Bab 1

5.2K 79 3
                                    

"Farid, kamu nak jadi apa ni? Mak Ayah kamu hantar pergi sekolah suruh belajar. Tapi setiap hari ada sahaja masalah yang kamu bawa, kamu nak jadi apa?" Cikgu Nurul mengomel dihadapanya sambil memegang rotan panjang dan tebal.

"aku tanya kamu ni? Kamu nak jadi apa?!" suara cikgu Nurul semakin tinggi.

"aku mahu menjadi suamimu.." jawabku selamba. Badrul dan Hisyam ketawa kecil di sebelahku. Farid pun seperti kerang busuk.

Muka Cikgu Nurul menjadi merah. Dilibas rotan yang panjang itu tepat pada bahu. Masa itu, Farid, Badrul dan Hisyam sedang duduk berlutut dihadapan guru disiplin sekolah menengah satu satunya di kampung itu.

Mereka bertiga di tangkap cuba meloloskan diri dari sekolah melalui pagar belakang. Namun, mereka tewas oleh warga suruhan cikgu nurul. Pengawas sekolah menangkap mereka dan terus berhadapan dan di bicarakan dalam "mahkamah" yang berhakimkan Cikgu Nurul.

Pedis. Kulit Farid panas ketika itu. Libasan sepenuh hati dari Cikgu Nurul itu tiada ubatnya. Memang patut dia menjadi guru disiplin dan menjadi igauan mimpi untuk menemuinya dimana dikawasan sekolah.

Mereka bertiga hanya diam setelah libasan itu.

"kamu ni, cuba duduk dalam kelas tu. Belajar! Kamu belajar hari ni bukan untuk hari ni sahaja. Tapi untuk masa hadapan kamu. SPM tinggal beberapa bulan lagi. Kamu tidak takut?!!" keras suara Cikgu Nurul membebel dihadapan mereka.

Mereka hanya duduk diam. Hisyam dan Badrul entah mendengar atau tidak. Tapi Farid, dia mendengar jelas apa yang di perkatakan oleh Cikgu Nurul. Entah kenapa masa itu, dia mendengar perincian dari omongan cikgu Nurul. Bukan seperti kebiasaan. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"bayangkan kalau kamu hidup sendiri. Tanpa mak ayah kamu? Kamu boleh hidup? Bo...." ayat cikgu nurul tergantung. Bunyi ketukan pintu menjedakan ayat Cikgu Nurul

Tok Tok Tok

"maaf Cikgu, saya kesini nak bagitahu Farid.. yang...." Pengawas itu tercungap cungap. Cuba mengambil nafasnya semula. Sepertinya baru lari dari di kejar hantu.

"kenapa? Yang apa?" soal cikgu nurul. Mata Farid dan dua kawannya menatap terus ke arah sosok tubuh dihadapan pintu itu.

"Farid, mak ayah kamu. Dalam ICU sekarang. Tadi pihak hospital telefon pejabat sekolah. Minta kamu datang sekarang" jelasnya. Sejelas jelasnya. Farid mendengar dan tergamam dengan apa yang di perkatakan pengawas itu.

Dunia Farid tiba tiba samar. Berita itu membuatkan dia kosong. Masapun perlahan. Mak Ayah?

"BAYANGKAN KALAU MAK AYAH KAMU TIADA?" terngiang ngiang nasihat Cikgu Nurul tadi

Gelap

****

Dush Dush

Farid terjaga dari mimpinya dengan gegaran seluruh bas. Bas yang dinaikinya melalui lubang lubang jalan raya yang sepertinya sudah lama dibiarkan begitu.

Ya Allah,
Mimpi tadi masih bermain dalam otakku
Moga mak ayah di tempatkan dalam kalangan yang beriman.
Amin

Doa Farid dalam hatinya. Matanya yang sudah hilang mengantuk di gosok dengan tangannya. Cermin bas yang tadinya di tutup dengan langsir legap dibukanya luas.

Silau
Matanya di tutup akibat cahaya terang di luar. Bas masih bergerak menuju ke destinasi. Kelihatan bangunan bangunan yang tingi mencakar langir. Kereta kereta yang berada di bawa pandangan dari bas tersebut mewah. Orang yang berjalan kaki di persisir jalan raya ramainya tidak terkira.

Oh, kehidupan kota.

Mewah dan megah
Farid hanya mampu nelihat sekitarnya dengan keadaan terbatas dari cermin bas. Terasa asing melihat bangunan dan kereta yang ada disitu.Dia merasa kagum dapat datang ke kota metropolitan itu.

Farid terus melihat jam,jarum panjang menunjuk ke arah nombor 4. Sudab jam 4 petang. Badanya di regangkan sedikit. Rupanya sudah 6 jam dia dalam bas untuk ke kota Kuala Lumpur dari kampunyaa.

Bas bergegar semula. Ya melalui jalan berlubang lagi.

"aik, sini jalan berlubang juga. Ingat kat kampung je" katanya sinis di dalam hati.

Dia kembali melihat keluar cermin bas. Menghayati hiruk pikuk kota. Melihat banguna bangunan cantik dan tinggi.

Di sini mulanya hidup baru aku
Di sini juga aku kena kental dan kuat
Demi hidup dan kelangsungan
Semoga aku di permudahkan

Bas memasuki kawasan gelap seperti dibawah tanah. Keadaan gelap seketika sehinggakan cahaya lampu dari bas di nyalakan.

Bas berhenti.
Semuanya berdiri. Farid pun menurut sahaja. Mungkin sudah sampai kuala lumpur. Dipakaikan tali beg ke bahu, mula bangun dan membototi penumpang lain keluar dari bas.

Mencari bagasi kecilnya yang di simpan diruang khas di bahagian bawah bas. Beg yang berwarna merah kelihatan dicapai dan diangkat.

Farid mengambil tempat berdiri di sisi satu daripada kaunter tiket bas di situ. Dia tidak tahu harus kemana.

"bang? KLIA?" Sapa seorang pakcik dihadpanya
Farid menggelang

"adik, teksi?" seorang lagi menyapanya Farid hanya senyum

Rajinya pakcik pakcik ni.

Matanya terus mencari seorang yang berjanji ingin menjemputnya.

Mana pula dia ni.?

Farid menyoal dirinya sendiri. Dia takut dan gemuruh melihat suasana yang ramai di sekitar stesen bas itu. Lain lagi dengan soalan soalan pakcik pakcik di situ. Lehernya juga penat menggelang.

Adui. Lambatnya...

"Ini Faridkan?" sapa seorang lelaki di hadapanya

"ya..." Farid terkejut ada yang mengenalnya. Di amati mukanya, tapi dia tidak mengenali pemuda itu.

"hi, saya Aiman. Kawan kepada Helmi." jelasnya sambil menghulurkan tangan dan senyuman manis.

"Ouh..." hanya itu yang mampu di beri reaksi oleh Farid. Dia gelabah. Takut mana tahu orang itu penipu, pencuri, perompak!

"eh, jangan risau. Aku kawan helmi merangkap housematenya. Helmi takdapat datang sebab dia ada kerja lain. Dia suruh aku datang jemput kamu" jelas Aiman. Farid hanya diam.

Ish, mamat ni tak percaya aku. Kampung betul. Hadoi

Aiman menyeluk poketnya untuk mengambil sesuatu. Melihat tindakan itu, Farid mengundurkan sedikit dirinya jauh dari Aiman. Aiman melihat keanehan budak lelaki dihadapanya.

Bodoh la dia ni, ingat aku nak keluarkan pistol ke? Aku nak merompak apa kat kau bangang!

Marah Aiman dalam hati. Kesal dengan kelakuan budak kampung itu.

"kau kenapa? Aku bukan nak rompak kau budak kampung. Ni ha?!" jelas kasar Aiman sambil mengeluarkan telefon pintarnya. Menunjukan gambar Farid dan Helmi ditelefon pintarnya. Farid hanya melihat, itu sosok tubuhnya dan Helmi yang di ambil pada beberapa tahun lepas di kampung.

"kau percaya x? Kalau ko x percaya. Ko boleh duduk berdiri sini. Makan tidur kau sini sampai helmi jemput kau tgh malam nanti. Aku nak balik. Aku penat. Ko tak nak ikut, aku tak kesah" marah si Aiman. Malas nak memujuk budak kampung tu.

Mendengar penjelasan lelaki itu.
Farid jadi takut. Mungkin betul dia kawan si Helmi, sepupunya jauh dari belah ayahnya yang sudah lama tinggal di kota ini.

"wei, tunggu...!!" tanpa memikir panjang. Farid mencapai beg galasnya dan beg sandangnya. Membototi lelaki yang dia tidak tahu namanya.

***

Vote
Comment
Share

MRAZ

Aku Bukan BegituWhere stories live. Discover now