Imam Abu Hanifah dicabar oleh golongan atheist berdebat tentang kewujudan Allah SWT. Beliau sengaja datang lewat ke majlis perdebatan tersebut . Golongan atheist mengambil peluang ini untuk mencemuh imam Abu Hanifah .
Sewaktu imam Abu Hanifah muncul beliau berkata :
"Saya datang dari seberang sungai dajlah (دجله). Tadi, saya menunggu lama dipengkalan tetapi tiada kapal yang dapat saya tumpangi sehingga saya bercadang untuk pulang ke rumah . Tiba-tiba , saya ternampak sepohon kayu dipermukaan air sungai dajlah . Kayu itu terbelah menjadi kepingan2 papan yang tersusun rapi dan menjadi sebuah kapal yang cantik . Saya menaiki kapal tersebut dan sampai ke sini."
Golongan atheist marah apabila mendengar kata-kata Abu Hanifah.
Mereka berkata: "janganlah kamu mempermainkan kami! Adakah logik kayu papan boleh tersusun sendiri sehingga menjadi kapal ?"
Imam Abu Hanifah menjawab :
"Inilah jawapan ku terhadap persoalan yang kamu ingin perdebatkan . Bagaimana kamu berkata dunia yang tersusun indah ini tidak ada pencipta nya , adakah logik mengikut pandangan kamu ?"Golongan atheist terpegun mendengar kata kata imam Abu Hanifah. Mereka menyedari kesesatan mereka selama ini. Akhirnya , mereka memeluk Islam dihadapan Abu Hanifah .
Moral : kita hendaklah menggunakan nikmat penglihatan dan pendengaran untuk mendapat hidayah Allah SWT. Seseorang yg kufur dan berada dalam kesesatan itu bertukar menjadi orang yang beriman dan beramal soleh apabila dia benar2 berusaha mencari hidayah dengan merenung, berfikir dan muhasabah diri .
YOU ARE READING
Islam Agama Indah
SpiritualSebelum baca buku 'Islam Itu Agama Indah'.. baca dulu 'Sis~Bro Islam itu indah?' di Mirazani. Can you? .. Mungkin kita tak boleh jadi terbaik Tapi Kita boleh cuba sebaik mungkin Kalau tak mahu vote takpe, Jangan tak mahu baca...