apa erti wanita pembelajaran tapi tak ikut hukum hakam Islam?
diakuinya seorang Islam tetapi caranya seperti seorang kafir? nauzubillahiminzalik.
katanya seorang yang bijak pandai, lulusan phd, speaking english dengan bangganya tetapi auratnya sedikit tak ditutup.
dikatakannya tak semesti tak tutup aurat dia seorang yang jahat. tetapi sedar tak kau bermain dengan masa depan kau di akhirat?
handbag,kasut dan lain-lain berjemana mahal dari luar negara tetapi tak mampu ke kau membeli baju yang cukup kainnya dan hijab yang dapat menutup dada kau?
tidak terasakah ilmu yang kau belajar dunia semata?
kau rasa tercabar dengan penulisan aku? betul apa yang aku tulis?
Agama, daripada sekolah rendah lagi kita belajar kenal Islam, tahu rukum Islam dan rukun iman tapi kau amalkan tak? ke kau sibuk ingat ilmu dunia yang tak sampai ke lubang kubur?
kau tahu, tapi kenapa kau tetapi degil wahai kaum hawaku?
kau belajar tinggi sampai gunung everest pun tapi tak ingat dan tak tahu dari mana kau datang tak guna juga. macam orang yang tak kenang budi, kacang lupakan kulit!
kau kata belum sampai hidayah? hidayah Allah dah lama diberikan untuk kita umatNya. apakah hidayah yang kau katakan tu sampai apabila kau dah dijemput malaikat izrael?
kenapa susah untuk kau nak ikut gaya hidup seorang muslim?
apa yang telah diperintahkan olehNya ada sebab musababnya. kau sendiri boleh memikirkannya. tapi kau simpan otak kau untuk benda dunia yang tak kemana.
kau fikir, kau ada pembelajaran habis, sekolah menengah dan seterusnya kau pandai? kau katakan orang yang tak belajar,miskin, tu tak pandai, tak ada otak? aku rasa orang yang tak belajar tinggi-tinggi pun ada usaha nak menutup aurat.. beli tudung murah pun tak apa janji tutup aurat.
kau kata, 'alah dorang (orang miskin dan tak berpelajaran) tu tutup aurat pun bukan betu!' tapi kau sedar tak? diaorang tu tak sekolah, sebab tak ada duit, kau yang sekolah ada ilmu tapi kau buang ilmu agama dalam tong sampah belakang kelas!
tak sedar lagi?
kau hanya bazirkan apa yang kau belajar.
apabila ada orang yang menegur, kau kata 'mak bapak aku pun tak kisah. kau nak sibuk kenapa?!' huh aku pasti kau tak kisah sebab kau bapak dan saudara lelaki serta suami kau diheret ke neraka bersama kau dan kerana kau?!
sudahpun begitu, kau warnakan lagi rambut kau, kuku kau. apa kau ni? bangga mengubah ciptaan Allah?
sekarang kau cakap aku berlagak baik sebab tegur orang macam kau. lepastu kau akan kata 'tak boleh tegur baik-baik?'
aku tegur sebab aku tak nak rasa serba salah dekat akhirat. aku tak nak orang macam kau salahkan orang yang tutup aurat ni, dan cakap kami tak cakap dekat kau masa hidup dulu.
aku tegur macam ni sebab nak kau sedar. tak kisahlah kau nak cakap aku ni berlagak alim atau apa. TAPI ingat aku dah tegur.
tak guna baca tapi tak hadam!

YOU ARE READING
apa erti wanita terpelajar tapi.....
SpiritualitéIslam bukan hanya sekadar ditulis pada kad pengenalan atau surat beranak wahai wanita. hargai agamamu