Angin bertiup kencang
Daun2 kering beterbangan diatas jalan laluanku.
Awan masih mendung memaparkan suasana suram dan gelap seakan2 memahami situasiku. Bunyi tapak kaki terdengar samar2 di cuping telingaku. Beg yang berisikan buku dan alat2 tulis ku galas tidak berdaya. Tudung labuh berwarna hijau yang aku gayakan berkibar2 menandakan angin dingin lalu.Langkah yang kususun semakin lama semakin lemah longlai. Tidak berdaya. Pandanganku sayu sahaja memandang sekelilingku. Jam dinding menunjukkan pukul 7 a.m. Rasanya sangat berat untuk melepaskannya pergi. Sekolah yang kutuntut satu persatu ilmu pengetahuan yang berharga, sekolah yang memberikan aku seribu satu kenangan baru terpaksa kutinggalkan.
###
Setibanya aku di kelas, aku amati wajah2 riang insan yang ku anggap sebagai rakan sekelasku. Diminda ku ibarat terdapat melodi lagu yang memutarkan lagu2 yang sedih sahaja. Aku mengambil bahagian duduk di tempat dudukku iaitu tepat2 di hujung belakang kelas di tepi tingkap. Bagi ku itulah satu tempat yang sesuai untuk diriku. Aku meletakkan wajah diatas meja. Menahan rasa sedih di hati ini.
'Ika! ' satu tepukan singgah di bahuku. Terus terbangun aku dibuatnya.
'Ehh aisyah. Cepatnya kau sampai harini selalunya tak macam ni pun' jawab ku dengan jawapan yang sinis.
'Lambat salah awal salah... Habis tu apa yang betul nya? 'Aisyah menjeling
Tanpa melayan karenah aisyah yang menjengkelkan itu aku terus kepada topik utama. 'Sebenarnya aku terpaksa pindah sekolah. ' kataku ringkas.
'Apa??!!! ' Mata yang sepet terus menjadi bulat seakan2 baru siap buat pembedahan plastik untuk bulatkan mata. Terus bergema kelas 2 ibnu zakwan menarik perhatian budak2 lain disitu.
Aku membiarkan sahaja perkara itu. Tidak ada mood laa nak buat memek muka ke , nak marah ke semua itu aku tolak ketepi. Yang menjadi masalah aku sekarang ni, aku tak nak pindah sekolah. Aku sayangkan sekolah menengah kebangsaan darul ihsan. Walaupun aku baru setahun lebih kat sini. Tapi aku rasa macam inilah tempat yang paling sesuai untuk aku. Tempat yang boleh aku berubah daripada kisah silam aku dulu. Kisah yang paling aku benci dan akan ingat sampai bila2.
###
Aisyah, maryam, ummi dan Syahirah tertunduk suram. Ade yang memandang lantai, ade yang memandang orang yang sedang solat, ade yang mendongak ke atas langita dan ade yang kelihatan seperti orang yang tidak cukup tidur. Suram sahaja. Aku pun turut diam sama. Tidak tahu bagaimana untuk memujuk mereka.
'Alah janganlah sedih2.walaupun kita berjauhan tetapi hati kita selalu bersama. Selalu akan ade signal yang menghubungkan kita. Lagipun saya takkan pernah melupakan awak semua. percayalah' ujarku dengan lemah lembut demi menjaga perasaan mereka walaupun pada hakikatnya aku pun tidak dapat menahan sebak. Air mata ummi kian gugur satu persatu. Bunyi esakan kian kedengaran. Semakin lama semakin jelas pula. Diikuti dengan aisyah dan yang lainnya. Tidak semena2 aku pun turut menangis. Sedih sungguh... Sumpah sedih untuk meninggalkan mereka. Mereka sahajalah yang memahami aku. Mereka yang membantu aku untuk terus maju dan melupakan kisah silam ku dulu. Tetapi sekarang ini aku terpaksa berhadapan dengan perpisahan yang amat dahsyat.
'Dah laa tu menangis. Buat malu je tau... Kalau ade masa lapang nanti kita boleh jumpa lagi. Bukan nya tak boleh terus kan'. Aku berusaha untuk tersenyum. Walaupun senyuman ku itu pudar tetapi cukuplah untuk memujuk hati mereka.
'Jom Lah masuk kelas. Dah lewat dah ni nanti cikgu marah tak pasal2 kene denda'. Ajak ku bagi mendamaikan suasana yang tadinya ibarat ditimpa hujan petir. Rakan2ku yang lain hanya menuruti sahaja.
Kringgggggg!!!!!!! Loceng sekolah berbunyi menandakan masuk nya waktu rehat. Aisyah mengajakku untuk makan dikantin tetapi awal2 aku meolaknya kerana ade perkara yang harus aku selesaikan.
aisyah kelihatan sedikit kecewa tetapi ditolak ketepikan perasaan itu. Dia faham bahawa disaat2 akhir beginilah dia harus menjaga sebaik mungkin hati aku ni.
Setelah mengintai beberapa kali bayangan 4 orang sahabatku itu aku terus mengambil peluang keemasanku ini untuk menulis sepucuk surat. Surat yang pertama dan terakhir aku tulis untuk mereka. Surat yang sangat bermakna untuk aku tetapi aku tidak tahu lah adakah surat ini juga bermakna untuk mereka. Surat yang aku tulis dengan penuh perasaan dan ikhlas dari hati.
'aku harap korang akan simpan surat terakhir aku ni elok2 nanti ye. Jangan nangis pulak. Cuma ingat satu bende je. Bahwa Allah itu akan selalu ade untuk kita. Jadi kalau nak hubungan kita ni terus berkekalan jangan pernah lupa untuk berdoa pada Allah. '
itulah ayat terakhir yang aku tuliskan untuk setiap surat yang tinggalkan untuk mereka. Moga mereka dapat menjalani hidup mereka di sekolah tanpa aku. Selama2nya aku tetap sayangkan sorang sebagai seorang sahabat.

ANDA SEDANG MEMBACA
Angin impian
غير روائي'Impian' Sesuatu yang sukar dikecapi... Tetapi kenapa apabila aku hampir merealisasikannya kau membunuhnya!