Bab 3

17 0 0
                                    

Balik rumah ingat tiada lagi kisah sambungan pasal 'si Din'. Rupanya ada lagi sambungan versi mama bersama teman baik dia. 

" Hana, tadi Aunty Zehra datang. Lama mama tak jumpa dia."

"Ohh. Aunty Zehra balik bercuti ke? mama jumpa dekat mana?

"Dia balik terus dah. Uncle Ahmet dapat pindah kat Malaysia. Aunty Zehra datang rumah jemput kita pi makan malam kat rumah dia esok. Hana balik awal na esok?"

"Tengok dulu la mama. Minggu ni sibuk sikit la dengan kerja. banyak hat nak kena settle."

"Cuba la balik awal. Nak pi jumpa bakal suami sama."

"Siapa pulak bakal suami. Calon pun tak dak mama."

"Ni mama nak bagi calon la. Hana balik awal na."

"Kalau setakat 'si Din' tu tak mau la. Tengok la dulu macam mana. Hana tak janji."

Ni malas ni kalau bab mama dan Aunty Zehra dan mengematchkan aku dengan 'si Din' tu. mulalah abang, mama dan papa setuju. Bukan nak bantah cakap orang tua, tapi tak ngam dengan hati la mamat tu. Perangai pun MasyaAllah, kalah haiwan dalam hutan sana. Ni rasa nak tumpang rumah Nina buat seminggu ni. Bukan lari dari masalah, tapi mamat tu yang bermasalah. Rasa nak lenyek pakai lesung batu.

"Mama, Hana naik dulu la. Nak p mandi ni. Rasa melekit dah badan."

"Ha, pi mandi, solat Maghrib dah? Nak masuk Isya dah ni."

"Coti la mama. "

"lepaih mandi mai turun makan."

"okay mama."

Selesai membersihkan badan, aku menuju ke bilik abang Haris. Dari luar aku terdengar seperti orang berbual.

"Abang, kau berbual dengan siapa ha?"

"Adik! kau tak reti ketuk pintu ke apa?"

"La, video call dengan kak Suri ka. Hai kak Suri, How are you? Okay tak Aussie?

"Hello sweetie. Kak Suri okay. Aussie lagi okay ditambah dengan mamat-mamat Aussie yang boleh dibuat cuci mata ni."

"Wow. Bawak balik satu untuk Hana. Yang mata cantik tau."

"Amboi Suri, saya awak nak letak mana?"

"Blah la abang. Itu pun nak jealous. Tak lari pun kak Suri tu."

"Bukan jealous dik, cuma mengigatkan. takut lupa pulak Kak Suri kau ni dekat abang."

"Jealous tu cakap je la. Tak payah nak ego bagai. Tapi kak Suri, kalau ada yang hots nak kenal la."

"Sweetie, better awak ambik Din awak tu. Bagi akak dia sesuai dengan awak dan dia hots la. berdarah campur Malaysia dan Turki. Okay apa."

" Tolong la mamat tu jugak akak setuju. Kak Suri dengan abang Haris sama je. Nak tengok adik merana dengan 'si Din' tu."

"Takdenya nak merana dik. Mana tahu dia sayang kau dari kecik kan Suri."

"Dah la tak nak cakap dah. Melalut je semua. Abang, mama panggil makan. Papa is waiting for you. Papa kata ada benda nak cakap. so better habiskan cepat sweet time korang dan turun bawah.

Bahagia ke akhirnyaWhere stories live. Discover now