Episod 1

11 3 1
                                    

Beberapa tahun yang lalu, Syamim Khaisyiah Binti Abdullah ialah anak yang paling disayangi oleh keluarganya tetapi ketika umurnya 7 tahun dia mendapat seorang adik yang bernama Akina Kamila Binti Abdullah ... Dia berasa cemburu terhadap adiknya kerana ibu bapanya sering memberikan kasih sayang lebih kepada Akina sahaja... Kini Syamim telah berumur 22 tahun manakala adiknya berumur 15 tahun....

"Sya bangun sya dah pagi ni tak pergi kolej ke?"kejut ibu Sya... "Cubalah jadi macam adik kamu tu tak payah kejutkan pun, dia bangun sendiri lepastu buat sarapan.. Kamu tu kakak patutnya lagi rajin daripada adik kamu jadi contoh ni tak buat malu je" bebel ibunya sambil mengemas biliknya yang bersepah itu...

"Mak apa bising bising ni mak Sya nak tidurlah." balas Sya dengan nada yang tegas

"Sya sejak bila Sya pandai tinggi suara dengan mak ni siapa yang ajar Sya"balas emaknya lagi

"Siapa yang ajar mestilah mak kalau bukan sebab mak manjakan adik tu lebih daripada Sya takkan jadi macam ni la mak" balas Sya sambil mengambil tuala untuk mandi

Ibunya pun keluar dari bilik itu tanpa membalas sepatah patah perkataan pun...

Sya menuruni anak tangga dengan berhati-hati..

"Sya makanlah dulu adik ada buatkan makanan kegemaran Sya ni nasi goreng kampung" kata ibunya

"Takpelah mak Sya nak cepat"balasnya lagi

"Kalau macam tu bawalah bekal ini"kata adiknya sambil menghulurkan bekal itu..

"Aku cakap tak nak tak naklah yang kau sebok nak suruh aku makan nasi goreng kau ni buat apa mesti kau dah letak penawar kan biar aku mati cepat" balas Sya sambil menolak nasi goreng itu sehingga jatuh ke lantai dan bertaburan adiknya pula menangis teresak esak ...

Sya terus berlari dan menaiki kereta yang bernombor plat CBA321 dia membawa dengan perasaan yang marah...

*****

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam" jawab ibunya... "Kenapa balik lambat ni" sambung ibunya lagi

"Lambat apanye bu baru jam 11 malam" balas Sya

"11 malam kamu kata tak lambat"

"Ooo Sya balik lambat sikit ibu marah tapi kalau adik balik lambat ibu
Tak kisah"

Ibunya langsung menampar mukannya... Dan Sya terus berlari ke biliknya...

Pada keesokan harinya, Sya adalah orang yang paling awal bangun di rumah itu dan Sya membuat sarapan...

"Awalnya anak ayah ni bangun"ucap ayahnya yang datang secara tiba-tiba dari belakang..

"Haish ayah ni buat terkejut Sya jelah... Mestilah kena bangun awal kalau tak ibu ngan ayah puji adik je..."

"Dah memang adik Sya tu rajin nak buat macam mana dahlah rajin cantik pula tu..."

"Ayah ni aku dah penat bangun awal bukan nak puji" bisiknya didalam hati

Setelah nasi gorengnya siap dimasak dia pun menghidangkannya di atas meja makan...

"Ibu ayah jemput makan" ucap Sya

"Ibu ayah je Kina tak panggil" ucap adiknya

"Kau ni banyak songehlah nak makan makan kalau kau tak nak makan pergi masuk bilik menyemak je kat sini..." balasnya dengan nada yang tinggi

Ibu ayah serta adiknya makan nasi goreng yang dimasaknya itu dan berharap mereka akan memujinya... Tetapi...

"Mesti sedapkan" kata ibunya

"Mestilah sedap ni Sya lah bukan macam adik punya langsung takde rasa" balasnya

Ibunya mencuba makanan itu dan segera ke dapur dan memuntahkannya kembali...

"Kenapa ni bu"

"Masin sangatlah"

"Pergi suruh adik kamu buat yang baru sekarang"

Sya terus mengambil begnya dan keluar meninggalkan rumah itu sambil menangis teresak-esak...



Ampunkan Aku IbuWhere stories live. Discover now