DID ✒ Prolog

137 12 5
                                    

KHAI menutup mulutnya menggunakan belakang tangan kirinya. Matanya digosok pelan.

" Haihlah.. Mengantuknya!" Khai menggeliat di atas katil. Bibirnya mengukir senyuman di awal pagi.

" Meow~" Khai mendepakan tangannya memandang ke arah Ice, anak kucingnya. Ice merupakan kucing daripada baka parsi berwarna putih.

" Good morning, Ice.." Ice dibawa ke dalam pelukan. Jam yang diletakkan di atas meja lampu dikerling sekilas.

" Ice.. Erm.. Khai solat dulu eh? Pastu nanti baru Khai bagi Ice makan.. Tunggu sini tau.. Jangan pergi mana-mana.." Kepala Ice digosok lembut. Khai masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air wudhuk.

Kemudian, sejadah yang diletakkan di ampaian diambil lalu dibentang mengikut arah kiblat. Khai mula mengangkat takbir. Mulutnya terkumat - kamit membaca ayat-ayat suci al-quran.

Sepanjang solat, Khai melakukan perintah ALLAH itu dengan penuh khusyuk.

Tiba di sujud terakhir, Khai berdoa dengan penuh keikhlasan sehingga air matanya mengalir jatuh. Khai bangun kemudian duduk tahiyat akhir.

Usai memberi salam, Khai melipat sejadah lalu di letakkan di ampaian. Songkok pula diletakkan di atas meja kerja. Langkah di atur ke arah Ice.

" Hey.. Nak makan tak?" Soal Khai apabila Ice bertongkat dagu sambil menutup matanya. Khai mengusap kepala Ice.

" Kalau macam tu, Khai mandikan awak dululah.." badan Ice didukung masuk ke dalam bilik air.

Setelah beberapa minit, Khai membawa keluar Ice dalam keadaan basah kuyup. Pengering rambut diambil. Khai mula mengeringkan Ice dengan menggunakan pengering rambut tersebut.

Usai itu, dia melangkah keluar dari bilik menuju ke dapur sambil diikuti oleh Ice dibelakang. Makanan kering dari kabinet diambil bersama mangkuk biru yang bertulis 'Ice'.

Segenggam makanan kering itu di tuang masuk ke dalam mangkuk tersebut. Ice mula meratah dengan rakusnya.

Khai tersenyum. Handphonenya menjerit minta diangkat. Khai mengerling sekilas. Nama Harraz tertera di skrin handphone Khai.

Panggilan itu diangkat.

" Khai, lepak jom?" Ajak Harraz tanpa berbasa-basi.

" Hurm.. Boleh gak.. Kat mana? Pukul berapa?" Balas Khai.

" Tempat biasa weh.. IOI.. Pukul 7.."

" Bapak ah.. Awal siaa.. Nak buat ape kat sana?" bantah Khai.

" Alaa, kau ni.. Macam tak biasa aje.. Mengayat ahh.." Khai menggulingkan biji matanya.

" Tapi takkanlah sampai jam 7 kot.. Aku pun nak gak date dengan Ice aku ni ha.."

" Kau nak ke tidak?" tanya Harraz malas melayan.

" Okey.. Okey.. Aku nak, aku nak.. Em.. Aku letak dulu ah gitu.. Assalamualaikum!"

Talian dimatikan Khai tanpa menunggu jawapan dari Harraz. Ice yang sudah berbaring di katil miliknya dikerling sekilas.

Langkah diatur pergi ke bilik air bersama tuala tersangkut dibahu.

•••

AYRA mengacau air milo panas yang dibuatnya. Habis sahaja solat subuh tadi, terus sahaja perutnya berkeroncong minta diisi. Memandangkan dia sedang menjalankan kempen diet, maka dia membuat keputusan untuk hanya mengisi perut dengan minum segelas milo panas.

Gelas berisi milo panas itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam ruang tamu. Air milo diteguk sekali. Kaca televisyen yang memaparkan drama 'Jangan Benci Cintaku' itu menjadi tatapan pagi Ayra.

Jam Baby - G hitamnya dikerling sekilas. Air milo itu diteguk sehingga habis. Punggung diangkat lalu langkah diatur menuju ke dapur. Gelas yang digunakan tadi dicuci kemudian disusun kembal di tempat meletakkan pinggan.

Belum sempat Ayra ingin melangkah ke pintu rumah, handphonenya berdering minta diangkat. Dengan malas panggilan itu diangkat.

" Hello.."

" Ai.. Err.. Aku minta maaf sangat - sangat weh.. Aku.. Em.. Nenek aku sakit kat kampung.. So.. Sorry sebab aku tak dapat teman kau shopping pagi ni.. Em.. Sorry tau.." Terang Amy.

" It's okay.. Kata kat mak tok, get well soon.. Bye, assalamulaikum.."

" Thanks, weh.. Waalaikumussalam.."

Talian tamat. Ayra mengeluh.

" Huh.. Nampaknya, alone lagilah aku shopping pagi ni.. Hurm.." Ayra berjalan ke pintu rumah setelah handphonenya dimasukkan ke dalam poket hoodie. Kasut sneakers disarung ke kaki.

Pintu rumah dibuka. Ayra melangkah keluar dari rumah. Badannya diregangkan buat seketika. Ayra melangkah ke arah lif. Punat turun ditekan. Beberapa saat menunggu, pintu lif terbuka.

Ayra melangkah masuk ke dalam. Dia berbalas senyuman dengan Khai. Suasana sunyi tanpa bunyi.

Beberapa saat berlalu, pintu lif terbuka. Khai dan Ayra masing-masing keluar dari lif. Mereka sama-sama berjalan menuju ke arah parking lot.

Ayra memboloskan diri masuk ke dalam kereta. Enjin kereta dihidupkan. Sementara menunggu enjin panas, Ayra membetulkan cermin pandang belakang. Kemudian, cermin yang diletakkan di dash board diambil lalu Ayra membetulkan tudungnya.

Cermin diletakkan kembali. Ayra memulakan pemanduannya ke IOI City Mall.

-----

First of all, saya budak baru belajar.. Jadi, saya tak pandai lagi nak guna ayat² yang gramatis dan dramatis.. Tapi saya akan cuba sehabis baik untuk menjayakan book romance prtma saya..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 01, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Dissociative Identity DisoderWhere stories live. Discover now