part 5🐼

69 3 0
                                    

Setelah sekian lama mereka tidak berjumpa mahu pun mesej,Bella beranikan diri untuk bertanya khabar kepada mion melalui aplikasi whatsappnya

ⓑⓔⓛⓛⓐ🍭:Assalammualaikum puterakuuu👨👑💖
Dua tick
ⓑⓔⓛⓛⓐ🍭:biy sihat?
Dua tick
ⓑⓔⓛⓛⓐ🍭:mama sihat?
Dua tick
ⓑⓔⓛⓛⓐ🍭:biyyyyyyy
Dua tick
ⓑⓔⓛⓛⓐ🍭:Ouhhhhhhh biyyyy
Dua tick
ⓑⓔⓛⓛⓐ🍭:mana biyyy pergi ni sayang rinduuuuuuuuuuuu lah!!!!!😭😭💖
Satu tick

'Ehh tadi dua tick sekarang satu tick pulak',kata hati kecil Bella

'Mana dia pergi ni',katanya lagi

'Arghhhh',jerit hatinya lalu ia mencampak fon itu ke atas katil

'Haihh apa yang terjadi?,kenapa aku rasa semua perasaan tiba-tiba nak keluar ni!!!',kata Bella seorang diri lalu dia menyiapkan dirinya untuk pergi ke rumah mion kerana ingin tahu apa terjadi kepadanya

Setelah itu ia terus ke rumah mion menaiki motor skuternya tanpa pengatahuan Nurin iaitu ibunya

Beberapa jam kemudian,Bella pun sampai ke rumah tersebut.Setelah turun dari motornya hati ia terdetik berkata 'Ehhh kenapa rumah ni sunyi sahaja' lalu ia segera memberi salam 'Assalammualaikum mi..',belum sempat menghabiskan katanya itu,seorang pakcik muncul dari belakangnya tanpa ia sedari lalu dia berkata 'Anak ni cari siapa ya?',soal pakcik tersebut

Terkejut Bella apabila mendengar suara itu lalu dia menjawap 'sa..saya cari tuan rumah ni,kenapa ya pakcik?"

"Mereka sekeluarga tiada di rumah ini semenjak 2 minggu lepas lagi",kata pakcik itu

"APA!2 ming....minggu lepas lagi?",kata Bella,dia terkejut mendengar perkara tersebut lalu badannya rebah ke atas tanah

"Ya Allah,anak kenapa ni?nak oky ke?",soal pakcik tersebut setelah melihat apa yang terjadi tadi

'Aku dah agak!dia tak mampu tunaikan janjinya!Ya Allah tergamak dia buat aku macam ni!',teriak hati Bella sambil menangis teresak-esak

"Tak ada apa-apalah pakcik,saya pergi dulu ya terima kasih sebab bagi tahu saya",kata Bella kepada pakcik itu lalu ia bangun dengan tidak terdayanya

'Ya Allah,kau kuatkanlah aku,aku tak terdaya setelah mendengar perkara itu tadi',kata hati kecil Bella lalu ia beredar dari situ

"Arghhhhhh aku benci kauuuuuuu", teriak Bella di atas motornya lalu ia memulaskan hendal tersebut dengan kuat

Disebabkan itu Bella terbabit dalam kemalangan

Bangg!!

Bunyi tersebut telah mengejutkan orang yang berada di situ lalu salah seorang dari mereka menghubungi ambulan

Bella hanya tercedera pada bahagia atas kening,atas bibir dan pehanya lebam manakala motornya rosak teruk

Beberapa jam kemudian ambulan pun sampai lalu membawa Bella ke hospital

Ringg!!! Ringgg!!!

Telefon Bella berbunyi, telefonnya itu dipegang oleh seorang pakcik yang tidak dikenali lalu ia menjawap panggil itu

"Ha akak kena..",belum sempat Nurin menghabiskan katanya,lelaki tersebut pun berkata "Assalammualaikum puan"

"Waalaikumussalam,si..siapa ni,kenapa awak yang angkat?mana anak saya?",kata Nurin terkejut apabila mendengari suara itu

"Ni ibu Tengku Hafizah Nabilah ke",soal pakcik tersebut sambil melihat IC Bella

"Ya,ke..kenapa dengan anak saya",soal Nurin yang ingin tahu

"Anak puan kemalangan,sekarang ni dia berada di hospital Pemaisuri Bainun",kata pakcik tersebut

"A..apa dia kemalangan!!!",terkejut Nurin apabila mendengarinya lalu badannya merebah ke atas sofa

Belum sempat pakcik tu menjawap lalu Nurin menamatkan panggilan tersebut

"Ya Allah anakku!!",kata Nurin sambil menangis teresak-esak lalu ia menghubungi Ecah iaitu kawan baik Bella

Suaminya bekerja di Johor Baharu bersama-sama anak bongsunya,anak sulungnya pula bekerja di Kuala Lumpur,hanya tinggal Nurin dan anak perempuannya sahaja tinggal di Perak

"Assalammualaikum Ecah"

"Waalaikumussalam,ya saya kenapa makcik menangis ni?",soal Ecah apabila mendengar tanggisan tersebut

"Makcik call ni sebab nak ajak kamu teman makcik ke hospital",jawap Nurin

'Eh kenapa tiba-tiba makcik Nurin ajak aku pergi ke hospital?Bella pergi mana?',soal hati kecil Ecah

"Siapa yang sakit?Mana Bella makcik?"soal Ecah

"Bella kemalangan sayang",jawap Nurin sambil menangis teresak-esak

"Ap..apa dia?"

Perkara tersebut mengejutkan ia ,tidak sangka perkara itu berlaku pada kawan rapatnya

"Macam mana ia berlaku?",soal Ecah yang ingin tahu

"Makcik tak tahu nakk,ni pun baru sahaja tahu dari seorang lelaki tadi",jawap Nurin sambil mengesat air matanya

"Sekejap ya, Ecah nak siapkan diri dulu"

"Oky, makcik tunggu di hadapan rumah kamu ya"

"Oky makcik",jawap Ecah lalu ia menamatkan panggilan tersebut

Ecah menyiapkan dirinya dengan tergesa-gesa

"Ha kenapa ni Ecah tergesa-gesa ni nak pergi mana?",soal maknya yang melihat gelagat Ecah dari tadi

"Ecah hendak ke hospital bonda",jawap Ecah sambil menyarungkan kasutnya

"Hospital?siapa sakit?",kata maknya terkejut apabila mendengarinya

"Bella bonda",jawap Ecah

"Kenapa dengan Bella?",kata maknya lagi yang ingin tahu

"Bella kemalangan bonda",kata Ecah menangis teresak-esak sambil memeluk maknya

"Apa? Bella kemalangan?",terkejut maknya apabila mendengari perkara tersebut

Bella rapat sangat dengan keluarga Ecah,mana mahunya tak terkejut katak bila dengari Bella terbabit dalam kemalangan tersebut, mak Ecah dah menganggap Bella tu anaknya sendiri

Kereta Alza berwarna hitam muncul di halaman rumah Ecah

"Ha tu mungkin makcik Nurin",kata Ecah kepada maknya

"Ecah pergi dulu ya",kata Ecah lagi sambil bersalaman dengan maknya

"Ok, jaga diri dan kirim salam dekat makcik Nurin ya",kata maknya

Lalu Ecah pun masuk ke dalam perut kereta itu

Ecah cuba menenangkan Nurin sehinggalah sampai ke hospital

Kisah Hidup BellaWhere stories live. Discover now