5.First World Hotel, Genting Highlands
Hotel ini dikatakan berhantu dek kerana individu-individu yang bunuh diri setelah kalah dalam perjudian di kasino. Penginap yang sihat boleh jatuh sakit secara tiba-tiba. Dan bau colok yang memenuhi ruang dipercayai sebagai makanan entiti.
Daripada 6118 bilik yang ada, ada beberapa yang dikatakan berpenghuni dan pihak hotel membiarkan bilik tersebut kosong walaupun pada waktu jumlah bilangan pengunjung yang tinggi. Manakala keseluruhan aras 21 juga dikatakan berpenunggu dan kerap kali lif tidak berhenti pada aras tersebut.
4.Tambun Inn, Ipoh
Hotel ini terletak berhampiran jirat cina. Pengunjung yang menginap di sini pernah melaporkan yang suis lampu dihidupkan serta dimatikan secara tiba-tiba. Turut kedengaran bunyi-bunyi pelik seakan-akan bisikan, jeritan dan tangisan tetapi punca bunyi tersebut tidak ditemui. Ada juga yang melaporkan mereka tidur dan bangun di bilik yang berbeza.
Bahkan mereka yang tidak menginap di sini juga terkena tempiasnya. Seorang lelaki mengatakan motosikal yang ditunggangnya menjadi berat sebaik saja melintasi kawasan hotel.
3.Penjara Pudu
Penjara Pudu dibina semasa era kolonial British dan digunakan sebagai kem tahanan perang oleh pihak Jepun. Jumlah tahanan yang menjangkau 2000 orang, termasuklah Botak Chin yang dihukum gantung pada 1981. Suara jeritan jelas kedengaran dari dalam bilik perlaksanaan hukuman gantung walaupun tiada sesiapa di dalamnya. Dan sesetengah bahagian jauh lebih sejuk berbanding bahagian lain.
Penjara Pudu dirobohkan pada tahun 2009 bagi memberi peluang untuk pembangunan pusat komersial
2. Bukit Tunku
Bukit Tunku yang sebelum ini dikenali sebagai Kenny Hills dan sekarang lebih dikenali sebagai Beverly Hills Kuala Lumpur dek kerana kewujudan banglo-banglo mewah serta kondominium di sekitarnya. Di dalam sebuah bilik aras bawah di banglo yang dibina semasa zaman kolonial British, dikhabarkan seorang perempuan telah membunuh diri. Dan dikatakan rohnya masih berlegar di situ.
Bahkan melintasi kawasan tersebut juga dikatakan agak berbahaya dan menyeramkan. Penunggang motosikal dikatakan boleh hilang dan lenyap bila melalui kawasan tersebut. Tetapi tidak dapat disahihkan kebenarannya.
1.Lebuhraya Karak
Merupakan salah satu lebuhraya berhantu di Malaysia yang juga dikenali sebagai Lebuhraya E8. Dibuka kepada umum pada tahun 1977 yang menghubungkan Kuala Lumpir dan Karak di Pahang.
Pada tahun 1990, 17 individu terbunuh dalam kemalangan yang melibatkan 10 buah kereta, sebuah kenderaan polis, sebuah lori tangki dan sebuah bas. Turut berlegar juga dikalangan masyarakat, kisah Volkswagen kuning yang akan muncul di hadapan walaupun sudah dipotong berkali-kali. Dan jika diperhatikan, tiada sesiapa di dalam kereta tersebut.
Itu saja top 5 tempat paling berhantu di Malaysia.
And,jangan lupa vote and comment ye.