BIOLOGY!!
1) Faham teori dulu baru hafal. 😎
Okey, tips aku untuk korang yang ambik subject ni pertama sekali adalah korang kene betul² faham teori dia dulu. Baru korang hafal. Korang kene tahu segala mak nenek tentang process dia dulu. Then, baru korang hafal nama² pelik dia tuh. Kalau main hafal je nanti korang cepat lupa.
2) Buat mind map .😝
Buat mind map well this is common la kan. Mind map ni penting ye anak² sekalian. Buat mind map ni pastikan untuk korang. Maksud aku, pastikan korang paham apa korang baca. Kalau lukis lagi bagus sebab senang korang nak faham. Guna la pen warna warni yang korang ada ye.
Madam aku dia suka ajar sambil melukis. So anak², ayuh kita mulakan pembelajaran kita hari ini.. Sambil tangan dia laju gila melukis kat whiteboard. So aku punya kelas alhamdulillah dapat madam macam ni. Mind map dah siap sambil belajar. Balik bilik boleh baca je. Memang cepat paham kalau kita lukis. Benar tidak ada yg tidak benar melainkan benar² belaka. Hehehehe.
So guys korang punye mind map ni pastikan korang lukis ye. InshaAllah korang rasa lagi gembira belajar BIOLOGY!
3) Buat revision sebelum dan selepas kelas. Okeyh??? 🤓
Sebelum korang start kelas tu, make sure korang baca la sikit nota untuk topic kuliah anda pada hari itu. Halah² korang belek² je baca sekali lalu supaya korang agak "alert" dgn apa yang korang akan belajar pada hari tersebut. Aku punya Sir Ridhuan cakap at least korang dah ada 10% dalam otak korang. So bila masuk kelas dia cuma perlu terangkan 70% and bila balik bilik korang cuma perlu recall balik untuk 20%. Macam mana nak dapat 20% pratus ni?? Korang kena la ulangkaji bila balik bilik. Jgn balik bilik, korang terus lupa apa korang belajar hari tu. Buat mind map terus lagi bagus. Kalau tak sempat, buat waktu hujung minggu. Yelah, student matrik ni sibuk weiii!! Tak cukup masa. Semua nak terkejar. Jadi, urus masa dgn elok ye dayang² semua.
YOU ARE READING
MATRICULATION IS AWESOME
Short StoryHalloooo guys!! ?? So, kat sini aku nak share pasal pengalaman aku sebagai bekas pelajar matrikulasi. Jadi, korang boleh la gunakan tips ni ye. Untuk student lain pun kalau ada yang boleh guna. Silakan ye. So, ayuh kita mulakan !!!!