Kael curang?
Entah. Aku tak tahu nak cop perbuatan Kael dengan perkataan apa. Yang pasti, apa yang aku nampak tadi sangat-sangat menyakitkan, melukakan dan menyedihkan hati aku.
"How could you, Kael. How could you?!"
Ting!
Elok saja pintu lif terbuka, tak pandang kiri dan kanan, aku terus berjalan keluar. Melalui ekor mata, aku tahu ada beberapa pasang mata lain tengah memandang dengan riak pelik. Tapi, aku peduli apa.
Please mind your on bussinesslah, people!
Malam ini, restoran THIRTY8 di Hotel Grand Hyatt ini menjadi saksi. Bukan saksi cinta, tapi saksi kepada kebodohan aku sendiri.
Arghhh, stres!!!
Bengang punya pasal, aku campak jauh benda yang tergenggam elok di dalam tangan. Kaki terus laju melangkah tanpa hala tuju. Sampai saja di luar kawasan hotel, baru aku nak melintas, tak pasal-pasal ada bunyi...
Streeettttt!!!
Buk! Terduduk aku di situ. Tertunduk kepala aku sambil pegang dada. Berdetak macam nak gila jantung aku akibat terkejut.
Tak sampai sesaat, ada satu suara garau dan derap langkah kaki kedengaran mendekat.
"What the...?! Are you out of your mind, miss?!"
Out of my mind? Agaklah.
"You tak guna mata tengok kiri kanan ke sebelum main melintas macam tu je? Oh, God!"
"Hello, mister! Tolong tengok cermin sebelum bercakap boleh tak? You pun takkan tak nampak I yang tengah berjalan?!"
Hilang sekejap suara lelaki itu.
"Are you okay?"
Okey? Sikit lagi nak kena langgar, boleh dia tanya aku okey ke tak?
Duh. Of courselah tak!
Aku dongakkan kepala. Rambut yang dah serabai serupa Merida, si princess dalam movie Brave, aku selak ke belakang. Terbeliak mata aku bila tengok sikit lagi pucuk hidung nak mencium muncung kereta yang mempunyai logo empat gelang bersilang itu.
Fuh! Sipi-sipi je kut!
"Hei, you okey tak?"
Terus aku alihkan muka ke kanan. Ada seorang lelaki tengah tegak berdiri di situ dengan tangan bercekak pinggang. Amboi, poyonya gaya.
"You nampak I okey ke? No. I am not okay!"
"Kat mana yang tak okey?"
"Hati ni hah. Sakit. You apa tahu?!" Satu jelingan padu aku bagi.
Tersentak terus lelaki itu. Nampak cemas sikit mukanya.
"Hati? Biar betul you ni?"
"Dah tu, takkan I main-main pulak!"
"Damn it! Get up now!"
Terdiam aku. Terkejut bila tiba-tiba suara lelaki itu bertukar tegas.
"I bawa you pergi hospital. Cek hati you tu. Takutlah kalau ada internal bleeding ke apa dekat dalam tu. Tapi, rasanya I tak sempat langgar you tadi. Macam mana pulak boleh..." Ayat lelaki itu termati sendiri.
Tak pasal-pasal aku terus tepuk dahi. Aduhai, lelaki ni pun. Salah fahamlah pula. Aku sakit hati sebab lainlah!
"Come. Let's go." Lelaki itu hulur tangan mahu membantu.
YOU ARE READING
KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE
RomanceWHATSAPP 013 2588069 WWW.DEARNOVELS.MY Tajuk: KONTRAK KAHWIN ANTI KLISE Penulis: SHAZIE KAMARUZAMAN Harga: RM25 / RM28 ISBN: 978-967-2116-21-9 Gila! Rose buat keputusan gila bila dia nak tumpang 'bersembunyi' di penthouse mewah Seth. Atas dasar simp...