01

208 30 19
                                    

Cadar kelabu bercorak garisan putus-putus itu gugur daripada tempat asalnya. Yena menguap panjang, semalam memang hari yang sangat meletihkan bagi dia. Ops, pembetulan. Bagi 'mereka'.

Matanya mencerlung pada tubuh yang sedang nyenyak tidur di sebelahnya. Tidak sangka, si kucing dan si harimau boleh tidur di tempat yang sama, katil yang sama, selimut yang sama dan yang paling ajaib, tiada langsung percakaran berdarah yang berlaku. Me.nak.jub.kan.

"Nak selimut. Sejuk."

Yena menarik nafas panjang. Selimut yang berada di lantai dikutip dan dibaling ke arah Mingyu. Mingyu merengus, ergh, marah lah tu.

"Campak, campak. Ingat aku apa?"

"Eh rambut merah, tidur je lah diam-diam!"

Mingyu malas hendak mengendahkan Yena dan tanpa dia sedar, dia terus hanyut di dalam buaian mimpi yang mungkin baru sahaja mendarat di atlantik. Yena menggeleng tanda protes pertama.

Selipar disarung dan peti ais dituju. Rumah dua tingkat yang mempunyai beberapa bilik kosong itu dilepasi satu persatu. Tegukkan air rakus beberapa kali akhirnya menghilangkan dahaga yang sudah bertapa sedari tadi.

"Aih, kenapalah aku kahwin dengan Mingyu. Daripada rambut merah tu, baik aku marry dengan mamat sebelah rumah. Hensemnya.."

Iris matanya tepat memandang jiran sebelah rumah yang sedang menyidai kain. Lelaki yang paling sempurna dia pernah jumpa. Sidai kain, betulkan laman, memasak, memang sempurnalah. Walaupun dia anak mak cik kepoh kuasa lapan, kalau tolak mak dia, dia memang lelaki idaman.

"Aku pun tertanya, kenapa kau."

Mingyu merampas botol air dan meneguknya sehingga ke titisan yang terakhir. Yena mengetuk pintu peti ais dan terus menyilang tangannya tanda tidak puas hati.

"Knock, knock, siapa yang propose ? Kau kan? Buat cara sedar diri sikit."

Mingyu meletakkan jari telunjuknya pada hidungnya dan ditolak beberapa kali. Belum sempat Yena menyepak kakinya, Mingyu lebih pantas beredar.

"Spesifiknya, kau je yang lengkap dengan syarat-syarat aku. I need that title , 'married' . Sorry for the inconvinience. "

Yena bersandar pada pintu peti ais. Dia sendiri tidak faham bagaimana dia boleh bersetuju. Yang pasti, mereka bukan kahwin kontak ataupun dipaksa mana-mana pihak. Mereka memerlukan masing-masing, walaupun cinta itu sememangnya tak pernah wujud.

"It's okay. Aku nak tanya, bilik kerja aku yang mana satu?"

Mingyu melirik pada pintu salah satu bilik yang berwarna hijau muda. Belum sempat ditanya, Mingyu sudah masuk ke dalam bilik itu.

"Untuk manusia yang kuat sepahkan barang macam kau, bilik ni memang sesuai. Aku sengaja kosongkan. Nanti kau bawalah masuk barang-barang kerja kau. Sebelah bilik kita, bilik kerja aku. Harapnya kau tak masuklah."

"Nak masuk!"

Mingyu merengus lagi. Kim Mingyu, seorang designer, berketinggian 8 kaki , berkulit cerah dan yang paling penting, manusia pemarah dengan rambut merah.

"I said no!"

"Guess what? Aku dah masuk semalam."

Jari Mingyu menjentik dahi Yena kuat. Tidak tahu bagaimana hendak melepaskan marah, hanya itu sahaja cara paling selamat hendak menganiya perempuan. Pesanan ringkas buat Han Yena, Mingyu memang ada masalah dengan perasaan 'marah' .

"Sakitlah!"

"Bukan masalah aku!"

Yena mengambil kasutnya dan dibaling pada Mingyu. Rumah itu terlalu tenang semalam, dan mereka mungkin membayar semula pergaduhan semalam dengan hari ini.

"Kasut- YAH!"

Yena tersenyum puas. Sememangnya lelaki rambut merah paling tak guna dia pernah jumpa. Sudahlah kenal tidak sampai dua minggu!

"Han Yena, kau ingat kau siapa?"

"Aku? Isteri-"

Mata Mingyu sudah berubah. Dia bukan Mingyu yang dia kenal. Kim Mingyu nampak sangat berbeza.

" Siapa benarkan kau masuk bilik aku? Aku tak bagi kebenaran kan? Who do you think you are?"

Senyuman pada muka Yena mula mengendur. Memanglah dia marah Mingyu jentik dahinya, tetapi baling kasut itu sekadar persembahan pembukaan sahaja. Dia memang tak berdendam pun, saja suka-suka.

"Relax lah, aku melawak je kot. Kau tak payahlah emo-"

"Aku emo? Aku? Aku rasa kau yang emo. Menjawab semua benda yang aku cakap. Siap masuk bilik aku lagi. Reminder,  ni rumah aku. Kalau kau rasa dengan jadi isteri aku , kau boleh layan aku sesuka hati, buat sesuka hati, we need to reconsider everything."

Hampir luluh jantung Yena mendengarkan tutur yang keluar daripada mulut Mingyu. Takkan lah kerana dia masuk bilik kerja Mingyu tanpa kebenaran, mereka mungkin berpisah?

"Aku cuma nak tengok je. Aku tak ada niat lain pun. Wei, kau janganlah emosi sangat. I'm sorry, aku mintak maaf."

"Maaf? Kau layak ke mintak maaf?"

Bagaikan ada batu menghempap dadanya, nafasnya rasa teresak. Suhu badannya mula meningkat naik. Siapa sahaja yang cukup sempurna untuk bercakap tentang layak? Dan siapa Mingyu untuk menentukan dia layak ataupun tidak?

"Hei."

"Apa?"

" Aku rasa kau kena belajar cara kawal marah kau. Red hair doesn't meant you need to be mean. Jangan senang sangat cakap benda macam tu."

Senyuman kecil Yena membuatkan Mingyu tersentak. Dia mengaku dia memang perengus dan dia sedar. Mingyu cepat-cepat mencapai lengan Yena yang sudah menapak jauh.

"Yena!"

"Aku kan tak layak."

Mingyu sedar, dia memang dah buat salah besar. Mingyu memegang pipi Yena dengan kedua telapak tangannya. Dia perlu berfikir pantas! Tidak mahulah dia dibenci Yena sepanjang hayat.

Anak mata Yena cuba ditangakap dan dikunci. Ada sebab mereka panggil Mingyu, 'perengus sesaat', perasaan dia boleh berubah bila-bila masa dan si normal Mingyu, tak lah teruk mana.

"Aishiteru?"

"Hah?"

Tawa Yena meletus di situ juga. Random nak mampus mamat ni!

"Er- Double aishiteru!"

"Merepek.."

Yena kembali tersenyum. Lega juga Mingyu dapat mengubah raut masam itu kepada senyuman. Yena mula berselubung dengan idea nakalnya lagi.

"Why did you gave me peck yesterday? I need french."

Yena mula mencapai lengan Mingyu. Dipeluk-peluk lengan itu, mana tahu hati Mingyu yang kebal seperti titanium itu mampu melebur.

"Pergi cium budak sebelah."

Midnight Husband [Mingyu]Where stories live. Discover now