Untuk kali yang keberpuluh kalinya aku melihat situasi yang sama.
Sakit rasanya. Sakit sangat.
"Berapa bulan lagi dia akan terseksa begitu?
"Berapa lama lagi"
"Dan berapa banyak lagi dia akan rosakkan diri dia sendiri?
Rutin setiap masa dia untuk 6 bulan ini.
Aku melihat lagi dia. Duduk sendirian. Berpeluk tubuh atas kerusi rotan tepi balkoni. Seperti biasa.
Aku nampak dia menangis. 10 minit 20minit 30minit mungkin lebih dari tu. Tapi aku tetap kaku dan hanya mampu melihat.
Tangisan duka dia buat aku tertanya "berat sangat ke bebannya sampai diri dia bukan seperti dulu lagi?
"Kenapa tak share dengan orang yang rapat dengan dia?
"Kenapa nak fikirkan macam dia sorang yang ditimpa segunung ujian dari orang lain?
"Kenapa tak berfikir secara rasional?
"Mana dia letaknya agama yang tersimpul mati tu?
Tapi aku tetap aku. Aku hanya mampu melihat dia. Kenapa?
Kadang-kadang aku marah dengam diri aku bila tengok dia main dengan benda tajam. Sebab aku tetap tak dapat tegur dia.
Pisau lipat tu tajam. Baru beli. Mungkin. Tapi bukan untuk diloretkan dipegelangan tangan.
Aku nak sangat jerit depan muka dia jangan buat "art" dekat tangan tu. Tak cantik sungguh, rosakkan kurnian ALLAH.
Tapi bila dia angkat muka pandang aku,aku terdiam kaku. Sebab?
Dia tersenyum. Manis dan seakan puas dengan "art" yang dihasilkan.
Garis melintang, garus serong dan dot dot kecil hasil mata pisau hampir penuh terlakar dari tapak tangan sampai ke siku.
Gembirakah dia walaupun setiap saat darah mengalir dibiar kering sendiri hasil "artnya".
Aku menangis melihat dia, dia tersenyum tapi ada air yang mengalir dipipi dia. Suam.Dari mana. Air apa ni?
Dia dongak. Dari mata cantiknya dulu. Oh air mata. Maknanya dia senyum tapi menangis. Maksudnya apa?
Hah pening aku dengan dia.
Dia bangkit dari kerusi rotan dan masuk bilik.
Aku? Tetap melihatnya.
Oh sebelum tombol dipulas dia capai sebotol pil. Mungkin.
Dan aku harap dia baik-baik saja.
.........................................
6 September. Dah 2 hari baru kelibat dia muncul depan kornea aku. Ahh lega dia masih ok.
Tapi tahap kelegaan aku sampai ke petang je sebab malam dia mula buat hal lagi. Lebih tepat pagi berganti hari.
Air campuran Clorox dan ubat batuk diaduk-adukkan sampai sebati. Imbasan pada cermin tingkap dia tenung sambil tangan beraksi.
Sedu diletakkan ditepi gelas. Jari menari-nari tepi bibir gelas. Perlahan dan lembut gerakannya.
"Ko nak buat apa dengan air bodoh tu" jerit batin aku. Iya aku masih mampu melihat dia sahaja tanpa zahirkan setiap jeritan aku.
Perlahan tangan yang memegang gelas diangkat dan berhenti didepan bibir.
"Jangan"
Bibir dibuka
"Jangan"
Gelas makin hampir dibawa ke bibir.
Aku makin ingin zahirkan suara aku. Tolong aku selamat kan dia. Tolong ya ALLAH.
"JANGANNNNNNNNNNN"
pranggggg.
Taburan kaca dan air mengalir depan kaki.
"Jangan mati dalam keadaan tidak diterima untuk ke firdausi. Jangan sekali-kali" zahirkan suara aku dalam batin dia. Tolong ya ALLAH!
Pecah tangisan duka ditemani alunan surat cinta kiriman ALLAH kepada umatnya berganti-ganti sehingga azan subuh. ALLAH sayangkan dia.
Allah selamatkan dia lagi.
"Apa yang ko takutkan lagi?
"Apa yang ko bimbangkan lagi?
"Apa yang ko dah buat ni?
Aku mintak sangat-sangat bangkitlah,bangkitkan aku dalam diri ko.
Jangan biarkan aku melihat diri aku sendiri hancur.
Hapuskan "derita" ini perlahan-lahan.
Kita boleh. Tanpa orang lain sekali pun sebab DIA masih setiA sampai akhirnya. Kita cuba.
Kerna dia adalah aku.
Aku adalah dia.
Iya kami 1 jasad 1 roh tapi derita ini buatkan aku dan dia tercipta tanpa senjaga.
Aku lawan. Dia pun berusaha lawan.
Tapi kadang-kadang aku dan dia tewas.
Tapi aku dan dia akan bertahan untuk hapuskan derita ini.
Aku dan dia menangis untuk yang sekalian kalinya.
Dan Aku tahu DIA mendengar setiap rintihan itu.