Ayra, turun sayang. Nanti lambat.”
Arif Mikhail bergegas naik ke atas apabila berkali – kali nama Ayra Maya dilaung dari tingkat bawah tidak bersahut. Jam dinding dikerling. Jarum panjang hampir menginjak nombor 9. Tak kerja ke isteri aku hari ni. Rambut yang berserabut sedikit diselak ke belakang. Sebelah tangan memusing tombol pintu bilik tidur mereka. Suara Barry White berkumandang di seluruh ruang bilik.
I can't get enough of you baby
I can't get enough of you baby
Right or wrong
Baby right or wrongCompact Disc player dituju. Volume diperlahankan.
“Ayra.”
Serta merta riak muka Arif Mikhail berubah melihat Ayra Maya masih belum bersiap dan sedang bermalasan di atas katil.
“I’m not feeling well. MC lah hari ini. Tak pun berhenti kerja terus.
“Kenapa tak bagi tahu awak rasa tak sihat. Jom pergi klinik.
“Mikhail, saya nak rehat kat rumah je. Please…just stay here with me.
Ayra Maya menarik tangan Arif Mikhail yang sedang duduk menghadapnya agar berbaring di sisinya. Arif Mikhail akur. Kepala Ayra Maya dipangku. Tangan kanannya yang berotot menjadi alas kepala Ayra Maya. Tangan kiri Arif Mikhail lembut memeluk tubuh Ayra Maya yang lesu.
“I’m sorry about yesterday.”
***
Evo dirembat laju. Lamborghini Gallardo milik Tengku Ashraff yang diparking di sisi jalan dirempuh dengan sengaja. Arif Mikhail membrek Evo dengan mengejut. Bonet belakang dibuka. Sebatang kayu golf five wood ditarik.
Prangggg!!! Cermin hadapan kereta Tengku Ashraff berkecai. Sekuat tenaga Arif Mikhail menghayunkan kayu golf tersebut. Kalau setakat kereta buatan Malaysia, sekali hayun pun boleh berkecai tapi ini Lambo bhai!!! Nak terkeluar urat – urat hijau Arif Mikhail.
“Mikhail!!!”
Mendengarkan jeritan Ayra Maya, Arif Mikhail yang sedang membayangkan cermin kereta Tengku Ashraff sedang berkecai tersentak. Cermin Lamborghini sah – sahlah bullet proof. Bukan setakat terkeluar urat hijau Arif Mikhail menghayun wood five, uratnya pecah pun belum tentulah cermin tu pecah. Jadi daripada buat kerja yang sia – sia baik kepala Tengku Ashraff ni yang bersepai. Langkah Arif Mikhail laju diatur ke arah Ayra Maya pula. Tangan kanan masih erat memegang kayu golf five wood sementara tangan kiri menarik Ayra Maya kasar. Tengku Ashraff tergamam melihat tindakan spontan Arif Mikhail.
“Woii..kau gila ke?”
Jerit Tengku Ashraff melihat Evo Arif Mikhail yang remuk di hadapan dan badan kereta Lamborghini Gallardonya yang bercalar dan kemek sedikit dibahagian sisi.
“Ni amaran pertama dan terakhir aku! Ayra, hak milik aku seorang!”
“Woi...kau ingat kau hebat? Tu Evo, ini Lamborghini la bhai!”
“Lamborghini ke, Bugatti Veyron ke aku tak peduli. Kalau kau tak nak muka kau remuk macam kereta tu, cubalah kau usik Ayra lagi.”
Tinggi suara Arif Mikhail menjawab sambil wood five masih kejap di tangan . Tangan Ayra Maya dilepaskan. Jari Arif Mikhail laju menaip SMS.
“What the fuck! This 270k lambo is not comparable to some stupid 85k evo!”
Berang Tengku Ashraff tidak terkawal. Kakinya laju menuju sisi keretanya yang kemek.