BILIK 705

103 4 0
                                    


Cerita ini cerita sebenar yang saya alami pada awal tahun 2013 disebuah hotel di kota kinabalu.. rasanya tidak perlu saya kongsikan nama hotel tersebut pada semua untuk menutup aib pemilik hotel..

"ROOM 705"

3 hari sebelum, saya telah booking bilik dihotel tersebut.. dan hotel operator telah mengesahkan bahawa bilik hotel tersebut memang available untuk didiami dan saya minta non smoking floor. Saya yakin bahawa kebanyakan hotel disekitar kota kinabalu akan penuh berikutan ada program yang dijalankan pada hari sabtu. Saya bertolak dari labuan pada hari khamis malam jumaat sebelah petang sekitar jam 1.30(feri labuan-menumbok) dan sampai di area menumbok sekitar 4 p.m.

Setelah sampai, saya pun bertolak ke kota kinabalu dan sampai sekitar jam 7 petang. Dengan rasa lega, saya terus menuju ke kaunter hotel untuk bertanya status bilik saya. Saya terkejut disebabkan receptionist hotel tersebut mengatakan bahawa hotel mereka fully booked!! Saya meminta kepastian sebab saya telah memaklumkan bahawa saya telah booking bilik sebelum saya datang.. receptionist tersebut meminta maaf dan mengatakan tempahan saya langsung tidak wujud!! Saya merasa agak kecewa dengan layanan mereka dan saya menyatakan ini kali terakhir saya menginap di hotel tersebut.

Dipendekkan cerita, saya dengan rasa kecewa, penat dan marah terus membawa diri mencari hotel disekitar kota kinabalu. Saya call hotel2 berhampiran namun semua mengatakan tiada bilik yang kosong. Dengan hampa dan kecewa, saya memandu kereta dengan hasrat mencari hotel disekitar bandaraya.. sedang saya melintasi bukit bendera( orang kk mesti tahu) menuju ke bulatan nenas untuk pergi ke area lintas, saya tertegun dengan satu kawasan yang agak meriah, diterangi lampu neon dan keindahan kawasan tersebut.. saya perasan jam didashboard kereta menunjukkan suda masuk ke waktu 10.30 malam. Sedar tak sedar sudah lebih 2 jam saya meronda di kawasan sekitar kota kinabalu mencari bilik penginapan. Saya pun masuk ke kawasan tersebut dan mencuba nasib manatahu ada hotel berhampiran.

Ronda2 akhirnya saya melihat hotel PERKASA.. terdetik dihati saya seketika.... saya tak pernah tahu ada hotel perkasa diarea bandaraya cuma disebabkan terlalu penat, saya pun parking kereta dan masuk ke kaunter hotel... Suasana agak sunyi di lobby hotel disebabkan tiada kelibat orang lain selain saya dan seorang receptionist wanita yang menjaga kaunter namun saya abaikan sahaja sebab saya fikir kawasan baru, mungkin bukan tumpuan orang.. semasa berbual dgn receptionist, dia menyatakan hotel ini cuma ada satu slot untuk malam ini sahaja iaitu room 705 dan saya kena keluar esok disebabkan semua bilik telah ditempah mulai esok. Dalam kepenatan, saya bersyukur ada lagi tempat untuk melepas lelah.....

Dalam sepintas lalu, saya terpegun dengan bunga putih diatas kaunter dan saya seolah2 biasa melihatnya namun saya tidak menumpukan perhatian sangat dgn bunga tersebut. Saya terus menaiki lift setelah mengambil beg baju dan parking di tempat letak parking yang sepatutnya namun semasa keluar dari kereta, saya baru perasan ada bau harum menusuk hidung dan saya melihat bunga perhiasan putih yang sama diatas kaunter ditanam ditepi tempat parking. Didalam lift, bau bunga tersebut makin kuat baunya.. Sesampai didalam bilik, haruman bunga tersebut ada dan di atas tilam saya ditabur bunga yang sama dan saya berfikir, kreatif cara pengurusan hotel save budget........

Ada sesuatu yang pelik saya rasakan..... tapi saya simpan didalam hati saja.. setelah mandi, saya berbaring untuk tidur....... tidur nyenyak!

Tiba2 saya terjaga disebabkan receptionist membangunkan saya!! Dengan rasa terkejut dan agak marah, saya menempelak beliau dengan suara yang agak kasar! Sebab tidak tahu jaga privacy dan masuk kebilik saya tanpa kebenaran.. dia menangis sebab dimarah dan keluar dengan perlahan2 melalui "DINDING"........

Saya dengan kepala berat sebab kurang tidur dan penat menyambung tidur kembali tetapi........ otak dibawar sedar saya berfungsi mengatakan perkara logik berlaku disekitar saya!! Saya terkejut dan terbangun dengan segera dan melihat sekeliling..... saya sedar bahawa itu bukan realiti sebenar manusia yang mampu berjalan melintasi "DINDING"........

Melihat jam diatas meja menunjukkan jam 12.12minit pagi.... saya bangun dan mengambil wudhu untuk menunaikan menggantikan solat yang tertinggal dan untuk melegakan perasaan terkejut yang baru saya alami sebentar tadi...... semasa saya melaungkan iqamah, terdengar jeritan histeris disekeliling saya.... sangat hampir disebelah saya dan terasa seperti gempa bumi berlaku di dalam bilik hotel....... terhenti seketika saya dan terkedu dengan keadaan tersebut....

Saya terus membaca ayatul kursi dengan jelas keluaran suara daripada mulut saya namun semakin kuat jeritan mengilai disekeliling saya........ saya bergegas menyusun baju dan memasukkan kedalam beg dan turun kekaunter bawah tetapi jeritan dan suara menakutkan masih berlegar disekeliling saya........ setibanya dikaunter saya tidak melihat sekelibat manusia pun yang berada disana...... dengan rasa panik saya menuju ke kereta dan memandu keluar dari kawasan hotel tersebut........ jeritan dan suara menakutkan masih terdengar jelas semasa saya berada didalam kereta dan laluan yang saya ambil bertentangan dengan jalan masuk ke kawasan hotel....... kelihatan di sebalah seat saya duduk receptionist tersebut dengan keadaan rambut kusut dan kepala tertunduk..... saya menjadi panik dan membaca surah2 didalam hati....... namun kereta saya menjadi sangat berat walhal saya menekan minyak hingga mencapai lantai... ketika melihat cermin belakang, saya melihat seat belakang ada penghuni lain yang berbadan besar, berbulu hitam lebat dan mata merah dan mulut menyeringai menampakkan barisan taring...... bau busuk menyebar didalam kereta saya dan hilaian dan suara deraman kasar sangat jelas hampir disebelah saya.......

Saya beristighafar dan membaca ayatul kursi dengan jelas dari mulut saya sambil memandu kereta yang seolah2 tidak bergerak...... selesai bacaan ayatul kursi, penumpang kereta saya ghaib dan kereta saya meluncur laju diatas jalan raya....... saya melihat keadaan jalan yang gelap dan banyak simpang dan akhirnya saya sampai kebulatan nenas...... saya mengambil iktihar menuju ke masjid sembulan untuk menghilangkan lelah dan beristirehat disana......

Selepas solat(dalam keadaan gementar) saya duduk dikalangan jemaah masjid yang beriktikaf dimasjid pada ketika itu.... seorang pakcik menegur saya dan bertanyakan kenapa saya berbau pelik dan baju penuh kotoran lumpur dibahagian belakang...... saya terus melihat baju saya dan kocek seluar saya dipenuhi kelopak bunga putih..... pakcik tersebut bertanyakan "anak sepertinya menempuh satu perjalanan yang bukan bersifat duniawi dan kasat mata?" Saya kebingungan untuk menjelaskan disebabkan ada mata2 yang memandang perbualan kami....... saya meminta izin pakcik tersebut untuk jalan bersama saya kekereta untuk menjelaskan perihal tersebut... dikawasan parking, saya menjelaskan keadaan tersebut dan pak cik tu meminta saya agar membawanya kekereta saya...

Pakcik membaca surah2 tertentu dan meminta saya agar memindahkan batu nisan yang berada dibelakang kereta saya..... saya terkejut dengan permintaan pakcik tersebut sebab setahu saya, tiada batu nisan yang ada didalam kereta saya namun dengan perasaan kelat saya membuka bahagian belakang kereta dan terkejut melihat batu nisan berlumpur ada disebelah beg pakaian saya....... saya ingin bertanyakan sesuatu namun pakcik tersebut memotong pertanyaan saya dan meminta agar batu nisan tersebut dikeluarkan terlebih dahulu....... dengan rasa penuh hairan, saya keluarkan dan memberi batu nisan tersebut kepada pakcik......

Tiba2 belakang saya ditepuk dan saya menoleh kebelakang dan melihat seorang jemaah yang beriktikaf didalam masjid tadi bertanya kepada saya "tuan ada masalah?" Saya senyum dan mengatakan ada hal sikit dengan pakcik..... dia tanya "pakcik mana?" Tersentak saya lantas menoleh kehadapan dan hairan melihat tiada sesiapa dihadapan saya.......

Meremang bulu roma dan tengkuk saya memikirkan kejadian malam ini...... abang tersebut membawa saya masuk kedalam masjid dan mengajak bersama2 beriktikaf...... saya mengambil baju dan mandi didalam tandas sambil saya meminta abang tersebut menemani saya diluar tandas...

Setelah selesai mandi, kami sama2 solat taubat(diketuai oleh abang tersebut) dan meminta petunjuk... selepas selesai, abang tersebut berkata "saya tidak tahu apa yang kamu alami benar atau tidak..... tapi sesungguhnya makhluk dunia ini bukan manusia sahaja..... ada kalangan jin dan iblis.... ada yang baik dan jahat... kejadian menimpa kamu jadikan batu pengukur bahawa Allah menunjukkan kebesaranNya kepada kamu.."

Pagi itu, saya melihat seat kereta saya dipenuhi kelopak bunga putih(bunga harum sundal malam--setelah abang tersebut menyatakan) dan penuh dengan lumpur.... setelah dijirus air bacaan surah tetentu saya membersihkan kereta. Selama 4 hari saya di kota kinabalu, saya lebih selesa tidur dimvasjid bersama abang tersebut sehingga saya kembali kelabuan...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 21, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HOTEL BERHANTUWhere stories live. Discover now