hahaha..
••••••••••••
Aku berjalan di koridor menuju ke Pusat sumber.
" Dayana! "
Aku berhenti dan toleh ke belakang.
" Oh,tasya..kau dah kenapa jerit-jerit? Tunggu la dekat dulu baru panggil. " kata aku.
" Alaa..biar la. 4 hari tak jumpa kau. Rindu la kawan aku yang mengada ni. " Usik Tasya.
" Ha yela tu rindu aku..entah-entah rindu nak mengusik aku je. " kataku seolah memerli. " AHAAHAHAH! Pandainya kau teka weyy! " katanya sambil ketawa besar.
" Tak guna. Nah,padan muka! Hahahaa! "
Aku terus berlari lepas pukul kuat lengan dia.
" Woi! Sakit la! " jeritnya.
Dia kejar aku.Yup.. Kitaorang memang macam ini. Macam budak-budak sikit..sampaikan pernah suatu hari, Aku dengan Tasya kena denda dengan Prof.Lisa sebab main baling-baling kertas masa dia tengah membebel dekat depan.
Sadis kena berdiri kat luar dewan tu 2 jam. Aduhai..Tasya, dia kawan aku dari sekolah menengah lagi. Lepas ambil keputusan spm, Kami dapat masuk Universiti yang sama. Dia je la yang banyak dengar cerita-cerita dan lawak bodoh aku. Aku ni bukannya takda kawan lain,ada..tapi tak serapat Aku dengan Tasya. Dia ni tak boleh simpan rahsia. Bagitahu la dia rahsia apa pun..orang lain akan tahu juga nanti..haih!
🍃👽
Di pusat sumber." Tasya, tunggu sini. Aku pergi cari buku kejap. " pesan aku. " okay, bos. " jawabnya sambil menaikkan tangannya ke dahi membuat tanda 'salute'.
Aku pergi ke rak buku yang hujung. Buku-buku di rak itu aku belek satu per satu.
" Ha, jumpa pun. "
Buku sederhana tebal itu aku capai dan kembali ke tempat duduk ku.Baru saja aku nak duduk..Mata ku tertancap pada seorang lelaki yang sedang duduk di meja sana. Bukan apa..wajah dia,aku rasa macam aku pernah jumpa dia sebelum ni. Tapi di mana ya..?
Lama aku perhatikan muka dia. Dan, ok. Memang aku pernah jumpa dia. DIA LELAKI YANG JELING AKU MASA KAT MARKET HARITU!
" Apa dia buat kat sini? "
" Dia belajar kat sini ke? "
" eh tak mungkin.. Muka dia nampak tua untuk jadi student kat sini.. "
" Kenapa dia kat sini nii? "
" Takkan la dia stalk aku sebab aku terlanggar dia haritu?! "Banyak soalan yang bermain di fikiran aku sekarang..dan akhirnya,aku buat keputusan untuk tanya Tasya. Mungkin dia kenal?
" Weyh,Sya..cuba kau tengok lelaki yang kat sana tu. " arah ku. Tasya dengan pelik memandang ke arah lelaki tu.
" Ha.. Kenapa dengan dia? " soalnya.
" Dia siapa? Student baru ke? Ataupun, pensyarah baru? " soalku bertubi." Hahahah.. Tak la,dia bukan Pensyarah. Dia tu sama batch dengan kita.Dia baru masuk sini 2 hari lepas. " terang Tasya.
Aku hanya mengangguk tanda faham.
" Asal? Terminat ke ni..tanya-tanya pula? " kata Tasya sambil senyum-senyum. Dah mula la tu nak kenakan aku.
" Ehh.. Tiada maknanya. Dah la muka macam orang tua. Eii memang tak laa! " bidasku sambil buat muka nak muntah.
" Orang tua kau kata? Hensem macam tu kau kata orang tua?? Kau buta ke hape? Ahahaha " kata Tasya,lalu ketawa.
" Tak hensem okay! Oppa aku yang dekat korea tu lagii hensem! " kataku dengan bangga.
Dia tu bukanlah nampak tua pun. Tapi aku geram dengan dia..sebab itu, aku panggil dia orang tua.
" Iye la, Yana...iyela.. " kata tasya dengan pasrah. Aku hanya ketawa dengar jawapan dia. Dengan muka dia yang minta kaki tu AHAHAHA!
..._..._..._..._..._..._..._..._...
sedang aku ketawa,aku teringat lelaki tu.
Dalam banyak-banyak universiti kat Malaysia ni , asal dia mesti masuk yang sama dengan aku?
Eii geramnya! Dah la biadap!Bersambung..
- Sorry kalau ada yang salah or tak kena dengan cerita ni. Hope sudi baca. Thnkyou! -
Eimim_ira❤
YOU ARE READING
Hanya Kau
Random" Aku benci kau. " - Dayana Arisha. " Kau fikir aku suka kau ke? " - Hafizam Danny. " Aku benci kau lagi banyak! " Dayana Arisha. " Jangan benci banyak sangat..takut berubah sayang nanti. " - hafizam Danny.