Kau Yang Ku Cinta

13 0 0
                                    

                             BAB 1

     "KAU!Kau keluar dari rumah aku!Aku dah tak sanggup nak tengok muka kau.Mana aku nak letak muka
aku ni.Malulah!Baik kau tak payah hidup.Kalau hidup asyik menyusahkan hidup orang lain buat apa.Dah,sekarang ni aku tak nak membazirkan ait liur aku,baik kau berambus!"

     "Ibu...Athirah minta maaf.Tu bukan salah Athirah.Ada orang aniaya Athirah.Ibu...percayalah."

     Air matanya laju mengalir.Dia kini tidak tahu hendak pergi ke mana lagi.Mungkin dia akan jadi pengemis seperti mereka di luar sana.

     "Dahlah,aku tak nak dengar alasan kau.Aku kata keluar.Keluar!"Kali ini suara Pn Aini meninggi.Pn Aini mencampak keluar beg baju milik Athirah.

     "Pergi!"

     Athirah akur.Dia terima sahaja ujian daripada-Nya.Dia melangkah keluar dengan langkah longlai dan air mata yang membasahi pipi mulusnya.Pn Aini menutup pintu dengan kuat.Athirah mengerling pada jam tangannya yang menunjukkan pukul sembilan setengah malam.

     ATHIRAH berhenti berehat di perhentian bas setelah hampir setengah jam dia berjalan.Air matanya masih lagi bersisa.Tidak lama kemdian hujan mulai turun dengan lebatnya.

     "Alamak dah hujan!Macam mana aku nak jalan ni.Kena tunggu sampai hujan berhentilah kalau macam ni."

     Athirah mulai gelisah.Tiba-tiba sebuah kereta berhenti di hadapan perhentian bas.Kelihatan satu susuk tubuh wanita keluar dari kereta bersama sekaki payung.

     "Adik...bahayalah duduk sini seorang-seorang.Jom akak hantarkan adik balik,"kata wanita yang berusia dalam lingkungan 20-an.
 
     "Takpe lah kak,menyusahkan akak aje."Tolak Athirah dengan lembut.

     "Tak...tak menyusahkan akak pun.Rumah adik dekat mana?

     "Sa...saya..."Air matanya mulai mengalir.Dia teringat kejadian yang berlaku di rumahnya.

     "Adik,kenapa menangis ni?Akak minta maaf kalau akak salah tanya soalan.Kalau adik ada masalah,adik bagitahu aje kat akak.Mungkin akak boleh tolong."Azlin mengusap kedua-dua belah bahu Athirah.

     "Saya se...sebenarnya kena halau dengan ibu saya.Ada orang aniaya saya.Orang yang aniaya tu kawan baik saya.Dia kurung saya dalam satu bilik dengan seorang lelaki.Dia terus bagitahu ibu saya dan tunjuk gambar saya dengan lelaki tu.Tapi lepas tu saya dapat lari keluar.

     Athirah mengesat air mata yang laju mengalir dari tubir matanya.

     "Maaflah.Akak tak tahu.Tak sangka kawan baik adik sanggup buat macam  tu.Takpelah dik.Adik tinggal aje kat rumah mama akak.Nama akak Syarifah Azlin.Nama adik siapa?"Azlin memandang muka Athirah yang putih bersih itu dengan penuh rasa simpati.

     "Athirah Safira,"jawabnya.

     "Ouh.Jomlah dik,dah lewat malam ni."

     "Terima kasih kak."

     "Sama-sama.Kita sesama manusia perlu saling membantu.Dahlah.Jangan menangis lagi.Okey.Tak comel."Athirah hanya tersenyum kelat.Dia berterima kasih kepada-Nya.

     Azlin mengiringi Athirah.Beg bajunya dimasukkan di tempat duduk belakang.Di dalam perjalanan,Athirah hanya membisukan diri.Dia hanya memandang ke luar tingkap.

     SEBAIK sahaja sampai di rumah orang tua kak Azlin,Athirah tidak puas memandang rumah banglo yang besar itu.Athirah keluar daripada kereta lalu mengambil beg bajunya.

     "Kita dah sampai."Azlin memecah kesunyian antara mereka.

     "Ni ke rumah akak?Cantiknya."Pandangannya masih lagi tertumpu pada rumah yang tersegam indah.

     "Mana ada.Biasa aje.Jomlah masuk."

     Azlin memegang pergelangan tangan Athirah lalu mengajak dia masuk.

     "Seganlah kak."Athirah mengeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali.

     "Tak payahlah nak segan-segan.Akak kan ada.Assalamualaikum mama.Mama..."

     "Waalaikumussalam.Anak mama dah balik.Macam mana kerja dekat Pahang.Okey ke?"

     "Alhamdulillah,okey aje ma.Tak ada masalah.Kawan-kawan pun okey.Papa mana ma?"

     "Papa pergi outation.Esok dia baliklah.Kenapa?Rindu ke?"

     "Mestilah rindu ma.Dah enam bulan tak jumpa."

     "Yelah tu.Azlin siapa ni?"tanya Datin Syarifah Yasmin sambil memandang tepat pada wajah bersih Athirah.

     "Ni Athirah ma.Athirah Safira.Athirah ni mama akak,Datin Syarifah Yasmin.

     "Ouh Athirah Safira.Cantik nama tu.Jemputlah masuk,jangan malu-malu."

     Hanya Allah sahaja yang tahu betapa malunya dia pada saat itu
Athirah mengambil tempat di sebelah Azlin.

     "Mak senah...tolong buatkan air.Kita ada tetamu ni,"jerit Datin Syarifah Yasmin.

     "Athirah dari mana?"tanya Datin Syarifah Yasmin.

     "Sa...saya...,"tergagap-gagap Athirah hendak menjawab.

     "Sebenarnya macam ni ma.Dia kena halau dengan ibu dia sebab dia dapt tahu yang dia berdua-duaan dengan seorang lelaki ni.Dia kena aniaya dengan kawan baik dia pulak tu.Lepas tu kawan dia tunjuk gambar dia dengan lelaki tu kat ibu dia.Ibu dia pun percayalah.Kesian dia ma
Azlin jumpa dia kat bas stop."Panjang lebar cerita Azlin.Athirah hanya menunduk.Sebak hatinya.

     "Ya Allah,kesiannya.Takpelah,biar Allah aje yang uruskan diaorang masa akhirat nanti.Athirah banyak-banyak bersabar ya."

     Athirah cuba memaniskan muka.Mak Senah datang dengan membawa sedulang air.

     "Terima kasih Mak Senah,"kata Athirah.

     "Sama-sama.Jemput minun semua,"ucap Mak Senah.Athirah mengambil lalu meneguk air tersebut.Jarum pada jam tangannya menunjukkan pada pukul sebelah setengah malam.Athirah mulai menguap.Badannya berasa sungguh penat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kau yang ku cintaWhere stories live. Discover now