3

6.7K 972 67
                                    

[Serial Killer | JJK]

"Jungkook, tolong bawa diri tu untuk bersabar. A-awak sayang saya kan? Takkan cepat je nak bunuh saya?"

Kim Nae Min bermain kata dengan lelaki kejam itu. Dia sendiri pun tidak mahu riwayatnya tamat begitu sahaja.

Gadis itu masih ada keluarga untuk ditanggung. Ibunya yang sedang terlantar sakit di rumah masih memerlukannya. Mana mungkin Nae Min akan tinggalkan ibunya sebegitu rupa.

Jungkook perlu dipujuk. Sudah berulang kali lelaki itu melakukan percubaan untuk membunuhnya.

Semuanya sudah berjaya digagalkan oleh Kim Nae Min.

Cuma, kali ini dia tahu Jungkook benar-benar nekad untuk membunuhnya.

Gadis malang itu hanya perlukan masa. Hanya sedikit masa untuk diluangkan bersama ibunya.

Lelaki gila tersebut dahagakan darah. Setiap darah yang tertitis memberi satu kepuasan terhadap Jeon Jungkook.

Pakaian tradisional Korea yang dipakainya dibetulkan agar ternampak kemas. Tangannya dihulurkan kepada Jungkook.

"Saya menyerahkan diri kepada awak Jeon Jungkook. Bawa saya untuk bermain bersama. Janji , sebelum awak tamatkan nyawa saya, bawa saya untuk berjumpa dengan ibu."

Jungkook mengukirkan senyuman kemenangan. Pisau tajam itu diselitkan ke pangkal paha. Terus dia cempung tubuh kecil Nae Min untuk menaiki kuda.

"Dengan rasa berbangga, selamat datang ke dunia aku. Bakal mayat."ujar Jungkook dengan sinis.

🔪💖
Komen? 😉

[C]Serial Killer  | JJKWhere stories live. Discover now