Tik! Tok! Tik! Tok! Bunyi jam berdetik. Setiap saat yang berlalu, aku akan fikirkan nasib hidupku. Aku tidak rela untuk menghadapi masalah ini. Terdapat banyak perkara yang aku menyesal. Jika aku dapat mengulang peristiwa itu, aku pasti akan melakukan keputusan yang akan mengembalinya kepadaku. Peristiwa itu telah berubah kehidupan dengan sekelip mata.
Bunyi loceng sekolah amat memekakkan pada petang itu. Waktu sekolah sudah akhir. Pada hari itu, aku habis sekolah lewat kerana aku harus menghadiri kelas tambahan. Aku memulang rumah dengan perasaan susah hati kerana ibuku terbaring kaku di lantai. Aku seolah-olah tidak dapat berdiri tegak. Aku seperti tidak berdaya. Perkara ini sungguh sukar untuk aku menerima. Aku berdiri kaku. Mindaku berserabut. Aku tidak tahu apa yang harusku lakukan. Air mataku mengalir turun ke pipiku.
Aku berlari ke arah begku lalu mencapai telefon bimbit dan membuat panggilan ambulans. Aku tidak sangka dengan sekelip mata ini terjadi di depanku. Setelah ambulans sampai, ahli paramedik bergegas lalu cuba untuk menyelamatkan ibuku yang langsung tidak bernafas. Seseorang dari kumpulan ahli paramedik mendekatiku. Mukanya dengan penuh sesal membuatku semakin tidak senang.
"Maaf, Kami sudah serdaya-upaya cuba untuk selamatkan ibu kamu tetapi gagal. Saya harap awak bersabar dengan dugaan ini,"kata ahli paramedik itu dengan teragak-agak.
Ibu tiada lagi di sisiku ataupun di dunia ini. Aku amat menyesal dengan setiap saat aku tidak berada dengan ibuku. Aku sering keluar bersama dengan kawan-kawanku selepas waktu sekolah sehingga lewat malam. Aku akan amat merindu masakan ibu yang aku sering tidak makan kerana aku asyik makan di restoran bersama kawan-kawanku.
Aku amat merinduinya. Aku amat sesat dan hilang tanpanya. Ibu adalah sumber kekuatanku. Sekarang setelah ibu meniggal, aku sering mengalah dengan pantas. Setiap kali aku fikirkan nasibku, aku akan sentiasa rasa seperti hidupku tidak bermakna dan mahu mengakhirikannya.
Sekarang, aku tinggal bersama datukku. Hubunganku dengan datuk tidak begitu rapat. Aku sudah lama tidak jumpa datuk kerana ibu dan datuk dia dan ibu berada dalam sebuah pergaduhan yang amat besar. Aku masih amat menghargai bahawa dia dapat menjaga saya. Walaupun datuk merupakan salah satu ahli keluargaku yang terdekat selain ibu, aku masih tidak boleh luahkan masalahku seperti aku bersama ibu. Lalu, aku akan menyimpan semua masalah aku dalam diriku.
Satu bulan sudah berlalu sejak ibu meninggalkanku, keadaaan aku tidak berubah sedikit pun. Datuk pun tidak pernah mahu bersembang bersamaku. Hidupku sangat sunyi. Pada saat itu, aku membuat keputusan untuk mengakhiri hidupku. Aku pun mula melukakan tanganku dengan benda-benda tajam. Darah mengalir lebih dari apa yang aku jangkakan.
"Aisyah? Aisyah dah sedar ke?" suara yang aku kenal bertanya sambil menangis teresak-esak.
Aku membuka mataku dengan perlahan. Aku pun mengenal pasti kelibat yang sedang berdiri di sebelah katil hospital itu. Datuk. Aku pun senyum dengan lebar. Aku melihat sekelilingku. Aku sedang berada di hospital. Dengan keliru, aku tanya datuk mengapa aku berada di hospital. Datuk kata yang aku telah kehilangan banyak darah dari luka-lukaku lalu pengsan. Datuk yang telah membawaku ke hospital.
Aku sangat berterima kasih kepada datuk. Mungkin jika datuk tidak ada pada waktu itu, aku pun akan kehilangan lebih banyak darah dan terdapat kemusykilan aku tidak akan hidup lagi. Datuk pun mengalir air matanya lalu berminta maaf kepadaku. Datuk berasa amat bersalah kerana dia telah menjadi salah satu penyebab aku menghadapi kemurungan.
Dengan kejadian ini, aku mengambil keputusan untuk membuka lembaran baharu. Aku mula memperbaiki hubungan aku dengan datuk. Aku juga sering memberitahunya tentang masalahku. Datuk telah membuat perbezaan yang amat besar dalam hidupku. Dengan petolongan datuk, aku sudah dapat menerima yang ibu tiada lagi dan aku harus meneruskan hidupku tanpanya. Aku tahu ibu akan berasa bangga dengan aku kerana dapat mengatasi kemurunganku. Walaupun ibu tidak berada di sisiku, kata-katanya akan aku simpan sampai bila-bila.
"Jangan biarkan penyesalan menghentikan kamu daripada melakukan apa yang kamu suka"
![](https://img.wattpad.com/cover/162139726-288-k691142.jpg)
YOU ARE READING
KEMURUNGAN
Short StorySeorang gadis bernama Aisyah telah kehilangan ibunya yang amat sayangi. Aisyah hilang arah tanpa kehadiran ibunya lalu dia menghadapi kemurungan. Datuk Aisyah menjaganya setelah ibunya meninggal dunia. Hubungan mereka tidak begitu rapat. Dapatkah Ai...