empat

7.5K 454 6
                                    

SEBULAN menjadi tunangan orang dan Mia rasa seperti tidak ada bezanya. Nathan sibuk dengan kerjanya di Manchester dan dia pula sibuk dengan urusan di pejabat.

" Mia , i rasa envelope ni untuk you lah . Tadi ada dua orang lelaki ni letak dekat receptionist katanya urgent " beritahu Woon Ai fa Seorang gadis berbangsa cina yang juga merupakan sahabat baik Mia.

Sampul itu bertukar tangan.

" Thanks tau, Woon . Busy sangat hari ni macam macam benda yang i nak kena submit petang nanti. I rasa harini i tak boleh nak teman you lunch la . Sorry "

" Alaa Mia, i okay lah . Nanti i tapaukan untuk you sekali okay . I pergi dulu tau zach dah tunggu i dekat bawah " Mia mengangguk dan memerhatikan Woon melangkah pergi.

Matanya kembali tertancap pada sampul yang berada di atas mejanya . Teragak-agak Mia ingin meneliti apakah isi kandungan yang berada di dalam sampul tersebut.

Sijil?

Perlahan-lahan mata Mia membaca butir-butir yang terdapat dalam sijil tersebut. Tiba-tiba pembacaannya terhenti dan matanya membulat luas .

Ini sijil nikah!

" Ke-kenapa? Ma-macam mana nama aku boleh ada dalam ni? " Dada Mia berombak, nafasnya menjadi tak teratur dan tersekat sekat.

Pipinya di tampar berkali-kali , dia yakin yang sekarang ini dia hanya sedang bermimpi dan dia akan bangun tidak lama lagi.

Pap!

Auch , sakit.

Bukan mimpi.

" Ya Allah , macam mana boleh jadi macam ni? " Mia panik. Sudahlah lagi dua bulan dia dan Nathan akan bernikah. Apa yang harus dia lakukan?

Sampul tersebut di tilik lagi dan secebis kertas jatuh di atas meja.

Syarief Hauzan -
01842215654

Pantas nombor lelaki itu di dail.

Voicemail. Kali ini Mia menghantar pesanan ringkas kepada lelaki itu.

We need to talk

Answer me

If you got this text , call me

Urgent

Mia turut menghantarkan gambar sijil nikah mereka kepada lelaki yang bernama Syarief itu.

Beep!

Beach cafe , 3 pm

Mia mengerling sekilas ke arah jam yang berada di tangannya. 2.30 . Terus tangan mengemas meja dan mengambil barang keperluannya dan disumbat masuk ke dalam tas tangan. Kelam kabut Mia keluar daripada pejabat dan menuju ke arah honda citynya.

" Mia! " Jerit Woon dari jauh. Laju gadis cina itu berlari ke arahnya.

" You nak pergi mana? " soalnya tercungap cungap.

" I ada hal lah, urgent. Nanti bagitahu boss i balik awal tau. Esok pandai-pandailah i bagi alasan dekat dia " Woon mengangguk perlahan.

" Eh by the way , ni nasi you. Nanti kalau lapar makan tau! You tu dari pagi tak makan. Gastrik nanti macam mana? " Sempat pula Woon membebel.

" Thanks babe "

Kereta di pandu laju ke destinasi yang diberitahu lelaki itu tadi.

Panggilan dari Nathan juga dibiarkan tak berjawab. Dia tidak mahu untuk berdepan dengan lelaki dalam keadaannya yang kelam kabut dan serabut. Dia tidak mahu lelaki itu turut ikut serabut sepertinya .

Hal ini harus diselesaikan secepat mungkin.









To Be Continued,

5.0 | Sehingga Nafas Terakhirku✔Where stories live. Discover now