Tit!
Seluar panjang di tangan dicampak ke sebelah. Pantas tanganku mencapai telefon bimbit yang baru sahaja berdenting. Ikon hijau di muka skrin dengan beberapa patah ayat terpapar jelas. Bibirku digigit agak kuat dengan senyuman lebar terukir meyusuli.
"Ah,dia mesej!"
Jari telunjuk diletakkan di belakang telefon dan dengan sekelip mata telefon itu mula berfungsi. Mesej tadi dibuka lalu mata sengaja perlahan membaca. Dua ibu jariku mula menyentuh skrin telefon dan bekerjasama dalam membalas mesej tadi.
Sorry lambat.
Baru habis kerja.
Penat sangat harini :/
Buat apa tu,Dayan?It's okay laa.
Lipat baju je tadi.
But you know me..
Paling tak suka lipat baju :p
Btw,tengah rehat eh tu?Haha! Faham sangat.
Yea,tengah rehat ni.
Rasa nak tidur tapi nak mesej dulu :pAku tersengih. Tersengih lebih teruk berbanding kerang busuk. Pakaian yang sedang dilipat tadi dibiarkan saja berlonggok di sebelah kaki. Aku berbaring meniarap di atas katil dengan kaki kanan terjuntai keluar dari katil.
Telefon bimbit aku ketuk perlahan beberapa kali ke dahi. Sengihan di bibir tidak pudar malah makin melebar. Ah,Tuhan saja yang tahu betapa aku nantikan mesej daripada lelaki ini. Tiada siapa juga tahu betapa aku merindui lelaki ini.
Ini kisah aku dan si dia. Tidak pernah bertemu empat mata,tidak pernah juga berselisih bahu. Hanya telefon dan Internet menjadi medium bagi kami terus mencipta kenangan dan menjalin hubungan.
370 kilometer bersamaan 229.9 batu menjadi jarak kukuh antara kami. Satu negara tetapi terpisah di antara dua negeri.
Ceritera hubungan jarak jauh ini aku simpan di sini sebagai naratif aku kepada kalian. Segala suka duka,pengajaran dan layaran hidup.
•••
The journey of a thousand miles begins with one step.
-Lao Tzu
YOU ARE READING
Rewrite The Stars
RomanceINFORMAL /noun/LDR; /plural noun/ LDRs a long-distance relationship. Jarak sangat memedihkan. Jarak sangat menyusahkan. Tetapi jarak juga yang menemukan kita. Jarak juga tidak bermakna apa-apa apabila kita ada dia. •••