MIMPI MGERI

2 0 0
                                    

                  Time ni aku duduk rumah dengan adik  beradik aku. Aku anak sulung dan seorang perempuan remaja. Aku ada adik lelaki yang muda 2 tahun dari aku dan seorang ada perempuan yang masih bersekolah rendah. Waktu ni masih tak ada baby lagi. 

                  Aku dan adik lelaki aku tidur di bilik masing masing. Sewaktu aku sedang tidur, tiba tiba satu mimpi singgah. Mimpi aku ni pelik dan menakutkan, pada aku lah. Rumah aku ni rumah kuarters, so rumah bertingkat dan setiap tingkat ada 6 biji pintu. Rumah aku tingkat 3, aku mimpi rumah aku waktu tu didatangi tetamu. Tapi aku tak pasti siapa. Tak kenal. Then rumah nombor 6 tu ada jiran baru. dan sememangnya waktu aku mimpi ni rumah tu masih kosong. In reality that house was empty. Jiran baru aku tu young Indian family. Ada seorang anak lelaki kira kira masih bersekolah tadika, entah lah. 

                    Yang menakutkannya part bini dia lah. Pndangan dia buat aku kaku dan meremang. Keluar je dia dari lif, terus dia tenung tajam kat aku. Tuhan je tahu hati aku waktu tu macam mana..  Then, waktu aku nak turun lif, aku nampak dia. PEREMPUAN INDIAN TU! OMG! Berdebar hati aku waktu tu wehhh. Rasa macam nak luruh jantung aku. Perempuan tu senyum sinis pada aku. Senyum yang membuatkan aku meremang. Aku tekan G pada punat butang lif tu, tak boleh, tekan banyak kali pun still tak boleh jugak. 

                   Aku tekan punat 1 pada lif dan menyala. ' Thanks God! ' Aku berkata didalam hati. Dengan berdebar debar dan agak ketakutan, aku berlari keluar dari lif apabila nombor pada lif menunjukkan nombor 1 dan pintu terbuka. Waktu tu entah macam mana tah, aku boleh fikir perempuan tu kejar aku ikut tangga. Aku lari laju menuruni anak tangga sambil baca ayat Kursi sebagai pendinding dan berharap agar aku terjaga dari mimpi. 

                  Sampai sahaja kat bangku aku terjaga dari mimpi. Aku bangun dari katil dan meraup muka. Aku basuh muka dan tengok adik perempuan aku sedang bermain sorang sorang. Aku ingat aku sorang je kena, rupanya adik aku pun kena jugak. Ni cerita dari dia. 

                   Dia kata " Waktu akak dengan abang tidur, adik dengar ada orang mandi. Tapi bila adik pergi tandas tak ada orang. Adik ingat kakak ke abang ke mandi. Adik takut lepas tu adik masuk bilik kakak. Bila dah tak tahut adik keluar balik. " Aku diam. Terkedu. Aku aje tak pernah kena macam tu, paling paling tarik kaki dan sentuh bahu je. 

                    Dia sambung " Lepas adik rasa tak takut adik pergi main kat luar ( means ruang tamu ). Adik main , main tiba tiba ada bunyi periuk ke kuali jatuh. Adik pergi tengok, tak ada orang pun kat dapur. Adik takut adik lari masuk bilik abang. Adik rasa dah okey, adik keluar main lagi, tiba tiba kakak bangun. Lega adik " 

                   Sejurus lepas bercerita, kami dengar bunyi periuk macam jatuh ke bergesel ke tak pasti. Tapi bila aku tengok, periuk atau kuali tak ada pun kat tempat sinki tu. Aku dengan adik aku diam dan kami buat tak tahu. 



P/S : NI CERITA BETUL TAU BUKAN REKAAN. BIASALAH SETIAP RUMAH ADA PENUNGGU DAN PENUMPANGNYA. KALAU TAK PAHAM KE BERBELIT KE KOMEN LAH. BOLEH AKU TUKAR. 

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 17, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MIMPI NGERIWhere stories live. Discover now