-Melangkah ke sebuah tempat yang tidak ketahui merasai langkah ini dikawal oleh seseorang tapi siapa.?? Baru ingin berpatah balik kuterlihat sebuah taman yang indah tidak pernah kulihat sebelum ini. Pancainderaku terkaku perasaan yang bercampur baur...
Aku tersedar dari lena...aku memesat mataku dan melihat membuka telefon bimbitku untuk melihat waktu...
"Hah....!! Dah pukul 6.49 pagi... dah lambat dh...adoiii.. bahlol betul la penggera ni tak kejut aku.."
Dengan pantas aku berlari menuju ke bilik air.. Selesai bersiap aku segera turun kebawah untuk bersarapan... aku hanya sempat capai roti dan meneguk air milo dan bersalam dengan umi sebelum aku memakai kasut dan mengayuh basikal dengan kelajuan meksima.
Aku melihat jam ditangan..aku mengeluh melihat beberapa minit lagi aku akan ditahan oleh pengawas yang berkawal...
"Adoii.. masak aku 5 minit lagi nk pukul 7.15 pagi... sempat lagi ni...."
Aku mengayuh lagi laju dari tadi.. sampailah aku sampai ke kawasan perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Ampuan Intan aku melepaskan keluhan lega..
"Nasib baik sempat sampai... dahlah hari ni Cikgu Rohana jaga pagar kalau tak mampus aku.." bisikku...
Aku segera meletakkan basikal aku dibangsal dan dengan segera meletakkan beg diwakaf kantin dan segera beratur untuk perhimpuan.
Selepas perhimpunan aku segera mengambil beg dan masuk ke kelas bahuku ditepuk dari belakang..
"Hoii.. Misha asal kau lewat sangat.." sapa Mira.
"Aku bangun lambat skit alarm tu bodoh tak nak kejut aku sebab merajuk.."ujarku.
"Ape punye bodoh telefon boleh merajuk..???"
"Aku lempar kitty aku semalam sebab kalah main Mobile Legends... 3 kali kot defeat bodoh betul..."keluhku..
"Ape bodoh kau ni Mobile Legends je kot.."dengan muka blur aku memeluk bahu Mira...
Kitaorang dah biasa sangat cakap macam tu kalau dia cakap aku bodoh pun aku tak kisah sebab aku dah kawan dengan masa aku darjah 4 lagi sampai naik sekolah menengah pun sekelas dengan dia. Mungkin sesetengah nampak aku macam kasar sikit tapi aku tak kisah...
Aku masuk ke kelas dan duduk ditempatku dan aku mula dengan hobiku, termenung...
"Oittt.. orang cikgu belum masuk baca buku kau termenung lebih kalu boleh air liur pun nak terkeluar tahu tak." ejek Mira.
Aku menarik muncung dengan membuat mimik muka hodoh.
"Biar akulah bukan nk kacau hidup kau pun."balasku.
"Ahh.. mampus kau la malas nk gaduh dengan kau ni aku nk membawang dengan kau mesti kau sukakan"kata Mira tersengih jahat.(😏).
Aku pandang kiri dan kanan.. hah.. line clear. Aku pandang kearahnya dengan poker face dah macam penyangak la pulak..hahhahaha..
"Gosip apa... cakap la cepat...Cikgu Hasnah sakit ke tak masuk kelas ke.. alhamdulillah selamat aku hari ni.."kataku dengan gembira..
"Masyallah kau ni aku ketuk kepala kau nanti.. apa bodoh kau doa macam tu...cikgu kesayangan aku tu... "geram betul sempat lagi dia doa cikgu macam tu tak sedar ke tahun ni nak SPM...
"Alah dah tu apa bendanya..???"tanyaku polos.
"Haaa.. ni aku nak cakap ni.. nak tahu tak hari ni ada budak baru..."beritahu Mira dengan muka tak sabar..
"Sape pulak ni...???"soalku dengan nada bosan..bosan betul asyik2 budak baru masuk...
"Budak lelaki hansem doh...." Mira memberitahu dengan senyuman gatal....
"Oooo..."itu sahaja.. reaksi aku lalu aku sambung hobiku tadi tanpa melayan celoteh Mira.
'Aku bukannya tak suka budak baru tu cuma aku tak serasi dengan budak lain kecuali Mira... aku tak kisah mana pun sebab aku dan Mira tercalon dalam pelajar cemerlang sekolah...
"Hoiii... Monyet...Oooo.. aku cakap dengan kau tadi boleh pulak kau buat bodoh je ehh.. haishh.. nasib baik sayang kalau tak aku sembam kau dari tingkat 4 ni." Bebel Mira dengan perasaan bengang dengan perangai kawannya yang satu ni.
Aku menjelir lidah kepada Mira.. belum sempat Mira membuat aksi jantannya Cikgu Hasnah tiba2 masuk ke kelas dengan seorang lelaki.
Selepas memberi salam Cikgu Hasnah memberitahu kepada kelas bahawa kelas kami mempunyai pelajar baru... sekelas teruja termasuklah Mira kecuali aku...
Aku dengan muka bosan aku mengeluarkan buku matematik tambahan dan membuat latihan yang terakhir sikit lagi belum siap tanpa mendengar pengenalan lelaki...
'cakap lama lagi... aku nak siapkan kerje ni sikit lagi... tolong la jangan habis memperkenalkan diri lagi kalau tak mampus aku....'rintihku
Siap akhirnya soalan ni... 'nasib baik dia cakap lama. Apa dia cakap entah... hmm.. peduli apa asalkan aku dah siapkan kerja aku.... takdelah kena bahana nanti...' kataku kelegaan.
"Okkk.. awak boleh pergi ke tempat duduk awak."selepas berkata begitu Cikgu Hasnah menyuruh kami mengeluarkan latihan kelmarin... aku belajar seperti biasa tanpa memperdulikan budak baru itu.
YOU ARE READING
my life is for you [ COMPLETED]
RomanceStill in editing after 3 years gone without update. Misha seorang yang keras hati dan susah untuk dilenturkan untuk kaum adam. Dia hanya berkawan dengan Mira orang berada tapi tak pernah mengkhianati persahabatan mereka. "Kau kacau aku sekali lagi s...