Bab 2

27 3 1
                                    

Kereta swift milik Areena telah memecut laju dari perkarangan rumah.Dia sudah lambat untuk ke cafe pada hari ini.Pasti dia akan dibebel dengan Umairah,kerana sepatutnya dia sudah sampai pada jam 8 atau 9 pagi,tapi sekarang sudah pukul 12 tengahari.Dia sudah bangun pada pukul 6 pagi untuk menunaikan solat subuh,usai solat subuh,dia melelapkan matanya lalu tertidur.Inilah akibat jikalau menyambung tidur selepas solat,pasti dia akan lewat bangun.

Areena telah tiba di cafe.Dia melihat sesusuk tubuh yang sedang bercekut pingang di kaunter pembayaran.Sesusuk tubuh itu ialah Iman Umairah.Dia berdiri dengan muka yang menahan marah.Areena terus menuju kearah Umairah.Setelah tibanya dia di sisi Umairah,Umairah menariknya untuk pergi ke dalam dapur.

"Nur Areena Aqilah binti Emir!!,apesal kau lambat?,tau tak banyak pelanggan pagi tadi???,penat aku buat semuanya,pekerja kita bukannya banyak sangat pun,setakat,Zaira,Lina dengan Aiman jek,haishh,Aiman tu pulak,bukannya tukang masak,dia tu penghantar pesanan,tak menang tangan aku tadi tau tak??",bebel Umairah dengan tangan yang dicekut di pinggang.Areena yang mendengar bebelan Umairah terus menutup kedua-dua telinganya.

"Iyeee,aku tau aku salah,tak payah la nak bebel,macam makcik-makcik,aku pergi buat kek dulu,bye!!",Areena mengelak dari kena bebel oleh Umairah,Umairah yang melihat tindak balas Areena setelah dibebel hanya menggeleng kepala.Lantas,Umairah membetulkan tudung bawalnya yang senget akibat bercakap dengan Areena.Mereka berdua sambung melakukan pekerjaan mereka dengan normal.

*****************************************

Kini sudah tepat jam 1 tengahari menandakan waktu lunch di Hilman Holding.Farish yang sedang tekun menyiapkan kerja tentang projek besar di putrajaya itu,tidak perasan bahawa sekrang ini waktu untuk lunch.Sedang Farish tekun melakukan kerja,pintunya dibuka oleh seseorang tanpa mengetuk atau mendapat keizinannya.Farish memang tidak suka orang yang masuk tanpa kebenarannya,dianggap bahawa orang itu telah mencorobohi biliknya.Syed masuk tanpa muka yang bersalah dengan tindakannya itu.

"Oi,kuat betol kau ketuk pintu tadi,banyak kali jugak kau ketuk,sorry ah aku tak dengar",sindir Farish sambil memeluk tubuh.

"Sindir aku ah tu,pape je la,weyh jom pergi lunch",jawab Syed lalu mengajak Farish lunch bersamanya.Farish melihat jam nya,dia tidak perasaan sekarang ini waktu lunch.

"Dah lunch rupanya,nak lunch kat mana ni?,aku malas ah,aku banyak kerja ni",jawab Farish sambil mengeluh.

"Ala jom la,dekat Coppucino Oreo Cafe ,lagipun aku dah ajak Ildan dengan hazif sekali,nanti diorang join kita",pujuk Syed mahu mengajak Farish mengikutinya.

"Ish,tak nak la,nanti terjumpa lagi dengan Areena,malas aku",jawab Farish.

"Ala,kenapa nya kalau jumpa dia,lagipun kita berempat dah lama tak berkumpul sama-sama",rayu Syed tidak mahu mengalah.

"Kau nak kumpulkan group FISH ke kau nak jumpa Dahlia tu ha??",kata Farish sambil menjongket kan kedua belah keningnya lalu tersenyum nakal.

"HAHAHAHA,senang cerita,dua-dua pun aku nak jumpa,jom ah!,please Farish",jawab Syed sekali lagi memujuk Farish lalu dibuatnya muka kesian.

"Ish,yela²,tak payah nak buat muka kesian kau tu,muka kau sama je macam lembu",jawab Farish lalu beredar dari tempat duduknya.

*****************************************
Sesampainya disana,Group FISH duduk bersama-sama di sebuah meja panjang yang disediakan.Mereka berbual sesama sendiri setelah lama tidak berkumpul bersama-sama.Sedang mereka berbual,tiba-tiba ada dua susuk badan manusia yang merupakan wanita.Syed terus mebisik kepada Ildan dan Hazif mengatakan itu la Dahlia yang baru sahaja dia ceritakan.Tiba-tiba,syed ternampak orang yang berada disebelah Dahlia...

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 30, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Sayang Saya Tak?Where stories live. Discover now