Mata Aizzat melilau mencari bayangan murid lewat. Mahu memastikan tiada yang terlepas.
"Opp! Berhenti Aqil. Kau lambat lagi hari ni. Aku kena jugak tulis nama kau. Takyah nak buat muka comel kau tuu." Aizzat menahan Aqil yang kelam kabut berlari mahu masuk ke dalam sekolah.
"Alaa...Izz kan hensem,baik, pandai,wangi dan yang sewaktu dengannya. Janganlah tulis nama aku ya!" Aqil merayu sambil membuat reaksi comel dengan mengelip mata beberapa kali.
"Dah! Pergi masuk kelas. Aku tulis jugak nama kau."Aizzat tetap menjalankan tugasnya.
Aqil bertukar wajah. Muncung bibirnya tidak dapat dikira berapa panjang. Dia melangkah lemah.Kringgg!!!
Aizzat menyimpan buku kecil ke dalam kocek. Dia Mula melangkah dan...
"Ouch!" seorang perempuan yang kelihatan sebaya Aizzat terjerit kecil kerana dilanggar olehnya.
"I'm so sorry" kata Aizzat sambil berlalu pergi.
"Just sorry and you go?" Perempuan tadi tidak puas hati.
"Dahtu nak apa?"Aizzat memberhentikan langkahnya dan berpaling.
"Tolonglah kutipkan barang-barang yang kau dah jatuhkan nii"mata perempuan itu melirik ke arah kertas - kertas yang bertaburan.
"Fine!" Aizzat menbongkok, tangan mengutip kertas-kertas yang bertabur.
"Nah! Puas hati?" Aizzat menghulurkan kertas kepada perempuan tadi.
"Tak! Kau tak nampak ke? Kertas tuu dah komot, pastu terkoyak... Aku nak kau ganti balik semua." Perempuan tadi hanya menjeling ke arah Aizzat.
"Ok.. nanti aku gantilah..kau kelas apa?" Aizzat pasrah.
" Nama aku Hasya Amyra. Aku kelas 4 Ik...ganti cepat eh!" Hasya berlalu pergi.
"Eleh! Kau ingat aku takleh ganti ker?" Aizzat mula mengangkat kaki ingin ke kelas.
"Jap! 4 Ik tuu.. kelas aku lah! Apakah? Macam mana aku boleh tak perasan dia?" Aizzat berpaling. Ingin mencari kelibat Hasya. Kosong. Aizzat kembali meneruskan perjalanan.Macam Mana Aizzat boleh x perasan Hasya? Huhu .. itulah, dah tua sgt....😂😂😂
YOU ARE READING
cahaya cinta untukmu
ActionHasya Amyra, seorang perempuan yang pandai melawak,cantik dan hyper aktif...telah menawan hati Aizzat Hakimi, pelajar contoh sekolah,tak layan perempuan dan popular!