"Weh elsa ! Bella tinggalkan aku lah ! Kau rasa apa yang aku patut buat ?" Farhan mengadu kepadaku . Memang begitulah kerjaku , menyelesaikan masalah cinta cintunnya . Pasti atau wajib setiap minggu akan bertukar girlfriend . Namun lelaki inilah yang aku sayang sejak dari zaman sekolah lagi .
Aku berasal dari kampung sebenarnya . Aku tinggal dengan arwah opah . Bila arwah opah meninggal aku stay dengan parents aku dekat kl . Masa aku duduk kat kampung aku dah kawan rapat dah dengan si farhan ni . Tapi bila tingkatan 5 dia pindah ke kl . Kami tak putus hubungan pun sebab still ada wasap !
Aku pun dah kira untung sebab farhan ni sudi berkawan dengan aku . Aku ni dah dikategeorikan sebagai perempuan yang hodoh . Mana tak hodohnya dengan kaca mata tebal 1 inci . Rambut toncang dua . Baju orang kampung .
Aku sudah lama simpan perasaan cinta terhadap farhan . Namun aku bimbang dia akan menolak . Hm mestilah dia akan menolak . Aku ni ibarat enggang dengan pipit dah dengan dia . Yang semestinya pipit tu aku ler .
"Woi hodoh ! Kau senyum sorang kenapa ?" Hah tu dah biasa kena panggil hodoh dengan dia . Ibaratkan dia panggil hodoh tu dia panggil sayang hehe .
"Ish kau ni . Apalah ! Apa susah kau cari je awek baru . Tak pun kau kapel dengan aku nak tak ?"
"Wuih tunggu kucing bertanduk dulu lah wei" Hm kan dah cakap .
"
YOU ARE READING
Mardelsa
Short StoryBetul lah orang cakap lelaki dan perempuan tidak boleh berteman rapat kerana salah seorang mesti ada rasa cinta . Begitulah Mardelsa , dia terlalu cinta kawan baiknya si Farhan . Orang lain untung bila luah perasaan and then sorang lagi pun bagitah...