Forty-seven

2.1K 285 3
                                    

seperti biasa, aku jalan kaki pergi ke sekolah. yoongi? dia jalan terlebih dahulu. agaknya dia orang pertama yang sampai ke sekolah sebelum guru guru yang lain.

ye lah, ketua pengawas. kena tunjukkan contoh yang baik, kan?

jimin? semalam dia kata dia tak seberapa sihat.

aku berjalan di tengah tengah jalan memandangkan jalan pada masa itu hanya lapang dan bebas tanpa sebarang kereta.

tapi tanggapan aku salah.

secara tiba tiba aku dihon dari belakang sekali gus menyebabkan bahuku terhinjut.

hon mengejut!

aku mengelak sedikit ke tepi.

kereta yang menghon aku sebentar tadi tepat berada di sebelah aku.

kereta tu..

kereta tadi dihentikan. tingkapnya diturunkan.

"ada slut yang terlepaslah, sayang!" perempuan tersebut tertawa terkekek kekek.

s-sayang?

sayang..

lelaki yang berada di sebelahnya hanya mampu tersenyum sinis. rambut perempuan tadi diusapnya perlahan.

perempuan tersebut tersenyum suka.

"kau mengganggu pandangan kitorang. semak. lain kali jangan munculkan diri kau depan kami." dia tersenyum sinis sehingga gigi arnabnya kelihatan.

semak?

oh.

perlahan lahan tingkap keretanya dinaikkan dan kereta miliknya meluncur laju ke hadapan.

maknanya betullah yang jungkook ada hubungan dengan amy?

okay..

bukan dia seorang je lelaki kat dunia ni. kau berhak dapat lelaki yang jauh lebih bagus dari dia.

aku akan buktikan bukan kau seorang je yang mampu bahagia, jeon jungkook.

.

.

.

.

.

"...dan pada malam itu, pasangan yang terbaik akan dipilih dan mereka akan dijadikan sebagai ikon pada tahun ini." puan oh menamatkan ucapannya yang panjang lebar.

pasangan terbaik?

siapa je yang nak kat aku ni?

nak harapkan jungkook?

sia sia. peluang hanyalah 0%.

dah la aku tak pandai nak menari. setakat goyang dua jari tu aku boleh la lagi.

kalau menari berduaan, tak ke aku nampak macam badak berendam malam tu? aduh.

"nayeon?"

"ah? oh, yoongi. ada apa?" aku ukirkan senyuman walaupun sebenarnya dalam fikiran tengah serabut.

"kau dah ada pasangan ke?"

"pasangan apa pulak ni?"

"untuk prom night tu la." yoongi menjegilkan matanya.

"ooh tu.. err.." aku menggaru kepalaku yang langsung tidak gatal.

"nak tak jadi partner aku?" soalnya dengan pantas.

"p-partner?"

"eh tak la, maid."

"ish betul betul la!"

"ye la partner untuk malam tu. takkan nak jadi driver aku pulak." jawab yoongi dalam nada sarkastik.

"jangan la melenting. tanya sikit je pun."

"masalahnya soalan kau tak masuk akal."

ey mayat ni sengaja cabar aku ke apa?

"okay." aku menghela nafas.

"okay je?"

eh citan betul la.

"habistu? kau nak aku jawab apa?"

"takkan aku nak sebut?" dia berpeluk tubuh.

"okay la ish. aku jadi partner kau malam tu." aku menggulingkan bebola mata tanda menyampah dengan perangai yoongi yang semakin menjadi jadi.

"that's my baby!"

"papi hotaklu."

"balik rumah terus practice ok? aku tak nak aku sorang je nampak menyerlah malam tu." yoongi tertawa kecil.

kuahaja dia perli aku ke apa ni?

"taulah!"

❁❁❁❁❁❁

telefon pintarku yang berada di atas meja aku ambil.

malam ni notifications tak banyak berbanding dahulu.

biasanya waktu waktu macam ni, jungkook akan spam sampailah aku reply.

tapi semuanya dah berubah.

100%.

perwatakan dia sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan dulu.

satu chat masuk sekali gus menarik sedikit perhatianku.

[jimin]

kau dah ada partner untuk prom night ke? ✅✅

aku hanya tinggalkan chat jimin sementara waktu dengan bluetick. ragu ragu hendak membalasnya.

kalau aku nak cakap aku dah ada partner untuk malam tu, tak ke dia terasa hati?

jimin ni cepat koyak. cuma tu lah, dia sembunyikan je perasaan dia.

asal kau bluetick lahnet?

aku tersenyum. ada ada je.

aku taktahu nak reply apa✅✅

okay, kali ni chat aku pula yang jimin bluetick. balas dendam ke apa budak ni?

tak, aku tanya je. dah ada ke belum? kalau takde, aku nak jadi partner kau.

aduh.

dah ada. sorry ✅✅

jimin bluetick sekali lagi. dasar blueticker.

oh okay <3 ✅✅

simbol <3 ?

jiminie pabo. suka hati dia je nak sakat aku.

[C] Dutch Lady + jjkWhere stories live. Discover now