Kejadian ini berlaku sekitar tahun 1999. Rata-rata mereka ini adalah pelajar kolej swasta yang berasal dari Sabah. Mereka kononnya mahu bercuti dengan menyewa sebuah rumah di kawasan sekitar Subang yang lengkap dengan banyak bilik dan kolam renang. Tapi sebaliknya berlaku. Sila ikuti kisah yang saya bakal ceritakan ini.
Disebalik pagar zink berwarna biru yang tinggi itu, rumah banglo itu tersergam megah. Sungguh cantik susunan landskap di luar rumah. Memang rumah orang kaya.
Erna dan Mel mengekori Sam. Sam dan penjaga rumah berjalan mendahului mereka. Sesampai di pintu utama rumah, Sam memutarkan kunci membuka pintu sliding tersebut.
"Oi cepatlah kamu." kata Sam pada Erna dan Mel.
Erna dan Mel menghampiri pintu sliding rumah tersebut. (Mereka berdua ini orang yang sensitif pada benda paranormal dan dikatakan ada deria keenam.) Sam dan penjaga rumah sudah bergerak naik ke atas tangga di dalam rumah untuk memeriksa keadaan bilik.
Mereka saling berpandangan. Mereka berdua sama-sama menghulurkan satu tangan masing-masing masuk ke dalam rumah melalui pintu tersebut.
Berdiri tegak bulu roma tangan mereka berdua. Yang hairannya, cuma bulu roma pada satu tangan yang dimasukkan ke dalam rumah itu yang meremang. Dan apabila mereka menarik tangan keluar dari rumah, bulu roma yang meremang itu turun semula.
"Ini kalilah." fikir Erna di dalam hati.
"Konfirm rumah ni berpenunggu" bisik Mel dalam hati.
"I got a bad feeling about this house Mel." kata Erna.
"Ya saya pun. Saya tidak mahu masuklah." jawab Mel.
Tapi setelah mereka bertemu kembali dengan rakan-rakan mereka yang lain nampaknya rumah itu sahaja pilihan yang murah, mewah dan cukup besar untuk mereka semua bermalam.
"Jadi macam mana kalau kita kena kacau hantu malam nanti?" tanya Erna.
"Ahh ramai bah kita Erna. Teda juga bah tu!" sampuk salah seorang rakan mereka. Mereka memang ramai. Ada 13 orang semuanya. Ada empat couple bercinta dan yang 5 orang lagi masih single.
Dengan berat hati Erna memberanikan diri dan akur dengan keputusan rakan-rakannya. Boleh saja sebenarnya dia balik asrama menaiki teksi tapi dia takut balik seorang-seorang.
Sebenarnya tujuan mereka berkumpul adalah untuk meraikan majlis harijadi beberapa orang rakan mereka bersama-sama.
Sebelum senja berlabuh, mereka semua tiba di hadapan banglo tersebut. Ada yang membawa makanan ringan, ada yang membawa kek, ada yang membawa botol minuman bikarbonat.
Rumah yang tersergam indah itu menjadi milik mereka untuk satu malam sehingga tengahari esok.
Kolam renang yang besar terbentang luas di depan halaman banglo tersebut. Namun airnya tidak bersih mungkin disebabkan lama tidak diganti dan diselenggara.
Halaman banglo tersebut dihiasi oleh pokok-pokok dan bunga-bunga. Dedaunan pokok yang kering kelihatan di simen halaman banglo.
Kebanyakkan dari mereka bersembang dengan mood happy dan kagum ketika melalui pintu masuk utama banglo.
Ketika Erna melangkah masuk ke dalam rumah, dia merasakan satu angin dingin berlalu melaluinya. Seram sejuk sehingga bulu roma di badan sehingga tengkuknya berdiri tegak.
Erna menelan air liurnya. Tapi dia diamkan sahaja kerana tidak mahu menganggu kegembiraan rakan-rakannya yang lain.
Mereka mula meneroka seluruh pelusuk banglo tersebut. Ruang tamunya besar luas lengkap dengan sofa dan penghawa dingin. Di tingkat bawah, mereka menyimpan bekalan makanan dan minuman di ruang dapur.
![](https://img.wattpad.com/cover/161338800-288-k563064.jpg)
YOU ARE READING
Rumah Sewa RM250 Satu Malam
TerrorKejadian ini berlaku sekitar tahun 1999. Rata-rata mereka ini adalah pelajar kolej swasta yang berasal dari Sabah. Mereka kononnya mahu bercuti dengan menyewa sebuah rumah di kawasan sekitar Subang yang lengkap dengan banyak bilik dan kolam renang...