Nampak berbeza sungai spa ni semenjak saya tinggalkan 60 tahun yang lalu. Eh bukan,60 hari!
.
Jalan ke lubuk sudah beratap, maka dapatlah mengelak dari kebasahan bila hujan.. (dan tidak keluar ekor duyung). Hulur tangan mahu buka pintu, wahhh ia tidak lagi menggigit! Pintu baru ni! Kayu. Rasa macam kembali ke zaman silam..
.
Anak-anak ikan sungguh gembira sekali. Ikan sekila sudah membuat buih, ikan kembung juga semakin kembung. Wah bagus sekali ye kamu.
"Lama tak jumpa kamu semua.. apa khabar?"
Ah seronok sungguh hari ini mengusik anak-anak ini mengajarkan mereka bermain guli dan congkak daripada kulit kerang.
.
"Putri, pintal buih ini menjadi permaidani. Lusa mahu pakai."
"Mujurlah awak sudah pulang putri. Tolong saya mencipta bayangan daripada batu karang"
"Ini dokumen sulit. Saya amanahkan awak untuk simpan dan jaga betul-betul ya"
.
Musim sibuk sudah bermula.
Renangan perlu digandakan kuasanya.
Masa untuk bermula!
.
YOU ARE READING
Mermaid Princess
Fantasydisanalah dunia dia.. sungai jala. jiwa dan hatinya sebati dengan air yang jernih, udara nyaman.. kadang-kadang dia timbul di permukaan, memandang indahnya bulan. siapa sangka ada dunia lain, makhluknya manusia.. yang dia jadi hairan. dan dia curi-c...