Ragam 2

6 0 0
                                    

Tingkap kereta diturunkan. Dibiarkan sahaja angin malam menampar muka. Santai sahaja pemanduannya. Jam menunjukkan jam 1.30pagi. Sudah biasa bagi Rudi masih di luar waktu-waktu begini. Stereng kereta dipusingkan. Kereta Honda Civic Type R itu membelok ke Jalan Stulang Laut.

Kelihatan masih banyak kenderaan di hadapan duty free zone. Pemanduannya diperlahankan. Sengaja menikmati cahaya lampu malam. Rudi memakir keretanya di bahu jalan. Dia mengambil tempat di bangku kayu berhadapan laut. Kedengan bunyi ombak kecik memukul pasir. Tenang. Pemandangan Rudi beralih pada pulau di hadapannya itu. Negeri metropolitan, Singapura.

Pulau yang menjadi saksi kisah antara Rudi dan Alya. "Kau mesti rindu dia kan? Sama lah kita agaknya."bisik Rudi pada Singapura. Sepi dan tiada jawapan. Sebatang Winston Light dinyalakan.

"Kenapa you suka ajak I lepak sini eh?"Tanya Rudi.

"No answer for that. Lama-lama pun maybe you akan suka" padangan Alya masih pada pulau itu.

Sesekali angin laut menampar muka Alya. Menyebbkan rambutnya sedikit berselerak. Rudi kembali menyelitkan rambut ikat mayang itu di sebalik telinga. Pandangan Alya beralih pada Rudi. Senyuman terima kasih dihadiahkan. Senyuman yang mengkagetkan dunia. Apatah lagi jiwa Rudi.

"sayang, kalau boleh aku nak simpan senyuman tu dalam poket baju sejuk aku. Biar orang lain tak boleh kongsi"Rudi bermonolog dalam diri. Mengharapkan hari-hari ini takkan hilang.

Puntung rokok dipijaknya supaya terpadam baki api. Poket seluar diseluk. Kunci kereta dikeluarkan. "kalau dia singgah, jangan lupa pesan yang aku rindu" senyuman dilemparkan pada Singapura. Pemanduan diteruskan.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 05, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

RagamWhere stories live. Discover now