Duduk depan tv sambil makan popcorn.. Tiba-tiba...
"Hwuaarrhhh!"Deeja menjerit sebab terkejut.
Siapa tak terkejut tengok cerita hantu tetiba terpampang besar dekat skrin tv tu.
"Woi tak yah la menjerit,bingit telinga aku"marah Izza yang berada di sebelah kanan Deeja sambil menunjal kepala Deeja.
"Tah kau ni"marah Sarah pula yang berada di sebelah kiri Deeja.
"Sorry laaa aku terkejut"kata Deeja sambil menggosok kepalanya yang di tunjal tadi.
Daripada mula hingga habis cerita hantu mereka tonton.Tetapi Deeja sudah tertidur duduk diantara Izza dan Sarah.
Sarah dan Izza melihat gaya Deeja tidur,kali ini Deeja tidur memang sebiji macam mana J-Hope tidur duduk,dengan kaki disilang kemudian tangannya dilipat ke dada.
"Ishh comelnye Deeja nii"kata Sarah sambil mencubit pipi Deeja yang putih dan gebu itu.
"Haaa kau kejut Deeja,aku nak kemas kan popcorn ni"kata Izza kepada Sarah kerana masa Deeja terkejut tadi popcorn tu melayang ke udara dan mendarat di atas lantai.
"Hah korang uruskan la Deeja tu aku dengan Fatin naik dulu"kata Umaimah,Fatin hanya mengangguk tanda setuju.
Setelah Umaimah dan Fatin naik ke atas.
"Weyh Deeja bangun laaa cerite dah habis nii"Sarah mengejut Deeja dengan lembut sebab Deeja ni paling manja dalam rumah ni walaupun dalam rumah ni Deeja tersenarai dalam golongan unnie line.
Deeja membuka matanya dengan perlahan dia melihat Sarah tersenyum.
"Bangun Deeja,tidur kat atas jom"kata Sarah sambil menggoyangkan bahu Deeja dengan lembut.
"Hmmm"kata Deeja yang masih lagi tidak sedar sepenuhnya.
Kemudian Sarah memapah Deeja yang matanya masih tertutup rapat ke bilik.
"Izza aku naik dulu ye,hantar Deeja ni,nanti aku turun balik"kata Sarah.
Izza hanya mengangguk tanda faham atas apa yang Sarah cakap.
Setelah sampai dihadapan bilik,pintu bilik sudah terkuak Sarah melihat Umaimah sudah tidur diatas sofa manakala Fatin diatas katil yang bersaiz queen,Sarah pun membaringkan Deeja di sebelah Fatin kemudian dia menyelimutkan Deeja.
Dia pun turun ke bawah untuk meneman Izza yang sedang mengemas.
Keesokan harinya...
Kedengaran lagu Idol berkumandang ditelinga Sarah,dia bangun mencari dari mana datangnya bunyi itu.Dia cari cari dan terus mencari akhirnya dia menemui dari mana lagu itu dipasangkan.
Dia tercengang melihat Deeja sedang menari sambil membacuh air untuk sarapan.Sarah mengintai disebalik dinding dan memerhati setiap pergerakkan yang Deeja lakukan.
"Waa Deeja dah pandai menarilah,tapi kalau time practice badan dia keras selalu"kata Sarah seorang diri.
Kemudian dia berlari ke atas untuk mengejut kawan kawanya yang masih lena dibuai mimpi.
Setelah semua mandi mereka sarapan bersama sama,kerana hari ini hari Ahad mereka akan practice dance di bilik utama yang dijadikan tempat mereka menari.
Selesai makan mereka terus ke bilik dimana tempat mereka selalu menari.
Sarah melihat pergerakkan Deeja,memang lain dari apa yang dia lihat pagi tadi.
"Weh Deeja menari la betul betul"rengek Sarah.
"Dah betul betul betul la ni"kata Deeja sambil melompat lompat.
"Suka hati kau la Deeja"kata Sarah dengan malas.
AUTHOR*kalau ade typo tu abaikan.Vote okay,kalau hambar maaf la,sebab ade budak kecik ni mengacau sampai takde mood dibuatnya 😅*
YOU ARE READING
[C] Best Friend of ARMY
FanfictionMengisahkan lima sahabat perempuan yang ingin menemui ahli BTS di Korea walaupun BTS ada buat konsert di Malaysia. Walaupun mereka perempuan tetapi perangai mereka seperti lelaki dan ada perangai mereka sama macam ahli BTS. Dapatkah mereka berjumpa...