Pemilihan Teater Sekolah

151K 277 2
                                    

"Eh korang boleh jalan cepat sikit tak? Kita dah lambat ni" gesa Miya kepada dua sahabat baiknya, Tasha dan Emy. Dia sebenarnya dah terlambat untuk menyertai uji bakat pemilihan watak Puteri didalam teater "Puteri Gunung Ledang" yang akan tamat dalam masa 10 minit je lagi.

"Ye yee sabar jap. Alaaah kau chill la. Mesti kau dapat punya watak tu. Siapa tak kenal kau? Kesukaan ramai lemak berkrim gituuuu" giat Tasha dan Emy sambil ketawa.

"Memang la lemak berkrim kesukaan ramai tapi masalahnya si Emma tu dah tergedik gedik kat sana depan cikgu cikgu semua kau tahu tak? Ishh geram betul la aku betina ni. Apa yang aku nak mesti dia nak" kata Miya sambil mengepal penumbuknya.

"Weh sabar la Miya. Alaa apa sangat la uji bakat tu. Takpe kalau tak sempat aku ajar kau cara halus nak dapat watak tu macam mana" bisik Tasha pada Miya sambil berjalan ke arah bilik uji bakat untuk watak teater Puteri Gunung Ledang.

Sampai sahaja dibilik uji bakat teater, terdapat seorang guru perempuan, iaitu Teacher Linda dan seorang guru lelaki. "Eh tapi apa nama cikgu tu? Macam tak pernah nampak je" kata Miya dalam hatinya sambil melangkah ke arah mereka.

"Ehemmm. Hi teacher. Saya datang nak uji bakat untuk watak puteri dalam teater Puteri Gunung Ledang" ujar Miya sambil menunduk memandang lantai.

Teacher Linda mencerlung memandang Miya " What time now? 5 minutes before 11 am right? Eh you taktahu ke uji bakat start pukul berapa habis pukul berapa? Sesuka hati mak bapak you je nak datang pukul berapa!" Herdik Teacher Linda sambil mengemas barang barangnya dan berlalu pergi dari bilik itu.

"Eeeeee andartu tua ni. Geram jeeee aku nak cepuk mulut dia tu. Halah ada masa 5 minit lagi kot sebelum pukul 11 pagi. Action je lebih" gumam Miya perlahan sambil berjalan ke arah pintu keluar dari bilik uji bakat itu. Ehh jappp siapa cikgu baru tu? Dia pusing kembali menghadap meja di depan stage uji bakat itu sambil tersenyum penuh makna.

"Hi. Emmm cikgu ni cikgu baru ke kat sini? Saya tak pernah nampak pun sebelum ni? Cikgu dah kahwin? Dah ada anak? Umur cikgu berapa?" Amboii amik kau bertubi tubi soalan yang diajukan oleh Miya kepada cikgu baru itu.

"Waalaikumussalam. Nama saya Ustaz Adam. Harini hari pertama saya disekolah ni. Umur 32. Belum kahwin. Masih bujang" ujar cikgu baru itu.

"Ohh stok ustaz ustaz la ni? Kenapa ustaz ada kat sini (uji bakat teater)?" Soal Miya sambil duduk dikerusi sebelah ustaz Adam. Hmm not bad la ustaz ni. Sado. Wangi. Muka macam Adi Putra gittew. Sawo matang memang taste aku la. Katanya dalam hati.

Eh kejap ustaz Adam perli Miya ke tu siap jawab salam lagi.

"Sebab saya salah seorang guru penasihat kelab teater" ujar ustaz Adam sambil meniti jam ditangannya. "Okayla Miya. Kejap lagi saya ada kelas. Saya gerak dulu. Assalamualaikum"

"Eh dia blah macamtu je? Hey panas betul hati aku harini. Takpe takpe ustaz Adam. Kau tunggu. Cikgu penasihat kelab teater ye? Kau tengok la aku nak buat apa nanti" ujar Miya sambil berjalan ke arah kawan kawannya.

"Eh babe. Acane? Dapat kan? Haa kan aku dah cakap mesti dapat punyala" kata si Tasha sambil memeluk Miya. Emy yang pada ketika itu baru keluar tandas terus berlari ke arah mereka sambil menyanyikan lagu dalam filem Puteri Gunung Ledang. Siap menari lagi. Adoi kawan kawan siapa la ni?

"AKU. TAK. DAPAT." jerit Miya sambil berlalu meninggalkan kawan kawannya.

Miya QaisaraWhere stories live. Discover now