10 || MIMB

6.6K 187 2
                                    

Encik Jaili memanggil kami berempat masuk dalam bilik Bigboss. Perlahan-lahan kami masuk ke dalam bersama Encik Jaili.

"Saya ada tugas ni nak bagi kat korang." Katanya sebaik sahaja kami berempat muncul didepannya.

"Apa Tuan?" Qila bertanya.

"Korang nampak tak board sebelum pintu masuk kat luar tu?"

Kami angguk perlahan. Nampak sangat. Board yg terlalu semak mata memandang tiap kali org lalu masuk ke dalam office.

"Tu lah tugas tuk korang. Korang hias balik board tu cecantik macam korang. Eh tiber." Selorohnya. Fira acah ketawa ayu. Nana sudah mulai menguis lenganku.

"Taklah. Korang hias balik. Isi dalam board tu Visi Misi semua, Road to Succesful bagai tu korang buat la ikut kretiviti korang."

"Okey boleh tuan. Kalau kami ubah semua benda tu ikut citarasa kami, barang beli guna duit sapa?" Soal Nana.

"Ahh. Kalau ada korang beli, tunjuk je resit kat saya nanti saya ganti balik." Katanya. Dalam erti kata lain, guna duit dia dulu kot baru claim dengan Fin.

"Kalau macamtu, kejap lagi lepas kami bincang nak buat macam mana kami keluar gi beli barang." Kata Qila. Tuan Noh hanya angguk sahaja. Kami berempat keluar dan terus menuju ke bilik meeting.

Aku keluar sekejap untuk mengambil pen dan kertas. Sempat lagi Tuan Fizz kenyit mata arahku ketika kami berselisih. Tepuk dahi aku oleh Mr. Boss ni.

"Kenapa Tuan Fizz tadi?" Tiba-tiba Fira bertanya sebaik sahaja aku masuk kembali.

"Entah." Sepatah aku menjawab. Kami menyambung kembali perbincangan kami kembali.

Adakala bilik meeting tadi akan dilawati oleh abang² ENG dan abang² Avsec.

"Lay! Tolong abang jap." Abang Aidil muncul dipintu bilik meeting.

"Jap eh." Aku keluar menuju ke depan. Mereka bertiga meneruskan discuss.
.
.
"Tolong apa tu?" Soalku bila sampai di meja Kak Zira. Abang Aidil ketawa disisi meja.

"Tolong apa? Tiberrlah kau ni." Kata Kak Zira. Aku berkerut. Aku jeling Abg Aidil yg sibuk ketawakan aku dan Kak Zira kebingunggan.

"Ni mesti abah punya keje kan." Kata Kak Zira bila menyedari suaminya mengenakan kami berdua.

Abang Aidil ketawa besar. Kak Zira cubit kecil.

"Assalamualaikum." Ketawa kami bertiga terhenti bila mendengar seseorang memberi salam.

"Waalailumsalam. Cari siapa?" Abang Aidil membalas.

"Saya dari Zaf Niaga, tadi ada call kata PO dah siap." Kata lelaki tadi.

"Oh. Nana ada call tadi. Encik Zaf ek?" Aku inginkan kepastian. Dia hanya angguk sambil senyum.

"Okey jap eh, saya panggil Nana. Dia yg urus kalau hal² PO ni." Sambungku lagi. Kaki aku pantas ke bilik meeting kembali.

Oleh kerana ingin cepat, Tuan Noh yg sedang berdiri didepan pun aku tak sedar dan terus terlanggar dibelakangnya.

Terdorong kebelakanglah juga aku sesaat. Tuan Noh yg terkejut belakangnya dilanggar pula sempat menarik pergelangan tanganku tadi agar tidak terus jatuh.

"Eh maaf Tuan. Tak sengaja, nak cepat panggil Nana tadi sebab Zaf Niaga datang nak ambil PO." Aku memohon maaf sebaik sahaja berasa stabil berdiri. Dia ketawa kecil.

"Its okey Leen. Jgn kelam kabut next time." Pesanan penaja menerpa gegendang telingaku diselangi dengan ketawa kecilnya.

Aku garu dagu. Cover malu. Aku lihat Bigboss bersalaman dengan Encik Zaf tadi. Nana yg kebetulan keluar tadi sudah menyerahkan PO kepada Zaf Niaga.

"Tu PO tuk apa?" Qila bertanya.

"PO untuk baiki bumbung kita ni. Kau ingat tak last year ribut kuat tu? Baru kena buka tender lepas selesai sesi pembersihan dekat DD last month." Ujar Nana. Kami berempat serentak tunduk hormat bila Encik Zaf lalu didepan.

"Lama jugakan nak bersihkan DD" Seloroh Fira.

"Mahu tak lama. DD tu dahlah area paling besar, tenants punya kiosk pun rosak habis bila bumbung tu terbang. Air bertakung. Weii aku dengar ada yg terkorban tau." Kata Qila lagi sambil menguis siku aku. Aku memandangnya sambil senyum.

"Ehh betul ke ada yg terkorban?" Fira cuak.

"Eih taknak lah aku naik kat atas lagi. Karang aku kena sergah haaa." Kata Nana. Mukanya jelas rasa takut.

"Betullah. Kau tak caya kau tanya dengan Tuan Fizz." Kata Qila. Kebetulan Tuan Fizz lalu didepan kami.

"Apa yg betul tu?" Soalnya bila terdengar namanya diseru.

"Dekat DD tu, last year kan ada ribut. Ada yg terkorban kan?" Aku menyuarakan pertanyaan. Qila disebelahku sedaya upaya menahan ketawa.

Muka Fira dan Nana tambah cuak bila melihat muka Tuan Fizz seakan mengingati.

"Ye ke?" Soalnya kembali.

Aku dan Qila angguk.

"Kita tanya dengan Bigboss pula." Kata Qila. Tuan Noh yg keluar dari biliknya menoleh arah kami berlima.

"Tuan. Last year ribut tu ada yg terkorban ke?" Soal Tuan Fizz. Aku dan Qila menahan ketawa melihat muka kerut Bigboss.

"Korang dengar kat mna?" Tuan Noh menyoal kembali. Dia memeluk tubuhnya.

"Dari Tuan Helmi, Boss." Jawabku.

"Ek? Bila masa pula?" Tiba² suara Tuan Helmi menyampuk dari belakang. Terloncat Nana dan Fira terkejut.

Kami semua serentak ketawa. Cuak sangat lah tu.

"Banyak ke terkorban?" Soal Nana kembali.

"Haah, banyak sangat. Banyak tikus dan lipas terkorban dihari kejadian masa tu Nanaaaa." Kataku kuat sambil ketawaa.

"Okeyy bye. Aku nak ikut Tuan Husin inspection." Sambungku kembali sambil berlari keluar ke arah Tuan Husin yg sedang melambai arahku dari pintu.

Bigboss, Tuan Fizz dan Tuan Helmi ketawa melihat telatahku yg nakal. Nana dan Fira pula tepuk dahi, menyesal percaya kata² ku tadi.

"Boleh tahan nakal dia ni." Kata Bigboss kepada Qila.

"Ehh Tuan. Tu memang nakal, nampak je muka macam steady camtu, bila keluar akal nak jahanemkan orang. Istigfar 24/7 pasal dia ni je." Kata Qila.

Tuan Fizz tersenyum. Oh Quinny!

Ms. Intern & Mr. Bigboss (MIMB) ✅Where stories live. Discover now