"Abang , kak Yuhaira nak jodohkan Rania dan Daniel la abang . Abang setuju tak ?"soal Datin Rafaela pada Dato Alex ketika mereka sedang bersantai petang itu
Dato Alex memandang wajah isterinya lalu menghembuskan nafas "tak terlalu awal la Faela? Mereka berdua pun masih kecil lagi kan" . "Tapi bang,bukankah elok jodohkan mereka dari awal lagi ?" Dato Alex hanya menggelengkan kepala . Dia tahu isterinya setuju dengan cadangan Datin Yuhaira .
"Dah kalau Faela rasa elok , kenapa nak tanya abang lagi? Abang cakap pun tak guna kan ? Suka hati Faela nak buat apa . Jangan nak menyesal kemudian hari dahlah" Sejurus selepas berkata Dato Alex meninggalkan Datin Rafaela sendirian lalu naik ke atas .
"Dah orang tua ni mengamuk pula. Ah tak kisahlah, aku setuju je dengan cadangan Kak Yuhaira" Datin Rafaela berkata sendirian lalu mendail nombor Datin Yuhaira .
"Assalamualaikum kak"
**********************
"Syukur Alhamdullillah . Terima kasih Faela . Waalaikumsalam" Datin Yuhaira tersenyum lega apabila cadangannya diterima oleh Datin Rafaela dan Dato Alex . Dia segera ke taman mini rumahnya untuk memberitahu suaminya tentang perkara itu .
"Abang, Faela dan Alex setuju la bang cadangan kita " kata Datin Yuhaira setelah melabuhkan punggung disebelah suaminya . "Eloklah tu , tak la susah kita nak fikirkan pasal daniel tu lagi pada masa depan" balas Dato Mustapha sambil membaca surat khabar .Datin Yuhaira hanya tersenyum dan menuangkan teh untuk suaminya .
*********
"Raykarl, kamu dari mana ? kenapa lewat sangat balik ni ?" tegur Datin Rafaela kepada anak ketiganya . Jam sudah menunjukkan 2:45 pagi . Datin Rafaela tersedar kerana kehausan lalu turun ke bawah untuk mengambil air tetapi lain pula yang dijumpanya .
"Lepak dengan kawan ibu , bosan duduk kat rumah " jawabnya ringkas . "lepak pun tengok-tengoklah jam Raykarl . Ni kalau papa kamu tahu ni mahunya kamu kena marah " balas Datin Rafaela yang membuatkan Raykarl marah apabila mendengarnya .
"ibu tak payahlah sibuk hal Raykarl , Raykarl dah besar la ibuu "tengking Raykarl . Datin Rafaela terkejut dengan jawapan anaknya itu . Tidak dia menyangka bahawa anaknya itu menengkingnya . Belum sempat Datin Rafaela membalas, tiba-tiba "Abang Karl kenapa marah ibuu" tanya Rania yang entah dari mana datangnya . "kau jangan sibuklah budak kecil "marah Raykarl lalu menaiki tangga menuju ke biliknya .
"Rania kenapa tak tidur lagi ?"soal Datin Rafaela sambil menahan tangisnya . Hati tuanya tersentuh dengan kelakuan Raykarl tadi .
"Rania haus la ibu . tadi Rania minum " balas Rania dengan manja . Datin Rafaela tersenyum melihat puterinya itu lalu mengajak Rania untuk naik ke atas .
********
TBC
P/S: BIADAP BETUL RAYKARL TU KAN ? TAPI MESTI BERSEBAB DIA BERKELAKUAN BEGITU KAN ? MUAHAHAHAHAHAHAHAH (ADUDU LAUGH) LEPAS NI SAYA UPDATE WATAK-WATAK SUPAYA PEMBACA TIDAK BINGGUNG OKAY ? BOLEH TAK SIS BERANGAN2 UNTUK LETAK HERO KITA CHA EUN WOO AND IM SOO HYANG ? ALA2 MY ID IS GANGNAM BEAUTY GITU HAHHA . SYS !!
YOU ARE READING
Pernah Sakit
Teen FictionRania Zuyyin Alisha dan Daniel Haqeem merupakan sahabat baik dari kecil sehingga la mencecah dewasa , keluarga mereka tersangat rapat sehingga mereka ingin menjodohkan kedua mereka . Dania tidak mencintai Rania, dia hanya menganggap Rania sebagai r...