Chloe tergamam.
Oh, tidak. Camcorder aku!
Chloe berlari masuk ke dalam kelas dan meluru ke arah Hyunjin. Dia mengambil camcordernya dari tangan Hyunjin.
"O-oh, Chloe-yah..."
Chloe mengemam bibirnya. Matanya bergenang. Dia malu. Kini, Hyunjin sudah tahu perasaannya. Dia tahu Hyunjin mesti bencikan dirinya.
Dia tahu Hyunjin tak akan terima dirinya.
Hyunjin berdiri. "Chloe-yah. Aku, m-minta maaf."
Chloe menggeleng laju. "Saya yang patut minta maaf. Saya tahu saya tak layak. Saya minta maaf sangat-sangat, Hyunjin."
Chloe menunduk hormat sebelum berlari keluar dari kelas.
Kini hidupnya hancur. Hyunjin akan menyampah bila lihat mukanya.
"Tch."
Chloe menyeka air matanya kasar.
"Chloe, kau memang bodoh. Kenapa kau tinggalkan camcorder ni dekat kelas! Argh!"
Chloe menjerit semahu-mahu nya.
"Hyunjin sudah bencikan kau, Chloe."
📹
Chloe menekan butang on pada camcordernya. Dia melihat album. Terdapat satu video asing.
Video ape pulak ni? Aku belum pernah rakam video hari ni. Tarikh video ni pula tarikh harini.
Dia membuka video itu.
"Hehehe. Annyeong, Chloe-yah."
Shit.
"Hyunjin rekod video dalam ni?"
Dia menonton video itu sehingga habis.
Saat video itu habis ditontonnya, camcorder ditangannya terlepas. Dia menekup mulut.
'Aku rasa aku pun mula sukakan kau juga'? Apa maksud dia?
Apa semua ni?
Air mata Chloe menitis. Dia gembira. Gembira teramat sangat.
Mulutnya tidak dapat mengeluarkan apa-apa perkataan.
Cintanya dibalas. Sesiapa tolong tampar dia.
Tok! Tok!
"Masuk."
"Cik muda, ada orang nak jumpa cik muda."
Chloe bangun dari katilnya. Dia memandang pembantu rumahnya.
"Siapa, eonnie?"
"Saya tak tahu pula nama dia. Dia cakap dia kawan cik."
Chloe terdiam. "Suruh dia tunggu sekejap ya, eonnie."
Pembantunya mengangguk sebelum kembali menutup pintu.
Chloe pergi menyarung hoodie dan seluar jeansnya.
Dia menuruni anak tangga.
Figura tinggi berpakaian hoodie putih itu dipandangnya.
Dia kenal susuk tubuh itu.
Hwang Hyunjin.
"H-Hyunjin?"
Hyunjin membalikkan tubuh. Dia tersenyum manis.
Oh, bibir itik itu.
"Annyeong, Chloe-yah."
Chloe tersenyum. Air matanya menitis. Tiada siapa tahu betapa bahagianya dia.
"Kau dah tengok video tu?"
Hyunjin bertanya sambil menggaru lehernya janggal.
Chloe mengangguk.
"A-apa jawapan kau? K-kau nak tak jadi girlfriend aku?"
Chloe mengangguk laju. Dia terus meluru ke arah Hyunjin lalu memeluknya erat.
Hyunjin pada mulanya terkejut tetapi dia tetap membalas pelukan Chloe.
"Gomawo, Hyunjin-ah. Dah lama saya tunggu masa ni."
"Nado saranghae, Han Chloe."
Walaupun kata-kata Hyunjin itu sungguh tiber dan tiada kaitan tetapi Chloe tetap gembira.
— 끝.
YOU ARE READING
[ ✔︎ ] 𝙘 𝙖 𝙢 𝙘 𝙤 𝙧 𝙙 𝙚 𝙧 + 𝙝 𝙝 𝙟
Romansa❛❛ she talked about her very first love story by video recording. ❜❜ | warning ⚠︎ : cringey content! | languange : [ malay ] status : [ edited and completed ]