🌼28.

4.4K 354 14
                                    

📮📮📮
••••••••••

ORANG RAMAI yang memandang pasti menyangka mereka adalah pasangan kekasih atau suami isteri, melihat dari kemeja hijau zamrud yang tersarung ditubuh Qaim, sedondon dengan warna kebaya songket pilihan Indi.

Kalau tidak kerana kehadiran Qaim di majlis perkahwinan putera Bonda Sarina ini dianggap Indi sebagai temujanji kedua mereka, dia tak akan datang sejauh ini semata-mata kerana janjinya dengan pengusaha Vila Qaseh itu.

Apatah lagi, berada di kerusi tetamu dalam sebuah majlis perkahwinan orang lain benar-benar membuatkan Qaim kekok dan kurang selesa.

Sejak mereka tiba di meja makan setengah jam yang lalu, jari-jemari Qaim sudah mula berpeluh. Tingkah dia seperti gian ingin memetik tali gitar. Dan kenyataan itu tak jauh daripada benar.

Lebih-lebih lagi apabila kugiran kampung di pentas berhampiran pelamin Raja Sehari sana asyik memainkan lagu Selamat Pengantin Baru nyanyian asal dari Saloma.

"Boleh tak kau duduk diam sekejap?" suara Indi berbisik di tepinya. "Stop shaking the table!"

Automatik lutut Qaim berhenti daripada bergoyang. "Sorry."

"Kau dah kenapa, Qaim? Crowded sangat ke tempat ni?"

"Agak-agak biadab tak kalau aku rampas mikrofon dari pak cik yang pakai shades gaya A. Rahman Hassan kat atas pentas sana tu?" Qaim bertanya dengan jujur, langsung tak bertapis.

Biji mata Indi serta-merta terbeliak. "Kau jangan nak buat gila!" Dia menjeling ke kiri dan kanan, sebelum kembali memfokuskan pandangan ke arah vokalis Saturday Knights itu.

"Qaim, tolong jangan tarik perhatian yang tak sepatutnya dalam majlis ni, please? Aku janji, setengah jam aje lagi, lepas tu kau dah boleh balik. Kau nak balik KL terus pun boleh. Aku dah tak kisah."

"Distract me."

"Apa?"

"Talk to me."

"About what?"

"Anything, please."

Indi bungkam beberapa saat, berfikir, sebelum dia kembali bersuara. "Okey, aku cerita pengalaman masa tinggal kat Vila Qaseh, boleh?"

Qaim sekadar mengangguk, pintar menyembunyikan keterujaan diri untuk mengetahui lebih lanjut zaman kanak-kanak yang dilalui gadis itu.

Apatah lagi, Indi membesar di tempat yang tidak jauh dari kampung halamannya.

"Lepas aku dan abang aku, Reid dibawa ke Vila Qaseh, orang kata aku ni lambat sikit nak sesuaikan diri. Disebabkan waktu tu aku baru tiga tahun, dan Reid pula lapan tahun, jadi dialah yang cerita semua ni masa umur aku masuk tujuh tahun. So, kalau Reid tipu, aku pun tipu kaulah maknanya."

Qaim menarik senyum.

"Aku banyak sangat menangis masa kecil dulu, sampai doktor sahkan aku murung dan tak boleh bercakap. Sebab utamanya, aku nakkan arwah ibu aku semula. Yang aku ingat-ingat dan faham masa tu, ibu aku keluar lama sangat tak balik-balik."

"Tapi Bonda Sarina tak pernah putus asa. Macam-macam dia usahakan untuk pulihkan mental aku. Dari cara moden sampailah ke tradisional. Dan Alhamdulillah, dua tahun selepas tu, aku dah mula bercakap semula walaupun doktor belum sahkan aku sembuh sepenuhnya."

"Kau tahu, lepas aku lalui macam-macam sesi terapi, aku mula sedar yang ayah dan ibu aku takkan kembali dalam bentuk jasad semula. Hanya ingatan, dan sedikit kenangan bersama arwah - yang Reid mampu ingat - jadi kekuatan aku untuk teruskan hidup. Jadi bukti yang aku dilahirkan ke dunia dan pernah ada ibu bapa macam orang lain."

Qaim mengepal buku limanya, dalam usaha menahan diri daripada bertindak di luar jangkaan seperti menyentuh pipi gadis ayu di depannya.

Air mata yang bergenang di tubir mata Indi itu sungguh membuatkan jantungnya lemah.

Bagaimana perempuan ini masih boleh kekal cantik dan bersinar seperti mutiara dalam keadaan hati yang sedang galau, terus menjadi tanda tanya dalam kepala Qaim.

"Bonda Sarina juga yang ajarkan aku tentang bunga. Setiap kali aku menangis, dia akan bagi aku orkid, sebab kata bonda, bunga orkid ni unik dan lambat layu."

Kening Qaim berkerut sebaik saja Indi menyebut perihal orkid.

"Ini orkid, bunga kesukaan saya,"

Suara misteri milik seorang budak perempuan sekitar 7 atau 8 tahun itu seakan berdengung di tepi telinga Qaim.

"Bonda kata orkid istimewa sebab dia unik dan lambat layu."

Laksana Déjà Vu suara itu menghantui masa lalu Qaim.

Dalam hujan lebat, dan sawah padi....

"Kau nak tahu tak apa signifikannya bunga orkid tu?" aju Indi, sekaligus menarik Qaim semula ke dunia realiti. "Actually, orkid boleh jadi tanda peringatan untuk kita manusia sentiasa--"

"Bersemangat untuk terus hidup," pintas Qaim laju setelah memori lama yang selama ini tersimpan dalam peti memorinya menunjukkan tindak balas apabila dipicu oleh sesuatu... atau seseorang yang mungkin memiliki memori yang sama.

"Wow, kau tahu? Bonda pernah cerita ke ma--"

"Tak. Budak perempuan nama Didi yang bagitahu aku dulu," jawab Qaim dengan tatapan tajam yang tidak berkalih dari renungan polos si penjual bunga itu. "Many years ago," tambahnya.

Indi terkedu lama. "Abang?"

Lambat-lambat Qaim mengangguk.

"Orkid, sekuntum 50 sen," sebut Indi, cuba untuk memadankan masa lalunya dengan memori lelaki itu. "Bunga raya, empat?"

Qaim mengulum senyum simpul. "Seringgit."

"Abang dah tak menangis!"

Oh, kecilnya dunia!

Bab 28 - Edited ✅
⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫⚫

A/N: boleh baca prolog semula kalau tak ingat pasal budak perempuan nama Didi. 😉

Gadis Penjual Bunga [✔]Where stories live. Discover now