-three

419 40 5
                                    

bunyi tapak kaki aku kedengaran kuat. aku berlari sepantas yang mungkin.

"SEMPATT!" teriak aku.

"ha sempat sangatlah tu, ambik kerusi awak pergi berdiri atas kerusi dekat padang. sampai masa saya habis"

aku terkesima. satu kelas memandang aku sambil menahan tawa masing masing.

actually aku bangun lewat harini, andd aku lupa sekarang subjek saem garang. bijak do aku haih.

aku memandang wajah rakan rakan aku di kelas dengan muka minta simpati. dengan pasrah, aku mengambil kerusi aku lalu keluar dari kelas.

***

aku mengelap dahiku yang tak henti mengeluarkan peluh. hm ni mesti sebab liang peluh yang— ok stop aku taknak ambik upsr semula.

memang nasib aku harini malang ke apa haih.

"haih apalah nasib aku harini, bukannya selalu aku datang lambat macam ni" suara garau yang sedang merungut kedengaran. serta merta aku menoleh memandang tuan empu punya suara.

jimin lagi?!

"eo? kau pun datang lambat ke" tanya jimin.

pft soalan bodoh apa yang  dia tanya ni, takkanlah aku datang awal kalau aku diri atas kerusi macam ni halah.

"eh taklah aku datang awal, pukul 4 pagi aku dah standby kat sekolah. kenapa?" kataku lalu menggulingkan biji mata aku.

jimin hanya tersengih kekok sambil menggaru rambut hitamnya yang tidak gatal. dia melakukan benda yang sama seperti aku iaitu berdiri di atas kerusi.

"tak sangka duh, bila aku cakap kita banyak jodoh semalam betul betul terjadi AHAHAHA"

kejadah dia.

"yelah teruskan mengarut park jimin. malas sebenarnya nak layan karenah kau ni tapi takpe, sebab kau teman aku yang lonely kat sini aku layan hm" kata aku.

jimin hanya ketawa kecil.

beberapa minit lepastu, suasana tiba tiba jadi sunyi. aku diam, jimin pun diam. tiada sesiapa yang mengeluarkan suara.

jimin terbatuk kecil. nak hilangkan kesunyian, mungkin.

"err pasal semalam tu lupakan jelah ye. aku tak sengaja ter-confess. diam diam je tau, jangan bagitahu sesiapaa" rayunya.

pipi aku tiba tiba membahang. jimin ni memang suka tengok aku macamni ke apa? aku memang dah nak lupakan dah tapi dia tu ha yang pergi ingatkan balik eish.

"ah arasseo. kau tak serious pun semalam, kan?"

oh tolonglah kata ya.

"semalam tu? tak weh aku serious. tapi aku memang tahu kau akan tolak sebabtu aku suruh kau lupakan" katanya lalu tersengih. ya aku tahu tu sengihan palsu. jelas wajah kecewa di mukanya.

"kau sayangkan aku? betul?"

"berapa kali dah weh aku cakap. aku sanggup lamar kau depan semua orang kalau itu je cara yang boleh buat kau terima aku." katanya. dia mengangkat tangan tanda sumpah.

"pft ye ye je kau eh. mustahil lah weh" aku tergelak.

dia takkan buat betul betul kan?

"ah kau, tak percaya. ok kita tengok, kalau esok aku lumba lari dapat johan aku lamar kau. aku serious." katanya.

aku menelan air liur. macam mana kalau dia buat betul betul?

tak tak, tak mungkin.

"kau takkan berani punya AHAHA"

"ok suka hati nak percaya ke tak" dia tersenyum sinis.

jantung aku mula berdegup dengan pantas. macam mana kalau jimin buat betul betul?

heish tolonglah jangan.

—tbc

asal aku rasa chap ni hambar AHAHAH

[C] fake- pjmWhere stories live. Discover now