36

1.1K 76 20
                                    


Yunseo

Aku, Jimin, Aeri, Jiwoo dan Yoongi semua dah duduk di meja kantin, tempat biasa kami ataupun tempat yang memang kami dah cop sejak awal lagi.

Yang pasti, sejak kejadian aku dan Jimin jalan sama sama haritu, Minseo dah berhenti rehat dengan kami semua. Taehyung pun sekali dua kali je nampak.

Tiba tiba, tengan rancak kami berborak pasal cerita hantu baru yang dah ada dekat wayang tu, ada dua orang datang dan berdiri di hadapan meja kami.

Jelas ternampak, Minseo dan Taehyung berdiri bersebelahan. Kami semua melihat antara satu sama lain. Taehyung menarik nafas yang dalam sebelum mula bercakap.

"Kami berdua datang sini nak minta maaf. Sebelum ni plan plan yang nak hancurkan hubungan Yunseo dengan Jimin semuanya daripada kami", Taehyung bersuara.

Sedang mereka bercakap tu, kami semua dah ternampak sesuatu yang agak janggal. Taehyung dengan Minseo sedang berpegangan tangan sambil berdiri bersebelahan.

"Dan semua plan tu semua idea aku sebenarnya, aku minta maaf sangat sangat", Minseo mula bercakap dan menundukkan badan kepada kami 90 darjah.

"Aku nak minta maaf sangat sangat", suara Minseo mula sebak dan dia terus menangis lalu menutup wajahnya. Aku terus berdiri dan memeluk Minseo untuk menenangkan dia. Semua yang ada di situ mula memberi kata kata semangat pada Minseo dan pujuk Minseo supaya dia berhenti menangis.

"Tak apa lah, benda dah lepas kan? Yang lepas tu lepas lah, apa yang ada sekarang ni kita kena hargai", aku berkata dan mengusap lengan , segera mengusap air mata yang berjujuran jatuh membasahi pipinya. Aku memberikan senyuman padanya. Dia membalas senyuman aku.

"Uhh boleh tak aku nak tanya?", Yoongi mula mengangkat tangan. "Tu apa?", Yoongi menunjukkan ke arah tangan Taehyung dan Minseo yang masih tidak lekang sejak tadi. Kami semua tergelak manakala Taehyung dan Minseo malu malu nak bercakap dulu.

"Malu malu pulak!!!", Jimin bersuara, mengajuk pasangan baru di hadapan kami. Kami semua hanya tergelak melihat gelagat mereka berdua.

+++

"Tak sangka kan?", aku mula bertanya. Kami berdua berjalan balik ke rumah bersama sama sambil berpegangan tangan. Aku menghayunkan tangan Jimin perlahan lahan.

"Tak sangka apa?", Jimin bertanya. "Yang Minseo dan Taehyung together macam tu?", aku tersenyum apabila terbayang mereka berdua.
Jimin hanya gelak.

"Kau tak marah?", Jimin tanya. "Em? Marah siapa?" , aku memandang Jimin dengan penuh tanda soal. "Minseo dan Taehyung? Terutamanya Minseo yang dah buat macam macam kat kau", Jimin balas.

"Dalam dunia ni, kita kena selalu memaafkan. Walau apa pun yang dia dah buat, aku dah maafkan. Aku tahu yang dia suka kau, sayang kau, sebab tu dia bertindak macam tu. Aku faham perasaan dia membuak buak waktu tu, sampai dia sendiri tak tahu nak pilih mana satu tindakan yang betul atau salah", aku jawab panjang lebar. Jimin mengangguk perlahan.

"Dan yang penting sekarang, dia dah ada Taehyung. Aku pasti sangat Taehyung akan jaga dia elok elok", aku berkata lagi. "Aduh baiknya sayang saya ni", Jimin mencubit kedua dua pipi aku. "Aduh sakit laa!!!", aku memegang pipi aku yang semestinya merah dek kerana cubitan Jimin. Jimin hanya tersenyum lebar.

"Nak tanya ni jangan marah eh?", aku bertanya. "Em ya? Nak tanya apa?", Jimin bersuara.
"Ada dengar khabar daripada Jiyeon? Lepas dia tegur kita haritu?", aku bertanya.

Jimin mengeluh. Aku tahu yang dia akan bertindak macam ni bila aku tanya soalan pasal Jiyeon sebab dia dah malas nak fikir pasal Jiyeon .

"Ada", setelah sekian lama aku tunggu jawapan yang keluar daripada mulut dia, itu je yang keluar. "Oh", aku jawab ringkas.

"Aku dengar daripada mulut orang la, Jiyeon dah pindah kemana tah. Tapi yang pasti dia bukan kat sini dah", Jimin berkata , aku mengangguk faham.

"Bila dia tak ada, maksudnya ada kita je la kan?", Jimin mula memeluk aku erat. "Ye ye ada kita je", aku senyum , menatap wajah Jimin.

Makin lama makin erat pelukkan dia. "Sakit lah Jimin!", aku cuba untuk keluar daripada pelukkan dia tapi dia hanya mengeratkan lagi dan kami sambung berjalan dalam pelukan satu sama lain.

"Jimin! Sakit!!", aku menjerit. "Bukan selalu dapat peluk dia ni!! Comelnya lah dia!!", Jimin mengucup kepala aku berkali kali. Pelukkan dia kekal erat.

Aku harap setiap hari akan jadi macam ni.

+++

hi guys! So buku ni dah nak tamat dah sebenarnya😭😭
but ely tak sure lagi bila akan tamat.
Maybe lepasni terus epilogue, ataupun ada satu lagi chapter?
Well tak tahu lagiii hehehehe. Apa apa pun terima kasih kepada yang sentiasa membaca cerita ely yang tak seberapa and bosan gila ni.
Ely appreciate setiap orang yang baca ni!
Sayang korang gila gilaaaa hehe!!!
Okay lah i'll see you nanti. Stay tune untuk the next chapter/epilogue. Even ely tak decide lagi bila nak tamat.
6K dah buku ni😭
Seriously ely tak pernah jangka buku ni akan ada sampai 6K readers😭
Thankyou so much guys!!!!😭💘💖💗💓💞
actually rasa sedih la bila fikir buku ni dh nak habis dah😢 tapi nak buat macam mana kan?
Maaf la kalau chapter ni u alls rasa macam ely campak campak je. Ely dah fikir banyak kali dh ni mcm mana nak tulis so yea im sorry kalau chapter ni still mcm trash hahaha.
Love you guys! Have a great day!!❤️❤️❤️

Love you guys! Have a great day!!❤️❤️❤️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
it goes wrong | p.j.m [malay][√]Where stories live. Discover now