"Ya?" Aku toleh belakang dan nampak lelaki kerek tu. Tengok cara dia jalan pun aku tahu dia kerek. Hahah.
Dah kenapa dia panggil aku ni?
Sambil dia garu leher, "Hm, nak tanya nama awak siapa ek?" Dia bertanya. Hm, cara cakap mcm baik je.
"Kenapa awak tanya?" Soalan bodoh aku tanya dia. Dia buat muka toya.
"Saya nak goreng nama awak. Haih belajar sampai ke universiti, tapi soalan awak tu mcm budak 6 tahun." Bebel Zafudin.
"Of course lah nak kenal dengan awak. Bukan ape, saya pelik kenapa orang lain pandang saya bukan main lagi tapi, awak pandang saya sebelah mata je. Kenapa eh?" Dia menyambung.
"Hm, entahlah. Saya ni tak interest sangat dengan orang kerek mcm awak ni." Sambil pandang sinis ke arah dia. Hahah padan muka. Biar dia sedar sikit yang dia tu kerek.
Amboi, sedap dia judge aku. Bisik Zafudin.
"Aha ha ha ha. Awak judge saya ke apa ni?" Dia mengecilkan matanya ke arah aku sambil melangkah setapak ke depan dan automatik aku ke belakang.
"Ka-kalau dah tahu kenapa tanya?" Hampir terjatuh aku dibuatnya. Kenapa aku gagap ni? Mentang-mentang hensem suka suki dia je buat aku macam ni. Ingat aku boleh jatuh hati kat dia ke? Go to hell lah.
"Heh" Sinis betul dia senyum. Makin sakit hati tengok.
"Hey girl. Aku tanya nama kau apa?" Amboi, kasarnya. Dah tukar panggilan. Mcm ni ke perangai dia. Kalau tak suka, berkasar bahasa dengan orang?
"Saya takkan bagitahu" Aku jelirkan lidah dan terus pergi dari situ. Makin geram dengan dia.
Dia melangkah mengejar aku. Walaupun aku lari, dia dapat kejar aku. Yelah kaki dia panjang duh -_-
"Awak! Nanti dulu!"
"Apa lagi awak nak ha?"
"Saya tanya nama awak ni. Please? Okey, nama saya Zafudin" Dia hulurkan tangan.
Aku hanya melihat tangannya yang dihulurkan itu. Tak interest langsung nak berkenalan dengan dia ni. Dah nampak kekasaran dia tadi. Heh.
"Saya kena pergi ni. Lagi 2 minit kelas Muzik saya dah nak mula. Bye hm Zafudin." Cepat-cepat aku beredar dari situ. Takde pun kelas muzik. Aku cuma nak mengelak daripada dia je.
Hm feisty. Bisik Zafudin tanpa aku sedar.
--------------------
Thanks for reading ! Kalau ade typo, sorry tau. Love you allz💕💕
YOU ARE READING
terima kasih buat segalanya💕
FanfictionSegalanya tentang seorang lelaki yang aku benci. Tiberrr je tersayang. Dan secara tiberrr je dia menghilang. Pada masa itu, aku buntu dan tiada hala tuju. Next? Read first and you will know the story ;)